BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 31, 2011

2011 vs 2012

Assalamualaikum...


Tup-tap tup-tap..Jalan-jalan esok dah masuk tahun baru. Hmm cakap pasal tahun baru, korang semua pasti tengah fikirkan azam baru kan. And insyaAllah azam baru korang mesti baik punya. (Sebenarnya aku tak tau nak tulis ape..Hee)

Tahun 2011 banyak bagi kenangan kat aku. Dalam tahun tu jugak la aku bertukar bidang. Bertukar?? Cam Ultraman jer bunyinye. Takpe bertukar ke arah yang lebih bermanfaat.

Tahun 2012 belum tahu apa yang akan berlaku tapi aku nak buat yang terbaik. And satu lagi bercakap pasal AZAM BARU aku tak boleh nak cakap apa. Haha. Aku sendiri tak tau apa azam aku. Kihkihkih.

Aduyaii pebenda la nak taip ni. Takde idea la. Haha. Aku baca pun rasa bosan. Takpe la nanti lain kali aku update (bila ada mood) Hahaha (<___^)Y




Monday, December 26, 2011

Selamat Tinggal CUTI...Selamat Datang KELAS

Assalamualaikum n selamat pagi..


Ayuhaii, duduk kat rumah ni rasa best pulak. Takmo pergi kolej rasanya. Huhuhu. Tapi ape nak buat cuti dah nak habis. Time for study!! (Ceh boleh caye ke aku ni??!!)

Budak-budak U pulak baru nak balik rumah, aku ni haa baru nak pergi. Haha terbalik sudaa. Takpe la dah dorang tu (time aku tengah sodap lepak umah) tengah belajar.

Apee ni. Ayat lintang-pukang jer. Maaf pasal aku sendiri tak tau nak tulis ape sebenarnya.

So kata pujangga dari aku, erk, Selamat bercuti bagi yang baru nak cuti and selamat belajar bagi yang nak start belajar especially mereka yang masih bersekolah.

Haa, cakap pasal budak-budak sekolah ni. Ramai betul ibubapa bershopping membeli kelengkapan sekolah. Jem jalan dibuatnya. Tapi takpe untuk anak-anak mereka gak.

Tahun baru pun dah nak masuk. Apa azam baru korang??

Azam baru aku? Tak tau ape lagi. Hehe

Yang penting jadikan hari esok lebih baik dari hari ni dan semalam. 

Sekian n wassalammm...




Thursday, December 22, 2011

Nak jadi Spy boleh tak? Hehe

Assalamualaikum and a very good morning <(^^)V


Gara-gara tengok cite Sweet Spy by Dennis Oh yang hensem tu (sempat aje memuji) sampaikan aku pun teringin nak jadi SPY...Haha. Giler betul kepala otak aku ni. Tapi sejak kecik memang dah berangan nak jadi spy.

Takpe yang penting rakyat Malaysia boleh hidup aman damai. Kredit bagi mereka yang berjuang untuk mempertahankan negara. Erk, pepagi ni semangat patriotik la pulak. <(^^)V

Meh aku listkan cerita spy atau berkaitan perisikan yang pernah aku tengok.

  1. Sweet Spy
  2. Detective Conan
  3. Totally Spies
  4. CSI Miami
  5. Black and White
  6. Mr. and Mrs. Smith
  7. Spy Kids
  8. Miss EZ as unpredictable spy (coming soon) <(^^)V
Ape lagi ek. Alamak lupa la. Terlampau banyak sangat. Seronoknya jadi spy. Tapi dunia sekarang ni aku rasa ramai jer spy. Jadi stalker mengintai aktiviti harian orang. Mengintai untuk tujuan tak senonoh. So, yang penting nak jadi spy ke ape ke..Buatlah untuk sesuatu yang positif dan tidak melanggar hukum Allah :)

<(^^)V

<(^.^)>

<(0-0)>

Sekian..Wassalam

Sunday, December 18, 2011

Penampalan gigi boleh menyebabkan Kanser Payudara?!!

Assalamualaikum...dan Selamat Malam.


Bosan oh bosan memang membosankan dan sebab bosan aku cari something yang buat aku tak bosan. Haha. Naik bosan aku nengok!

Okeh, sesaje aku cari artikel and agak terkejut bila aku menjumpai satu penyakit tapi semua orang dah tau pasal penyakit ni... 

'' Kanser Payudara @ Breast Cancer ''

Biasa kita akan dengar sesuatu kanser tu disebabkan keturunan, pemakanan, radiasi ataupun kesan keadaan sekeliling. Tapi ni yang mengejutkan, ada juga seseorang mendapat kanser tanpa sebab di atas. Apa korang rasa? Sebab??

So, artikel ni Klik sini tau cerita lanjut mengatakan kanser boleh didapati dari mulut. Bila seseorang tu menjalani proses penampalan gigi, dia berisiko mendapat kanser. Tapi aku tak tau sejauh mana fakta ni betul. Kajian ini dibuat tapi disembunyikan dari pengetahuan umum.

Hee, agak menyeramkan. InsyaAllah anda jaga diri, kesihatan anda juga baik... Walau apa pun, jangan pula anda takut nak jumpa doktor gigi disebabkan fakta ni. Artikel tu cakap, if and only if penampalan gigi tu tidak dibuat dengan betul, kuman tu masih boleh hidup di celah rekahan gigi, and sebab tu ada risiko kena kanser Tapi bagi pendapat aku, benda ni dapat diubah, buatlah dengan cara yang betul..

"Kesihatan yang baik menceriakan hari kita"
"Gain Your Immune Body System"

p/s: Err..kalau aku ada tersalah cakap pasal info ni, sila tegur ek. Aku tak nak menakutkan orang ramai!

Sekian...Wassalam <(^^)V




Wednesday, December 14, 2011

Biji Rambutan atau Kulit Rambutan??

Pada  suatu hari, terdapat seekor monyet sedang berkebun di belakang rumah Pak Itam. Dia bercadang untuk menanam pokok rambutan. Lalu, dia mengambil kulit rambutan dan menanamnya di dalam tanah. Perbuatannya di lihat oleh seekor arnab. Kemudian berlakulah perbualan yang berikut.


Sang Arnab : Eh, Sang Monyet kamu sedang buat apa tu?

Sang Monyet : Oh, Sang Arnab. Saya hendak menanam pokok rambutan. Eii, geram betul tengok pokok rambutan rumah sebelah tu. Ranum betul.

Sang Arnab : Tapi saya nampak kamu tanam kulit rambutan sahaja,kan?

Sang Monyet : Aah, kulitnya pun boleh hasilkan pokok rambutan jugak kan?

Sang Arnab menepuk dahinya dan menggelengkan kepala.

Sang Arnab : Aduyaii, mana ada orang tanam kulit buah untuk hasilkan pokoknya. Orang tanam bijinya atau anak pokok.

Sang Monyet : Erk, begitu ke? Hehe. Malu saya. Terima kasih Sang Arnab. Kalau tak, saya dapat cucu pun belum tentu pokok rambutan saya akan tumbuh.

MORAL of THE STORY
  1. Malu bertanya sesat jalan...Kuang-kuang-kuang...
  2. Hargailah asal usul kita (Jangan Lupa Diri)
  3. Menegur biarlah dengan cara yang sopan
Sekian sajer . . . . . . . . 




 


Tuesday, December 13, 2011

Kerana Skip Masak, Entry Aku ada

Assalamualaikum dan Selamat....(Oh dah pukul 1.00 tengahari) Selamat Tengahari..


Cuti semester dah start tapi aku masih clueless nak buat apa. Ape yer aktiviti yang menarik boleh aku wat sepanjang cuti ni ek. Hmmm...Fikir-fikir...Layan movie aje la..Haha..Korang cuti buat ape ek?

Sekarang ni dah nak masuk pilihanraya ke. Tetiba dapat call nak interview pasal politik segala. Maaf! Aku belum berminat lagi nak berbaik-baik dengan bidang ni. Nanti-nanti la cukup umur nak masuk mengundi baru boleh fikir. Haha. (Macam tak fikir hal negara jer). Takpe itu cerita kemudian..

Actually aku takde cerita menarik nak cakap pun. Nak masukkan cerpen yang aku buat tu, haiyaa tah bila nak siap. Aku masih clueless nak buat watak hero dan heroin tu jatuh hati. aL-maklum la aku ni bukannya....tett tak yah cakap la..Hahaha

Well, hari ni aku buat benda yang tak pernah aku buat seumur hidup. Haha. Tapi kalau sesiapa yang kaki masak sah-sah la biasa jer buat "Nasi Ayam"

Tapi aku punya resepi ni banyak sumber. Ada ambik dari internet web tu la web ni la. So, dah jadi rojak la resepi Nasi Ayam aku nih. Aku pun tak tau apa rasa dia. Pasal aku belum siap masak sepenuhnya. Gatai tangan nak update blog <(^^)V

Ahahaha.. Berblog punya pasal ayam aku kat dalam kuali tu nasib baik tak hangit!! Heh

So, sekian saja buat masa ni. Ada cerita menarik aku kongsi kat sini. Selamat Bercuti!!!


Monday, November 28, 2011

Tiba-tiba Membunuh Secara Tak Sengaja

Assalamualaikum...


Ni masuk minggu kedua aku nak praktikal tapi bukan menda tu aku nak cakap pon. Itu biarlah berlalu nanti aku ceritakan lagi. :)

Hah, sebelum tu rasanya belum terlambat lagi aku nak ucapkan "Salam Maal Hijrah" buat umat Islam sekalian.

Ini kisah hobi aku. Erk, hobi ke? Erm, well boleh dikatakan sesuatu yang aku suka lakukan la. Aku suka bela ikan pelaga sejak aku kat UM lagi tapi tu la ikan yang aku bela kat UM tu umurnya tak panjang. :''(

Kirara

Ni ikan pertama yang aku bela. Masa tu aku tengah gilakan cerita anime Inuyasha, sampaikan ikan tu pun aku bagi nama Kirara. Haha. Waktu cuti semester aku bawak balik rumah tapi masa nak balik UM semula tup-tup tertinggal kat rumah. Ok, so kat rumah aku ingat mampu dijaga dengan baik la. Tapi malang tak berbau, ikan tu tak boleh hidup lama. Sebabnya, aku dengar cerita...Adik-adik aku tu pergi masukkan tangan dalam bekas ikan tu. Aduyaii macam mana tak mati, ekosistem dah terganggu. Sob sob sob....

Mizu

So, sebab aku memang suka bela ikan pelaga nih, aku beli lagi kat Mid Valley tuh. Kali ni aku namakan Mizu pasal warnanya biru. Ia ingatkan aku pada Mizuiro maksudnya biru dalam bahasa Jepun (kalau x salah). Mizu ni pun aku jaga dengan baik tapi nasibnya kurang baik kot, akhirnya mati jugak. Last-last aku kebumikan dia dengan flush ke dalam mangkuk tandas. Err, agak kejam la tapi siyes aku tak tau nak taruk mana. Nak tanam...entah ceruk mana boleh letak (byk lak alasan) =P

Aira

Hah, ikan ni special sangat bagi aku. Ramai giler kot sayangkan ikan ni sampai aku pun terpinggir. Haha. Warna ikan ni merah so aku namakan dia Aira. Bila kita cakap 'Hai Merah' maka aku pendekkan jadi Aira. Aira ni memang special sampaikan housemate aku hari-hari duk cakap dengan Aira. Aku fikir 'Aira ni tak tensen ke asyik dengar masalah orang jer?' Haha. Well, aku pun boleh kata memang selalu cakap dengan Aira walaupun aku tau dia bukan paham pun. Then, lately aku nampak Aira ni asyik landing kat atas batu dalam kolam jer. Pelik jugak and sebab tu la aku pun buat research. Ohh, sakit kot. So, aku pergi kedai beli garam biru seperti yang dicadangkan untuk ikan pelaga yang sakit. Pakcik kedai tu cakap taruk 2 sudu besar garam. Walaupun aku rasa macam tak logik, aku masukkan jugak garam tu. Wah, hepi aku tengok Aira aktif naik turun dalam bekas tu (walhal dia tengah kesakitan) :( And then aku ketiduran sampai petang. Bila bangun aku tengok Aira. Hah??!! Aira dah tak bergerak?? Dah mati?? Pembunuhnya?? Memang akulah yang menyebabkan Aira mati. Sob sob sob.. Sedih kot.. Err, bab ni pun aku rasa agak kejam. Pasal aku kebumikan dengan flush dalam tandas jer. Gulp, "Aira maafkan saya yer!!"


Ni lah Aira aku..

Lu'Lu'

Okey hari ni memang tidak diduga. Kebetulan aku ikut kawan aku beli makanan and jalan jauh sikit. Tup-tup jumpa kedai ikan. Tak pernah aku tau ada kedai ikan kat situ. Aku masuk and terus...hehe mencari spesis ikan pelaga. And aku nampak la sekor ikan ni. Cantik jer ekor dia. Kembang dan berkilat. Warna dia pun biru jugak. Mula-mula aku namakan Tutu. Tapi macam tak sedap jer, bunyi macam tikus pun ada. So, aku tukar namakan dia Michi. Tapi, kawan aku cakap nama tu macam pelik. Aku pun fikir memang betul jugak tu, asyik jepun jer. So, sebab warna dia biru macam blue aku tukar lagi letak nama Lulu. Dah fikir nama tu aku pun pergi solat. Hehe lepas solat jer aku terfikirkan perkataan Lu'Lu' (mutiara), Hah, cantiklah nama tu. Ada maksud and dari bahasa Arab. Ikan tu pun berkilat bersinar. Ada la kot macam mutiara. Haha bab ni memang rumit nak letak nama. Sampaikan lepas solat pun terbayangkan lagi. Haa, satu benda lagi. Masa aku pergi beli Lu'Lu' tu, aku tanya pakcik kat situ pasal garam biru. Pakcik tu cakap untuk bekas ikan macam aku ni cukup lah taruk teaspoon jer. Memang patut la Aira mati. TERLAMPAU BERASID!!! 

-----Okeh, konklusinya aku harap dapat jadi penjaga ikan yang baik----

Thursday, November 24, 2011

PENAT tapi dapat PENGALAMAN

Assalamualaikum...


Sejak mula praktikal ni, kehidupan aku pun dah berubah. Haha gaya macam baru kahwin ajer. Meh aku nak kongsi sikit pengalaman aku. >__<

MALAM SEBELUM PRAKTIKAL

Hati aku rasa excited sangat nak gi klinikal keesokan hari tu. Boleh aje aku rasa berdebar-debar and berfikir-fikir macam mana la aku esok. Malam tu memang tidur awal.

HARI PERTAMA PRAKTIKAL

Bila kaki aku mula melangkah kat tempat praktikal tuh (dalam hati 'bestnya!!'). Tapi aku and the geng memang blur pasal tak tau apa nak buat. So, kiteorang ikut ajelah apa yang senior-senior kehormat yang ada tu buat and tolong apa yang patut. Tapi bila dah berjam-jam, haih kaki aku dah rasa nak patah. Iyelah duduk pun tidak tapi kerja apa pun takde untuk dibuat. Dalam hati dah kira detik nak balik (bilalah jarum jam ni nak gi pukul 2). Bila dah balik, Haha katil jugak yang dicari. Last-last sume yang praktikal dengan aku jadi student-beauty buat seketika.

PRAKTIKAL SEKARANG

Bila dah masuk hari ke-4, penat tu dah biasa and takde apa sangat nak dibandingkan dengan apa yang aku dapat masa praktikal tu. Best jugak sebenarnya bila praktikal ni, macam-macam pengalaman aku dapat. And aku pun boleh paham macam-macam kerenah orang ada dalam dunia nih..

Itu sahaja pengalaman aku buat masa ni..

''Pengalaman lebih berharga dari kepenatan untuk mencari pengalaman tu"




Thursday, November 17, 2011

Ujian Hidup (Imam Muda)

Ketika Hidupku Tertekan
Mengaburi Pedoman
Kepada-Nya Akan Ku Pergi
Untuk Mencari Bimbingan

Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana

Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi

Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini

Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana

Dia Di Hati Selalu
Memberikanku Petunjuk
Apabila Pemandangan Samar

Biarpun Hidup Digoda
Ujian dan Pancaroba
Pasti Ada Hikmah Di Akhirnya

Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi

Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini



p/s: Tiba-tiba aku terdengar lagu ni masa call kawan aku. Haha terus jatuh hati. Hayatilah maksudnya yer <(^^)V




Monday, November 14, 2011

Baby oh Baby

Assalamualaikum...


Dengan bangganya aku ingin mengatakan bahawa aku masih lagi dalam musim peperiksaan tapi haha aku masih lagi sempat meng'update blog. Haha

Kebetulan tadi aku ke klinik menemani kawan aku yang tak berapa sihat. Kesian. Semoga cepat sembuh yer :)

Haa, kembali ke pangkal jalan. Tadi aku nampak sorang makcik ni bersama sorang bayi dalam 5 6 bulan gitu. Budak kecik tu tengah sodap tidur kot tadi tapi makcik tu pegi 'tenyeh-tenyeh' puting botol susu tu kat mulut budak tu. Hisy, tak patut la makcik tu buat begitu. Tapi aku rasa makcik tu bukan ibu budak tu bila aku dengar makcik tu cakap-cakap dengan makcik lain. Maybe jugak penjaga bayi tu. 

Tapi kalau tengah tidur biarkan je la. Kesian kat budak tu. Haha jahat betul aku tapi kalau lapar baru bagi la kan. Tu pendapat aku la.

Post yang tah pape pasal pengalaman aku tadi. Haha. Maaf yer macam mengarut saja.. <(^^)V


Thursday, November 10, 2011

Ultraman Ultraman Ultraman

Assalamualaikum...


Lama sudaa aku tak update blog ni yer. Agaknya segala Antrhopod, Helmin, Bakteria dan segala mikroorganisma agaknya dah bermukim kat badan blog aku tak? Haha..

Musim ni musim exam tapi malam nak exam baru aku study. Ape laa nak jadi ni. Haih. Tapi tu lah bukan aku sorang jer. Hehe Aku rasa ramai jer yang jadi Ultraman malam-malam exam kan.

Korang nak tau tak kenapa boleh jadi Ultraman?

Ultraman tu first-first berlawan dengan raksasa. Tapi raksasa tu tak jugak mati. Last-last Ultraman tu dan penat tahap cipan hutan dah baru la nak keluarkan kuasa real dia. Tapi cuba fikir asal la dia tak kuarkan power dia tu awal-awal lagi kan? Tak payah bazir masa lama-lama and ATP pun tak dibazirkan. Betol tak. Haha

Haa. So, korang jangan la jadi Ultraman last-last minute nak exam. Buat assignment pun gitu jugak yer. Study awal-awal tak rugi nyer. (Peringatan untuk diri aku jugak) (^^)V

Actually aku tengah tak tau nak buat ape ni. Nak mengadap sel-sel and segala urat saraf ni kejap lagi la. Hee. Haha. Takpe masa ni belajar tetap belajar. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Hah, amik aku dah bukak buku peribahasa. Haha

Sekian saja update aku kali ini.




Friday, October 7, 2011

Info Penting yang Mungkin Berguna untuk Korang =P

Assalamualaikum...


Lamanya tak update..Exam punya pasal kot. Ye-ye jer aku ni. Nak salahkan exam la plak kan.. Kesian exam.. Ish3


Semalam aku telah diberi satu amanah yang besar. InsyaAllah aku cuba jadi seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah ini. Aikk..skema plak ayat  ni aku rasa. Hehe. tapi tu la point utamanya.

Ok lah ni aku ada sedikit info mengenai kecantikan yang aku dapat dari sesi pembelajanran aku pagi tadi.
Ramai orang kata petua memerahkan bibir ialah dengan menggunakan ubat gigi seperti Colgate, Darlie, Safi, Muslim and sewaktu dengannya la. Bibir mulut korang memang merah tapi kemerahan tu disebabkan tindakan inflamasi badan korang tu. Inflamasi ni korang boleh ibaratkan seperti Ultraman yang tengah berlawan dengan Raksasa. Haa tu  la tindakan inflamasi sebenarnya. Kesian kat bibir korang tu.


And ada lagi..Korang tau tak air tu boleh memecahkan lemak korang. Haa.. Sebenarnya korang disarankan meminum 8 gelas air sehari untuk proses metabolisma badan korang. Bila ada air yang secukupnya badan korang dapat menjalankan metabolisma pada tahap optimum. Haa jangan ingat air tu untuk hilangkan dahaga jer tapi boleh juga membantu korang menurunkan berat badan. Cuma ianya tak jadi kalau cara korang makan tu melebihi yang sepatutnya. So, berpada-pada lah makan tu and minum air secukupnya yer.


Satu lagi petua aku nak bagitau. Hehe tapi aku tak tau la ia jadi ke tak. Petua mencerahkan kulit. Korang amik limau nipis pastu gosok kat muka korang tapi korang tau kan, muka korang akan rasa gatal dan pedih. Tu pasal pH asid dalam limau tu tinggi. Kalau korang nak gunakan cara tu, korang tambah la something yang sejuk seperti telur ke and pakai la bersama-sama limau tu. Tapi kesan dia jadi cerah ke tak aku tak pasti. Selamat Mencuba..


Yang ni pulak pasal facial.. Facial? Haha kononya la kan. Kulit muka korang kalau lama-lama mesti ada sel-sel kulit yang dah mati kan. So, ada cara scrub muka untuk buang sel-sel mati ni. Korang hiris tomato bagi nipis tapi jangan nipis sangat. Pastu amik gula sapukan pada tomato yang dihiris tadi. Last sekali gosok la kat muka korang and biarkan selama 30 minit then basuh la sebersih-bersihnya. Sekian and selamat mencuba. Hah satu lagi, makan tomato boleh licinkan kulit muka. HEHE

Kalau korang luka kat tangan, kaki or mana-mana la part kat badan korang tu..Jangan sesekali sapukan atau membasuh dengan colgate, minyak gamat, minyak angin, minyak tanah, air suam, kicap or pape yang sepatutnya sebab korang akan merencatkan proses yang kulit terluka tu nak lakukan. Korang sanggup biarkan orang lain membiarkan korang lambat ke perjumpaan penting? Tak sanggup kan..Haa gitu la jugak kulit korang tu..Biar ia jalankan tanggungjawab nya dahulu. Kalau luka tu berdarah apa biarkan ia kering then nak basuh or sapu minyak pun suka hati la...Eh, aku cakap bagi luka yang kecik-kecik tau..Kalau dah besar tu terus jumpa doktor yer. Jangan cari aku n marah lak kalau melarat. Hehe


-Yang mana baik boleh dijadikan contoh and yang mana buruk jadikan teladan... :)



Wednesday, September 21, 2011

Apa guna korang merokok?

Assalamualaikum...


Apa khabar korang? Khabar aku? Hehe..Sihat Alhamdulillah..

Hmm hari ni aku nak bongkarkan satu rahsia.. Ceh rahsia laa sangat. Maybe ada antara korang yang dah tau and maybe gak ada yang tak tau. So aku nak jugak inform kat korang. Eh, terlebih panjang plak pembuka kata, isi nyer kosong. Haha

Korang mesti tau akibat merokok jadi camne kan? Orang kata hati jadi hitam la buruk la..Last-last boleh bawak maut juga. Korang tau tak kat trakea korang tu ada tisu epitelium skuamus bersilia yang menghalang habuk-habuk dari masuk ke dalam paru-paru korang. Tapi once korang asyik duk sedut jer asap yang takde faedah tu..maka hilanglah silia-silia tu. Tapi korang tak perlu risau lagi pasal silia-silia ni tumbuh lagi.

Tapi yang perlu korang risau ialah bila dah lama sangat korang sedut menda alah tu sampaikan berkatalah tisu epitelium skuamus bersilia tu

"Aku tinggal kat trakea kau ni pasal xnak bagi habuk-habuk n segala bendasing-bendasing masuk tapi kau halau aku plak??!! Heh, sampainya hati kau yer.. Tapi takpe aku bersabar lagi buat muka tebal menempel kat trakea kau...Sampai lah..Kau memang sakit hati ngan aku kan..halau aku camtu..Takpe lah aku malas nak amik kisah pasal kau lagi. "

Maka ambil alihlah fibrin dengan menutupi lapisan dalam trakea tu. So tisu tu dah jadi licin. Apa-apa benda pun boleh masuk ke dalam paru-paru korang pasal dah takde penghalang lagi. Jadilah bermacam-macam penyakit kat korang.

So, aku nasihatkan..Jagalah diri korang tu, bagi kasih sayang kat diri sendiri tu. Tak payah la susah-susah nak merokok. Dah la buang duit, bagi penyakit pulak tu!! Sedarlah korang :)





Sunday, September 18, 2011

Kerusi atau Kerusi Meja?

Assalamualaikum...


Apa khabar korang? Hujung-hujung minggu mesti banyak yang lepak-lepak ngan family or member-member kan..sama la aku..Siap dapat pancing ikan lagi.. Hakhakhak

Tapi yang tak bestnya, bila pergi kat tempat camtu.. Aduhaii sakit mata nengok aksi-aksi terlebih mesra pasangan yang aku jumpa tu. Kalau boleh satu badan nak ukur. Hee geram rasa. Nasib baik jugak laa dorang ni bukan Orang Melayu..Kalau tak.... Heh Memang nak kena laa... Tapi takkan la menda sebegitu pun nak dipertontonkan.. Malu la sikit kat orang lalu-lalang..

Ok la tajuk asal aku nak cakap benda lain tapi dah tersasul benda lain..

Baru aku tau ada perbezaan mengenai kenduri kat pantai timur dengan tempat lain. Rupanya masa kenduri negeri-negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Selangor n negeri-negeri yang bukan pantai timur makan menggunakan meja. Tak sama dengan negeri-negeri pantai timur seperti Terengganu, Kelantan yang makan dengan duduk atas kerusi jer..

Tapi apa bezanya aku tak tau. Mungkin adat. Kalau ada yang tau boleh kongsi cerita.

Sekian sahaja entry aku yang entah pape ni.. And korang..Doakan aku berjaya dalam exam yang akan datang ni yer... InsyaAllah :)


Thursday, September 15, 2011

Hasil Kerja Ngok Ngek Aku

Assalamualaikum...


Sekian lama beraya di rumah, tiba masanya untuk aku kembali belajar. Huhu. Hidup mesti diteruskan. Ceh. Emosi pulak :) Haha. Exam da nak dokat laa.. Buat para-para semua-semua calon-calon candidate yang bakal menduduki peperiksaan..Tak kira la PMR/SPM/IPTA/IPTS/KOLEJ atau peperiksaan kenaikan pangkat...

Aku ucapkan...... 
SELAMAT BERJAYA, BUAT YANG TERBAIK, INGAT USAHA KORANG SELAMA INI!!!

Kononnya semalam nak buat assignment laa tapi sambil mencari bahan aku n sahabatku yang sama kepala, sama organ tapi tak sama nama ni terjumpa, tertengok video-video pasal.. Haha future lagi!!! Hasilnya...


Sekian sahaja untuk hari ini... :)

Thursday, September 8, 2011

Tahap Kepercayaan Anda Sesama Manusia

Assalamualaikum...


Hari ni betul-betul mencabar tahap kesabaran aku. Tapi alhamdulillah ujian ni masih lagi dapat diharungi. :)

Kepercayaan mudah sekali diletak pada wajah yang polos dan nampak baik. Tapi wajah itu juga boleh menikam belakang kita. Adoiii. Sekali kepercayaan itu telah hilang, kita tidak akan mempercayainya lagi.

Aduhaii.. Susahnya rasa nak percaya kat orang walaupun orang tu nampak nice. Aku sendiri pun tak berapa yakin lagi-lagi terhadap kaum berbeza jantina. Hehe. Tambah-tambah selepas tengok apa yang berlaku di sekeliling aku..lagi la aku susah nak percaya pada orang..Eh tercerita pasal aku pulak. Haha. Well, ambil sebagai langkah berjaga-jaga yer.

Sama jer la bila tiba-tiba ada orang mempromosi something..Memang sure la rasa nak pergi dari situ, kan tak percaya pada dorang ni.. Sekali aku pernah kena. Huhu..masih tak dapat lupakan tapi semua yang berlaku ada hikmahnya. :)

So untuk memupuk kepercayaan tu amatlah susah tapi once orang tu dah percaya kat kita jangan cuba atau ada hati nak buat sesuatu yang boleh hilangkan kepercayaannya pada kita. :)


Tuesday, September 6, 2011

Istilah dahulu dan sekarang :)

Manusia diciptakan berpasangan bagi saling melengkapi kekurangan yang terdapat pada diri masing-masing. 


Jika dahulu, umur yang muda bukan penghalang untuk membina masjid malah pada umur itulah waktu yang sepatutnya. Jika dahulu, perkahwinan bertujuan untuk mengembangkan zuriat dan generasi. Jika dahulu, perkahwinan tidak memandang pada pelajaran dan harta benda tetapi pada kebaikan dan kesopanan diri.

Tapi dunia hari ini jauh berbeza. Umur yang muda perlu digunakan untuk belajar sehingga cemerlang dan mencapai taraf hidup yang baik. Hari ini juga terdapat perkahwinan untuk merapatkan hubungan perniagaan, persahabatan, nafsu, cinta dan mengelakkan dari berlakunya maksiat.

Walaubagaimanapun, kedua-dua zaman sebenarnya ada kebaikan dan keburukannnya. Fikir-fikirlah sendiri :)

Hati aku sedih mengenangkan sikap sesetengah manusia hari ini terutama anak-anak muda. Mereka menjalinkan hubungan cinta tapi aku bukan nak marah dorang pun and dorang pasti dah tau mana buruk. Cuma bila mereka ni bercinta, mereka bersikap lebih-lebih, berpegangan tangan segala n ada jugak yg berpeluk-peluk seolah-olah mereka ni memang dah confirm and pasti akan bersatu. Tapi sekali hubungan tu dah putus, segala-gala yang ada dah hilang, menangis air mata darah sekalipun dah tak berguna lagi.

Tambah menyakitkan hati bila depan mata aku sendiri, mereka-mereka ni berpegang-pegang n 'mesra-mesra' seolah-olah dunia ni mereka yang punya. Lagi mengecewakan bila benda tu berlaku dalam bulan yang penuh keberkatan seperti Ramadhan. Tolonglah hormat sikit bulan Ramadhan tu. (Emosi terlebih)

Kata-kata seseorang yang aku kenali...
"Aku takut untuk meyayangikan seseorang itu melainkan dia adalah jodohku. Bila hatiku telah menyayangi seseorang tu, tiba-tiba suatu hari perhubunganku dan dia terputus, aku takut dikecewakan. Aku juga khuatir jika dia berpura-pura meyayangiku kerana hanya ingin menguji dan mempermainkanku."

Bila difikirkan secara logik ada jugak betulnya tapi sebenarnya disebalik sebuah kekecewaan terdapat kenikmatannya dan disebalik suatu kejadiannya pasti ada hikmahnya. Tapi tanpa mengenali kaum jantina yang berbeza dengan kita, susah untuk berjumpa dengan jodoh kita. Apa yang berlaku adalah Qada' dan Qadar.

Ada baiknya bagi seawal usia ini kita cuba berkenalan dengan teman-teman kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi di kemudian hari. Malah, arus perjalanan akan membawa kita mengenali lebih ramai orang. So, korang..paham-paham la apa yang aku maksudkan kalau tak paham boleh aje tanya.< (^_^)Y

Alahai..banyak pulak entry aku berkaitan jodoh-jodoh ni. =P Haa lupa pulak, alang-alang bulan Syawal ni kan kebanyakkan orang buat kenduri kahwin. Selamat Pengantin Baru bagi yang baru mendirikan masjid tu yer :)

P/S: Jika entry aku ni ada yang menguris hati sesetengah pihak, I'm sorry. Yang baik dijadikan pengajaran dan yang buruk dijadikan teladan. :)

Mahar Cinta by Devotees

Monday, September 5, 2011

Antara nasihat Lukman Al-Hakim

Assaamualaikum..


Ini adalah antara nasihat Lukman Al-Hakim yang aku dapat masa haluansiswa di UM. Sedih pulak bila teringat kt UM. Takpe hidup perlu diteruskan. Ceh emo la plak.. :)

  1. Orang yang sentiasa terbuka untuk menerima nasihat, maka dia akan mendapat penjagaan daripada Allah Taala.
  2. Jauhi sifat dusta kerana sifat tersebut mudah dijangkiti.
  3. Janganlah engkau condong kerana urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja.
  4. Bila mana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dengan kemarahan itu, dia masih berusaha menginsafi kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan.
  5. Bergaulah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikan kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya.


Perempuan yang baik untuk Lelaki yang baik dan sebaliknya.

Assalamualaikum dan selamat pagi :)


Lepas subuh, kononnya nak study tapi dah terlayan FB plak. Adoyaii macam mana nak study. Hehe. 






Bestnye hidup bila dapat jadi wanita solehah. Dengan keadaan dunia sekarang, bermacam-macam dugaan yg kita perlu hadapi. InsyaAllah dengan keteguhan keimanan dihati dapat jugak diharungi cabaran-cabaran tersebut. (apa terbelit2 ayt aku ni)

-Wanita solehah buat suami yang soleh- :) 

Betul ke statement di atas? Hanya anda sendiri mengetahuinya. 

Actually, ramai orang cakap dan berpandangan bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. So, bagi yang kurang baik tak dapat la perempuan/ lelaki yang baik? Sebenarnya tanggapan tu salah sama sekali.

Dalam Al-Quran ada menceritakan mengenai kisah Saidatina Aisyah r.a. yang berkaitan dengan statement ni. Aku tak berapa ingat full story tapi apa yang penting..kerjasama..eh tetiba masuk part wonderpet. Sewaktu dalam perjalanan, kalung Aisyah tercicir lepas tu Aisyah mencarinya. Tentera-tentera yang membawa Aisyah tidak menyedari bahawa Aisyah takde, tertinggallah beliau. Terdapat pula seseorang yg pulang ke tempat perhentiaan Aisyah tu dan mengenali diri Aisyah.

Dan, tak lama lepas tu tentera-tentera tu baru perasan yang Aisyah takde lalu mencarinya. Malangnya, mereka ni ternampak Aisyah dan ar-rajulun berduaan tanpa mengetahui keadaan sebenar. Lalu, ianya menimbulkan fitnah bagi mereka berdua.

Disebabkan tu jugak la, Rasulullah tak bercakap dengan Aisyah walaupun tahu Aisyah tidak bersalah. Lalu turunlah ayat yang mengatakan bahawa Aisyah tidak bersalah.

Cerita sebenar korang boleh baca di sini yer. Fitnah terhadap Aisyah r.a.

Sebenarnya aku nak cakap, Rasulullah adalah lelaki yang baik so isterinya, Aisyah r.a. mestilah wanita yang baik. So jika anda mendapat suami yang baik, nyatalah anda sebenarnya juga baik. And jika anda mahu lelaki yang baik apa salahnya anda berubah ke arah kebaikan dan begitu juga bagi lelaki.

Sekian..

p/s : Aku mintak maaf. Ayat aku agak terbelit-belit. And jika cerita aku di atas tak berapa betol tolong tegur aku yer. Sesungguhnya aku ni hanya insan biasa yang sering membuat kesalahan. And sorry jugak kalau ada yang terguris hati. :)








Friday, September 2, 2011

Tetamu oh Tetamu

Assalamualaikum Pembuka Bicara...

Aku ada satu pengalaman nak kongsi pasal raya ni tapi takde la pasal pengalaman sangat. Hehe. Actually bila jer raya ramai kot yang datang rumah and tugas aku wajib harus sunat dan tidak haram pasti la kerjanya kat dapur.(perasan rajin) =P

Bila satu family datang tu tahan lagi tapi bila berpusu-pusu datang aku pun mula la rasa nak lari jauh-jauh. Haha teruk punya orang. Takde la, aku still buat semua yang patut tapi dalam hati tu isk3 rasa cam tak ikhlas plak. Sedih betoiii.

Satu hari aku dapat satu nasihat ni. Actually kita patut gembira dengan kehadiran tetamu ke rumah kerana dorang ni membawa kebaikan kepada kita seperti :-

1- Rezeki diluaskan oleh Allah S.W.T.
2- Diberikan kerberkatan umur


Sabda Rasulullah S.A.W. "Barang siapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung silaturahim. (muttafaqun alaih)

3- Dirinya akan dikasihi oleh Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah S.A.W. " Orang-orang yang suka berkasih sayang sesama mereka akan mendapat kasih sayang Allah. Berbalas kasihlah dengan penduduk bumi nescaya Allah yang berada di langit mengasihimu. Hadis riwayat Al-Tarmizi disahihkan oleh Al-Albani.


So, korang dan juga diri aku sendiri jangan la tak suka bila tetamu datang yer..Tetamu datang membawa keberkatan. Kita perlulah memuliakan tetamu :)




Raya Sekarang..

Assalamualaikum...


Pabila semua umat Islam menyambut raya dengan gembiranya ada jugak yang menyambutnya dalam duka. Aku dengar kat radio tadi, banyak pulak statistik kemalangan jalan raya. Ayuhaiii...

"Wahai penunggang dan pemandu sekalian..bawak kereta tu berhati-hatilah.. Ingat orang yang tersayang. Jangan suka-suki bawak kete camtu jer." -Nasihat yang selalu didengari oleh masyarakat hari ni.

(Apasal ayat skema sangat hari ni?) =P

Tiap kali raya ape yang korang tunggu-tunggu? Meh aku teka.

-Duit Raya (Even da beso =P)
-Kuih Raya
-Baju Raya
-Raya Rumah Orang
-Jangan korang jadi HANTU RAYA suda....

p/s: Actually aku tak tau nak post ape tapi hati terasa nak post something jugak. Hehe. So aku merapu di sini laa... Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin :)


Monday, August 29, 2011

Aidilfitri menjelang tiba

Assalamualaikum....

Apa khabar semua? Aku tahu semua orang tengah mood raya. For sure la khabar baik kan. Hehe.
Ramadhan dah nak berlalu, Syawal menjelang. Aku harap ibadat kita semua insyaAllah diterima ALLAH S.W.T. 


Menyambut Ramadhan kali ni sangat-sangat menggembirakan aku. Ianya memberi sebuah makna dan membawa perubahan pada diri aku. InsyaAllah... ^_^


Untung aje aku dapat 2 minggu cuti. Boleh raya lama skit tapi bab study, alahai tak leh nak lupakan terus. Teruk kena baham dengan lecterur aku kalau kerja tak siap. So korang yang ada assignmnent and yang sewaktu dengannya tu...jangan lupa yer..Raya-raya jugak tapi kerja lain jangan tak ingat terus.. Hehe (boleh caye ke cakap aku ni??!)


Ramadhan oh Ramadhan,
Bye-bye,
Moga jumpa lagi tahun depan.

Syawal oh Syawal,
Hi-hi,
Alamah habislah duit mak bapak.

Sekian saje post aku kali ni. Aha, terlupa pulak. Korang jangan asyik main mercun jer tapi kalau main mercun cam aku asyik masuk longkang takpe gak. Hehe


SALAM AIDILFITRI BUAT UMAT ISLAM SEDUNIA







Thursday, August 4, 2011

Assalamualaikum.....


Sebelum terlambat aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam seluruh dunia. Jangan korang sesaje nak ponteng puasa yer. DOSA!!!

Dari bidang costrucrtion aku dah berubah bidang..Bye-bye Costruction. Bye-bye Alam Bina. Bye-bye UM.
Sedih pulak rasanya. Huhu. Tapi takpe la. Hidup kena diteruskan. Haha. Skema pulak.

Puasa-puasa ni jangan tamak sangat. Elakkan pembaziran.

Ok. Dah la. Haa satu lagi jangan lupa solat Terawih yer. ^_^





Sunday, June 12, 2011

Cegah Ia Sebelum Terlambat

Assalamualaikum...


Aku ada satu apa ek nak panggil..cerita kot..actually seseorang yang penting dalam hidup aku ada memberitahu mengenai cerita ni..

Cuba korang bayangkan apa akan jadi bila korang biarkan sudu besi yang bersinar tu ditimpa hujan dan berpanas selama 2 hari..(ayt keling jer bunyi xpe asal paham) Haha. Mesti berkarat punya tapi bila dikikis semula, confirm karat tu boleh hilang lagi tetapi tidak jika dibiarkan selama 2 bulan..pastinya sudu besi tu pulak yang rosak atau sewaktu dengannya..

Pastu jika kita sakit dan terus mendapatkan rawatan secepat mungkin..insyaAllah sakit kita akan hilang tapi jika kita membiarkan sakit itu untuk tempoh yang lama..mungkin harapan untuk penyakit kita tu sembuh agak tipis...

Bila aku fikir semula...perumpamaan ini samalah nak  dibandingkan dengan diri kita...

Jika kita mendekati maksiat...teruslah bertaubat kepada Allah secepat mungkin..InsyaAllah kita dapat kembali pada jalan yang betul..Janganlah membiarkan diri kita bergelumang dengan maksiat untuk tempoh yang lama kerana kelak akan memakan diri kita sendiri.

P/S: Sama-samalah kita memperingati diri sendiri dan yang lain. Semoga Allah menguatkan iman kita untuk menghadapi cabaran duniawi.



Thursday, May 26, 2011

RM 8 atau RM15?

Al-kisah maka tersebutlah kisah.......


Seorang pakcik dan Si Gadis Penjual di sebuah kedai jam tangan.

Pakcik : Adik, pakcik nak tukar bateri jam.
Si Gadis Penjual : Ohh, boleh je. Pakcik nak bateri harga lapan ringgit ke lima belas ringgit?
Pakcik : Hah, erm.....
Si Gadis Penjual : Saya tanya ni, pakcik nak bateri harga lapan ringgit ke lima belas ringgit?

Kemudian, pakcik tersebut mengeluarkan wangnya. Si Gadis Penjual hairan kerana jam belum dibaiki tapi pakcik tersebut dah nak bayar.

Si Gadis Penjual : Ehem, pakcik nak bateri mana satu ni. Lapan ringgit? Lima belas ringgit?

Namun, pakcik tersebut hanya mengangguk. Si Gadis Penjual melakukan kerja membaiki jam tersebut dengan menggunakan bateri berharga RM15 kerana pakcik tersebut mengangguk apabila dia menyebut tentang bateri berharga RM15.

Si Gadis Penjual : Ini jamnya dah siap baiki, pakcik.

Pakcik tersebut menghulurkan wang kertas sebanyak RM50. Si Gadis Penjual mengembalikan bakinya sebanyak RM35.

Pakcik : Amboi, mahalnya bateri. Berharga RM15 sebiji. Pakcik ingatkan RM10 jer.
Si Gadis Penjual : #@$%^@*!

Moral : Salah siapa ni? Pakcik tu atau Si Gadis Penjual?. Jeng-jeng-jeng

-Fikir-fikirkanlah. Kita perlu bertindak bijak dalam sesuatu keadaan. XD


Tuesday, May 10, 2011

Apa itu Alam Bina -PABUM- /(PASUM)

Assalamualaikum..


Hari ni aku nak bercerita mengenai PASUM tapi takde la pasum sangat. Sebenarnya cerita aku lebih kepada ALAM BINA. PASUM ialah Pusat Pengajian Sains Universiti Malaya. Pasum terdiri dari 3 kos iaitu Sains Hayat, Fizikal dan Alam Bina.

Bagi korang yang amik sains Hayat dan Fizikal, kerja korang memang study gila-gila. Tu yang aku tengok batch aku la tapi korang nak enjoy pun boleh asalkan korang boleh catch up nanti. Aku tengok subjek budak-budak ni, naik pening. Apa yang dorang belajar ni?? Haha.. Tapi tabik la dengan dorang sanggup menghadap CALCULUS, ALGEBRA and dot dot dot..Dorang punya skop bukan setakat SPM tapi lebih kot. Bersabarlah korang yang amik sains Hayat and Fizikal ni yer. Hehe..

Now, back to our story about Alam Bina. Bila aku tahu aku dapat masuk ke Alam Bina (kejadah ni?) banyak kali duk pikiaq. Apekah pasal kos ni? Nak bina alam? bina pokok? Hisy..

Alam Bina sebenarnya pembelajaran ke arah construction. Alam Bina terbahagi kepada 5 cabang sahaja dan pelajar-pelajar yang amik kos Alam Bina di bawah PASUM, degreenya kat UM jer la. Sebab itu, Alam Bina dikatakan mempunyai tiket emas ke UM. ^^

5 kos di bawah Alam Bina iaitu, Architecture, Building Surveyor, Town Planning, Quantity Surveyor, dan Estate Management.

Mengikut pengalaman aku, Sem 1 korang akan belajar Algebra, Microeconomic, General Chemistry and Physic, Environmental Science (ES), Architecture Drafting (AD) dan Graphic Communication (GC). 

Bagi budak-budak Alam Bina ni, korang belajar math, fizik dan kimia meliputi skop SPM jer. Mungkin tambah-tambah sikit tu ada la. Bagi pelajar pure science masa SPM, korang mesti tak belajar mikroekonomi kan. Tapi tak payah risau, korang rajin baca senang jer. Hehe. Subjek ni senang nak paham la^^

Algebra tu korang boleh fikir yang korang belajar ADD MATH SPM. Ok, kalau subjek Enviromental Science boleh jadi benda baru yang korang belajar. Tapi nak kata baru sangat mungkin tak. Kalau korang amik Geografi ada jugak la sikit-sikit dalam subjek ni. ES ni lebih kurang macam Geografi tapi lebih detail.

Okay sekarang nak bagitau korang subjek yang kritikal. Haha. Subjek ni akan dikira dalam CGPA utk Sem 1 korang. Sebenarnya takde la kritikal. Macam yang korang tahu, kalau nak jadi Arkitek tak tido malam dan bagi Alam Bina ni la penyebabnya. 2 subjek ni la yang menyebabkan mata korang jadi cam beruang panda.

Architecture Drafting ni lukis-lukis pelan macam pandangan atas, tepi and dot dot. Bagi korang yang amik technical drawing mesti tau ni cuma beza dengan korang guna lukisan A3 kalau tak silap. Tapi bagi Alam Bina korang gunakan A2. Bunyi cam senang tapi nak buat benda ni memang amik masa dan kena teliti. Kalau tak, redo la kerja korang. Tapi lukis benda ni memang enjoy. Haha. Dapat jadi burung hantu. Kadang-kadang tak tido terus.

Graphic Communication ni pulak memang subjek yang pelik bila aku mula-mula masuk dulu. First-first aku kena melukis kasut yang dikumpul-kumpul tanpa lihat kertas. Means, mata aku sepanjang masa tengok kasut tu jer. Cuba la korang bayangkan apa yang jadi pada lukisan korang. GC ni lebih kepada Art juga la. Kadang-kadang subjek ni suruh kita menari dan menyanyi mengikut sesuatu pergerakan. Haha pelik tak? Apa kena mengena dengan Construction? Pastu kena melukis-lukis la. But, korang kena hati-hati walaupun nampak sempoi subjek ni tapi pemarkahan ketat. Waspadalah korang. Haha. Then, utk final projek agak banyak pemarkahan dia iaitu korang kena buat Animation. Cuma untuk korang, aku tak tahu animation berdasarkan apa. Kalau aku dulu berdasarkan cerita Chungking Express and kitaorang diwajibkan tengok masa kelas. Bagi aku cite tu 18SX. Terukk!! Tapi subjek ni jugak yang menolong korang untuk markah final Sem 1. GC dan AD ni paling banyak jam kredit.

Ok, untuk Sem 2 pula, korang akan dibahagikan kepada Design dan Non-Design. Bagi korang yang nak amik Architecture, Building Surveyor dan Town Planning, korang di masukkan dalam Design. Bagi korang yang nak amik Quantity Surveyor dan Estate Management masukklah dalam Non-Design. 

Budak-budak Design ni banyak projek and lagi banyak dari Sem 1 punya projek. Sebab korang dan diajarkan sikit sebanyak kepada kerja-kerja macam Arkitek ni. Nak masuk Design pointer pun kena tinggi gak, 3.5 lebih kurang dan mengambil kira GC dan AD.

Bagi budak-budak Non-Design pulak takde projek macam budak Design ni. Korang lebih kepada kerja-kerja mengira dan benda-benda fakta. 

Sem 2 ni jugak masih ada beberapa kuliah yang mengabungkan semua pelajar Alam Bina seperti Construction Technology, Macroeconomic, General Chemistry and Physic 2, dan Statistic and Probability (masih skop SPM). 

Bagi budak Design, korang akan belajar Basic Design dan Art Design. Bagi budak Non-Design pula, korang akan belajar Accounting and Finance, Malaysia Legal System, dan Management.

Satu hal lagi pasal budak Alam Bina ni, korang bukan belajar kat PASUM saje tapi kat Fakulti Alam Bina jugak. Hehe. Korang kan takde tempat lain dah nak pergi time Degree, FAB jugak kan. Jadi berjinak-jinaklah korang dengan FAB time PASUM lagi. Hehe

Batch aku 2010/2011 panggil kos Alam Bina bukan sebagai Pasum tetapi PABUM dan mempunyai sebab-sebab tertentu.^^

By the way, information yang aku bagi ni mengikut pengalaman aku. So, kalau ada sebarang pertukaran subjek atau maklumat dalam Alam Bina bagi batch korang nanti, Aku mintak maaf yer. Hehe..

Sekian, terima kasih......Selamat Maju Jaya^^

p/s : Kepada budak Hayat and Fizikal...jangan marah yer. Ini fakta mengenai Alam Bina. Hehe




Friday, April 29, 2011

Makanan

Pada suatu hari, di bawah pokok rambutan si Ibu dan anaknya sedang bersantai sambil makan rambutan. Kemudian berlaku dialog di antara mereka:


Ibu: Kalau kita lapar, kita makan apa?
Anak: Makan nasi la, bu.
Ibu: Ok, kalau Rohani yang lapar?
Anak: Makan nasi juga la.
Ibu: Salah la. Makanan untuk rohani kita ialah beribadat kepada Allah S.W.T seperti solat, mengaji, berpuasa dan berzikir.
Anak: Mana boleh macam tu. Kalau Rohani makan macam tu, Rohani takkan kenyang.
Ibu: Kenapa pula?
Anak: Rohani kan manusia. Manusia perlu makan nasi.
Ibu: @#%$^#!!

-Untuk meneruskan kehidupan, kita memerlukan makanan seperti nasi. Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam kehendak rohani juga perlu dipenuhi dengan beribadat kepada Allah S.W.T. Amalan yang dicari di dunia akan digunakan di akhirat kelak. Marilah sama-sama kita mengimbangkan kehendak rohani dan jasmani.


Thursday, April 28, 2011

Kahkahkah..Kesian tapi tak patut


Kesiannya, nak baca surat khabar pun kena kacau. Korang jangan la buat macam ni. Membaca tu amalan mulia. Hehe.

Ni animation aku buat sesaje. Takde la cantik sangat tapi enjoy jela..^^

Wednesday, April 27, 2011

Adui Makkkk..Sakit!!

Assalamualaikum...


Setelah lama mendiamkan diri baru hari ni aku ada idea nak buat entry baru (idea merapu). Start cuti ni rasa bosan pulak. Kalau dulu waktu cuti pun nak kena fikir pasal subjek-subjek yang belum study (kononnya) =,=''. Haha

Sekarang ni kepala aku rasa ringan sangat sampai aku jadi satu masalah buat aku. Dah-dah, merepek je lebih.


Pada suatu hari, di petang yang hening "MAK!!, sakit tengkuk saya ni."

Rupa-rupanya mak dia ni excited sangat amik gambar sampai tali kamera tu tersangkut kat tengkuk anaknya pun tak perasan. So, korang jangan la buat macam ni kat adik, anak or siapa-siapa jela yang berkaitan. Kesian pulak, situasi gembira bertukar sedih. Nauzubillah..

Thursday, April 21, 2011

Bantal Busuk

Assalamualaikum Semua...


Bila aku tenung sepupu aku yang tengah khusyuk memeluk bantal busuk dia, tiba-tiba aku terlintas nak tulis pasal bantal busuk

Bantal tu menjadi busuk bila bantal tu dah dipenuhi dengan peta yang korang lakarkan guna mulut tu. Haha. 
Tapi bantal tu jugak yang korang takleh lepaskan sampai besar.

Agak-agak waktu bila korang sanggup melepaskan bantal busuk korang tu? Aku percaya setiap orang ada bantal busuk punya. Even takde pun perangai dari kecik sampai besar tetap ada kan macam pusing-pusing rambut atau usap telinga sendiri masa nak tido.^^

Cecite cecite cecite...

Euwww banyaknya air liuq basi!!


Monday, April 18, 2011

Pesanan Mak Nenek

Assalamualaikum Pembuka Bicara..


Masa aku kat majlis cukur jambul dua pupu aku, aku terdengar la mereka-mereka ni bercakap pasal rumahtangga. Hehe. Maklumat ni dari sudut mata isteri la.

Bagi si isteri, suami adalah segala-galanya. Ada yang kata syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Aku pun tak tau sangat pasal ni sebab yang biasa aku dengar syurga di bawah tapak kaki ibu. 

Cuma kalau fikir betul-betul, bila seseorang wanita telah bersuami, dia perlu patuh pada suami. 

Jadi si isteri perlu menjaga maruah suami. Keluarga suaminya juga merupakan keluarganya, so si isteri ni tidak patut menjatuhkan maruah keluarga suaminya kerana itu merupakan maruah suaminya jugak. 

Dorang jugak cakap, isteri ni hanya boleh menasihat tapi keputusan tetap di tangan suaminya. 

By the way, korang tau tak kenapa lelaki diberi tugas jadi ketua keluarga? Kalau tau ke tak tau ke, aku nak cakap jugak >wink<

Sebab hati lelaki lebih tabah dari wanita. Wanita hatinya cepat beremosi, dan cuba bayangkan kalau kuasa talak berapa di tangan wanita. Sekali marah, jatuh talak. Hancur sudah masjid yang terbina.

So, wahai kaum Hawa, jadilah isteri yang taat pada suami selagi berlandaskan agama. Salah satu cara untuk masuk Syurga bagi kaum Hawa adalah dengan mentaati suaminya.

Actually, aku sebenarnya kehilangan idea nak post entry, so aku buat la entry tapi bila aku baca macam tunggang-langgang jer apa aku nak cakap ni.

Apa-apa korang nak tambah pada entry aku, silakan jangan segan-segan dan malu-malu yer.^^




Wednesday, April 13, 2011

Katak si Katak Lompat

Assalamualaikum...


Di sini aku ingin mengumumkan bahawa aku akan bertunang..eh jap apa ni belum sampai seru lagi la. Haha. Aku akan bercuti. Yahooo. Exam aku dah habis so era untuk aku bercuti akan bermula tak lama lagi. Hehe.

Bagi rakan-rakan yang sebaya dengan aku ni, jangan buat kerja gila time cuti ni yer. So sekian saja..Aku nak enjoy cuti aku dulu. Haha. Lalalalala..


Thursday, April 7, 2011

Hangat-hangat Kepala Cek ni!!

Assalamualaikum..


Hangat? Haha. Agak hangat la waktu aku jawab exam, bagai nak pecah kepala jawab soalan-soalan exam start Selasa lepas. Pagi tadi hurai-hurai pun panjang lebar, nasib baik tak patah jer tangan aku nih. Pengawas yang jaga tu pun duk gelak kat aku bila aku baling-baling pen kat meja. Penat weh tulis tak berhenti-henti. Lama sangat tak amik exam. Hehe.

By the way, aku tak tau nak wat apa so aku terfikir-fikir. Mari kita update blog jap. Huhu. 

Pada pendapat korang, apa pertalian yang perlu ada pada SENIOR and JUNIOR. Maksud aku perlu ke seseorang junior ni untuk jumpa seniornya sebagai kawan atau sebagai seorang yang memerlukan bantuan dari senior (Cari senior bila ada masalah). Perlu ke senior ni berlagak chill dengan junior cam kawan or just treat junior tu, "Ala, kau tu junior aku, tak layak kawan dengan aku". 

Aku tengok benda-benda camni banyak berlaku kat sekolah atau universiti. So korang cuba fikir, yang mana patut?



Wednesday, March 30, 2011

Kerana Aku Gila Tuttt!!

Assalamualaikum...


Memalam ni eh pepagi ni rasa nak update jap isi perut blog aku ni. Hehe. Ringkas jer nak cakap. Semalam aku pergi kat APIUM ada "konsert kesenian Islam" atau boleh jugak panggil KARISMA tapi tak ingat nama penuh la. Dalam konsert tu ada kumpulan Devotees, Saujana, FeelHoney, dan juga Elham'z.

Untuk kumpulan Elham'z dan FeelHoney tu pun aku baru tau, rupanya mereka ni asal dari UM and mereka nu jugak anak-anak kelahiran Negeri Bawah Bayu. First time aku tgk semalam, best jugak la persembahan diaorang ni. Mantop gitu. Hehe.

Kumpulan Elham'z ni ada 2 orang ahli, Elty and Amza. Aku lupa pulak nama penuh mereka ni. Masa atas pentas dorang ni kelakar la aku rasa especially Elty tu. Macam-macam gaya..Hehe. Lagu cerita cinta yang juga ada dalam album Nasyid Semesta tu sangat-sangat best. Terasa something bila dengar.^^

FeelHoney pulak muncul dengan penuh style. Ada 5 orang. First aku dengar lagu dorang ni best jugak la especially lagu wanita istimewa. Memang istimewa.

And untuk kumpulan Devotees pulak, mereka persembahkan lagu baru dari album ke-2 "Berjalan Tanpa Henti". Memang tak henti-henti la aku ulang lagu diaorang ni. Hehe..Mereka punya persembahan pun mantop gila. Lagu yang dorang nyanyi memang best and ada maksud yg mendalam..Berjalan Tanpa Henti...Pasal lagu English dorang tu "Don't Walk Away" tapi sekali dengar boleh jadi "Jom Buat Kuih". Haha. Pape pun lagu dorang memang best. Rugi woo sapa tak dengar^^

And the last one ialah kump Saujana. Dah 14 tahun rupanya. Tak sangka aku. Ish3.Seingat aku, kecik-kecik dulu aku pernah masuk nasyid nyanyi lagu "Sepohon Kayu". Lagu Nota Cinta tu best la. Jap lagi pusing-pusing lagu ni aku dengar.

Habis dengar konsert dorang ni, sempat-sempat jer bergambar dengan kump Devotees. Hehe. Kalau dulu masa kat kk12 aku tak sempat pun bergambar dengan dorang. Tapi semalam aku dah balas dendam. Hihi. And then Jumaat ni ada lagi. Devotees akan datang ke APIUM untuk Simponi Pendidikan Islam kalau tak silap aku la. Apa lagi, aku takkan lepaskan peluang. Devotees tunggu kedatanganku. Ecece. Macam la aku ni tuan puteri. Hakhakhak. Takpe-takpe peminat setia kot. Teehee

Sekian saja. Tunggu aku update lagi 2 3 minggu. "Exam!! kau tunggu aku datang bersama slip peperiksaan and alat tulis"









Friday, March 25, 2011

BUKA MATA LUAS-LUAS

Assalamualaikum pembuka bicara..


Dah lama tak update blog ni, dah nak keluar ulat gamaknya. Haha. Hissss
Ni semua gara-gara nak exam sampai nak update pun rasa cam buang masa. [kononya la]^^
Ok la, aku bukan nak panjang-panjang kat sini
Hari ni aku nak kongsi tips-tips EXAM sikit


  1. Malam sebelum exam, just baca summary note bagi imbas jer. Jangan pulak korang baru nak start study time tu.
  2. Tidur awal la sikit. Tak pasal-pasal otak korang blurr keesokkan hari. Sape susah? Jawab sendiri^^
  3. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, isi perut dengan bersarapan. Sekeping roti jadilah asalkan korang makan. Gastrik pun tak hingin tidur kat perut korang.
  4. Langkah masuk ke dewan diiringi kaki kanan dan bismillahirahmanirahim. Mudah-mudahan Allah memberkati apa yang kita lakukan.
  5. Duduk dengan tenang, jangan gabra sangat. Korang dah study. THINK POSITIVE
  6. AWAS!! Jangan amalkan tidur pada waktu petang mulai sekarang kerana cara ini boleh bagi effect bila korang exam pada waktu petang.
  7. Baca soalan dengan teliti dan SELAMAT MENJAWAB.


InsyaALLAH, kita cuba lakukan yang terbaik. Jangan MENGALAH sebelum MENCUBA^^


Sunday, March 13, 2011

Ini Kawan

Ni kalau korang nak kenal, kawan aku waktu kuliah. Haha. Lecturer mengajar kat depan tapi tangan aku rajin jer duk melakar muka kawan aku ni. Tadaa. Dah sambung study lagi. ^_^