BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 29, 2012

Jom Puasa :)

Assalamualaikum dan salam Ramadhan..


Ramadhan sudah beberapa hari berlalu. Amacam korang puasa? Ala, letih tu perkara biasa jer. Antara hikmah puasa pun nak memupuk diri kita jadi penyabar. InsyaALLAH. So, istiqamah la berpuasa tapi bagi mereka yang keuzuran untuk meneruskan puasa tu nak buat macam manakan. Ada masa jangan lupa ganti balik yer. Hehehe..

And, time Ramadhan ni jugak nak uji kita punya tahap keimanan. Bila pergi ke bazaar, fulamak meleleh air liuq kan. Tengok makanan ni nak beli, tengok minuman tu nak beli. Adusss, terbang melayang duit. Bak kata pakcik-makcik yang jual kat bazaar tu, "Banyak masyuk poket, alhamdulillah rezeki". Hehehehe. Itu lah kita, jangan la nak membazir sangat. Aku pun kadang-kadang ada gak macam tu. Hahaha. Last-last kirim kat member jer senang jimat jugak ^^

Sahur korang bangun tak? Haa, bangun la kalau sahur tu. Bangun jer dapat pahala. Even korang tak makan nasi/ maggi/ roti/ atau apa-apa sewaktu dengannya pun, minum seteguk air pun cukuplah. Bangun naaa...

Lepas puasa Raya pulak, time raya makan pun sodap haa. Adehhh dugaan la. Tapi duit raya pun dapat gak. Itu yang best. Hahahahaha.

Ok lah, apa-apa pun Selamat Berpuasa kepada UMAT ISLAM SEKALIAN....Solat terawih jangan lupa pergi. Kalau tak sempat atau tak larat pergi masjid pun, sekurang-kurangnya solat lah kat rumah. Islam itu agama yang mudah. ^^ Selamat beramal......



Wednesday, July 11, 2012

Usah bersedih jika belum mempunyai pasangan

Assalamualaikum...


Harap korang sihat selalu yer. :)
Aku nak kongsi satu gambar ni. Sweet jer kata-kata dia. Bagi korang yang ada pakwe/makwe mesti best rasa kan. Tapi buat mereka yang takde pakwe/makwe lagawa lagi nih.. Cuba baca kata-kata ni..


Allah telah menyediakan perancangan untuk kita. Dia lebih mengetahui segala-galanya. So, tidak usahlah kita bersedih jika belum mempunyai pasangan lagi. Kerana bercinta sebelum kahwin menyebabkan kemanisan bercinta itu pudar. Maybe sebab tu kot ada yang bercerai-berai tu. Tapi aku tak nafikan jugak ada yang kekal.

Kita dah dewasa, so kita tahu apa yang patut dan tidak patut dilakukan. Ye tak? <(^^)V

InsyaAllah ada rezeki, kita dapat jumpa jodoh awal..

Okeh, back to class and study. (=^__^=)