BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 30, 2011

Kerana Aku Gila Tuttt!!

Assalamualaikum...


Memalam ni eh pepagi ni rasa nak update jap isi perut blog aku ni. Hehe. Ringkas jer nak cakap. Semalam aku pergi kat APIUM ada "konsert kesenian Islam" atau boleh jugak panggil KARISMA tapi tak ingat nama penuh la. Dalam konsert tu ada kumpulan Devotees, Saujana, FeelHoney, dan juga Elham'z.

Untuk kumpulan Elham'z dan FeelHoney tu pun aku baru tau, rupanya mereka ni asal dari UM and mereka nu jugak anak-anak kelahiran Negeri Bawah Bayu. First time aku tgk semalam, best jugak la persembahan diaorang ni. Mantop gitu. Hehe.

Kumpulan Elham'z ni ada 2 orang ahli, Elty and Amza. Aku lupa pulak nama penuh mereka ni. Masa atas pentas dorang ni kelakar la aku rasa especially Elty tu. Macam-macam gaya..Hehe. Lagu cerita cinta yang juga ada dalam album Nasyid Semesta tu sangat-sangat best. Terasa something bila dengar.^^

FeelHoney pulak muncul dengan penuh style. Ada 5 orang. First aku dengar lagu dorang ni best jugak la especially lagu wanita istimewa. Memang istimewa.

And untuk kumpulan Devotees pulak, mereka persembahkan lagu baru dari album ke-2 "Berjalan Tanpa Henti". Memang tak henti-henti la aku ulang lagu diaorang ni. Hehe..Mereka punya persembahan pun mantop gila. Lagu yang dorang nyanyi memang best and ada maksud yg mendalam..Berjalan Tanpa Henti...Pasal lagu English dorang tu "Don't Walk Away" tapi sekali dengar boleh jadi "Jom Buat Kuih". Haha. Pape pun lagu dorang memang best. Rugi woo sapa tak dengar^^

And the last one ialah kump Saujana. Dah 14 tahun rupanya. Tak sangka aku. Ish3.Seingat aku, kecik-kecik dulu aku pernah masuk nasyid nyanyi lagu "Sepohon Kayu". Lagu Nota Cinta tu best la. Jap lagi pusing-pusing lagu ni aku dengar.

Habis dengar konsert dorang ni, sempat-sempat jer bergambar dengan kump Devotees. Hehe. Kalau dulu masa kat kk12 aku tak sempat pun bergambar dengan dorang. Tapi semalam aku dah balas dendam. Hihi. And then Jumaat ni ada lagi. Devotees akan datang ke APIUM untuk Simponi Pendidikan Islam kalau tak silap aku la. Apa lagi, aku takkan lepaskan peluang. Devotees tunggu kedatanganku. Ecece. Macam la aku ni tuan puteri. Hakhakhak. Takpe-takpe peminat setia kot. Teehee

Sekian saja. Tunggu aku update lagi 2 3 minggu. "Exam!! kau tunggu aku datang bersama slip peperiksaan and alat tulis"









Friday, March 25, 2011

BUKA MATA LUAS-LUAS

Assalamualaikum pembuka bicara..


Dah lama tak update blog ni, dah nak keluar ulat gamaknya. Haha. Hissss
Ni semua gara-gara nak exam sampai nak update pun rasa cam buang masa. [kononya la]^^
Ok la, aku bukan nak panjang-panjang kat sini
Hari ni aku nak kongsi tips-tips EXAM sikit


  1. Malam sebelum exam, just baca summary note bagi imbas jer. Jangan pulak korang baru nak start study time tu.
  2. Tidur awal la sikit. Tak pasal-pasal otak korang blurr keesokkan hari. Sape susah? Jawab sendiri^^
  3. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, isi perut dengan bersarapan. Sekeping roti jadilah asalkan korang makan. Gastrik pun tak hingin tidur kat perut korang.
  4. Langkah masuk ke dewan diiringi kaki kanan dan bismillahirahmanirahim. Mudah-mudahan Allah memberkati apa yang kita lakukan.
  5. Duduk dengan tenang, jangan gabra sangat. Korang dah study. THINK POSITIVE
  6. AWAS!! Jangan amalkan tidur pada waktu petang mulai sekarang kerana cara ini boleh bagi effect bila korang exam pada waktu petang.
  7. Baca soalan dengan teliti dan SELAMAT MENJAWAB.


InsyaALLAH, kita cuba lakukan yang terbaik. Jangan MENGALAH sebelum MENCUBA^^


Sunday, March 13, 2011

Ini Kawan

Ni kalau korang nak kenal, kawan aku waktu kuliah. Haha. Lecturer mengajar kat depan tapi tangan aku rajin jer duk melakar muka kawan aku ni. Tadaa. Dah sambung study lagi. ^_^





Saturday, March 12, 2011

Al-Kisah Bermula~~~

Assalamualaikum...


Aku nak exam tapi aku sendiri jadi blurr nak study apa waktu ni. So, hati aku berkata ''Jom masuk contest Kakkoii - Kaku Lator''. Haha. Meh kita tengok apa yang jadi kat kisah ni. Al-Kisah bermula....

Tapi eh aku patut letak gambar contest tu dulu. INI PERMARKAHAN. Macam exam pulak...^^


Maka tersebutlah kisah...Kerana PISANG KAKKOII.

Di sebuah negeri bernama KAKKOII wujudnya sebuah daerah bernama KAKU LATOR. Penduduknya bermuka HIJAU dan berbadan PUTIH. Walaupun rupa mereka aneh tapi hidup mereka penuh kasih dan SAYANG

Pada suatu malam yang dingin, seorang lelaki bernama PISANG berjalan pulang ke rumah. Namun begitu, PISANG terpaksa melalui sebuah perkuburan LAMA

Kemudian..

Kring-kring..

PISANG memandang kanan dan kiri. Tercari-cari sesuatu.

PISANG: Ish, kus semangat. Ingatkan handset hantu kat kubur ni yang bunyi. Handset aku rupanya. Hello..
Mak: PISANG ooii, bila kamu nak balik ni?
PISANG: Ala mak, PISANG nak balik la ni.
Mak: Kamu kat mana sekarang?
PISANG: PISANG ada kat kubur KAKU LATOR ni.
Mak: Hah? Sape mati?
PISANG: Ish, mak ni. PISANG lalu jalan ni la.
Mak: Oh,yeke. Ok cepat balik.
PISANG: Yer, PISANG balik sekarang.

Kemudian ada seseorang mencuit bahu PISANG dari belakang. PISANG berpaling.

Seseorang: Saudara...
PISANG: Aaaaaa, tengkorak HITAM !!!!

Tanpa menunggu lama, PISANG memecut laju mengalahkan pelari marathon. Tengkorak HITAM tadi mengejar PISANG.

PISANG masuk ke rumah lalu mengunci pintu.

Mak: Eh, PISANG kenapa kamu mengah ni macam BARU nampak hantu jer.
PISANG: PISANG memang nampak hantu mak.
Mak: Mengarut la kamu ni.
PISANG: Betul mak. Ada...(PISANG tak sempat habiskan kata-kata)

Tok-tok...

Mak: Hah, ayah kamu pulang tu. Bukak pintu. Mak nak buat air kejap.

PISANG membuka pintu. Kelihatan tengkorak HITAM tadi tersengih di depannya. PISANG menutup pintu tapi tengkorak tadi membuka pintu itu. PISANG tutup, tengkorak bukak. Kemudian, tengkorak tutup, PISANG pula yang membukanya. Kemudian, mereka bermain tutup pintu selama 5 minit.

PISANG: Weh, asal kau tutup pintu?
Tengkorak: Sebab kau bukak.
PISANG: ????
Tengkorak: Nak PISANG..
PISANG: Eh, kau ingat aku untuk di jual ke?
Tengkorak: Aku bukan nak kau, aku nak PISANG
PISANG: Sengal la kau ni, aku la PISANG.
Tengkorak: ????
PISANG: Kenapa kau kejar aku?
Tengkorak: Kau sebut PISANG tadi. Tu pasal aku kejar. Kau kata PISANG nak balik. Aku SUKA makan PISANG. PISANG KAKKOII sedap. Dah lama aku cari PISANG tu. Tapi tak pernah pulak PISANG tu ada kat kubur tu. Tiba-tiba PISANG nak balik. Mana PISANG tu?
PISANG: ????

PISANG terus pengsan setelah mendengar pernyataan tengkorak HITAM tadi.

-Sekian-
(^_^)

Ni aku tag korang untuk join contest ni. Nak join boleh tengok panduan dari blog KAKKOII...
3) Kr
4) Echa
5) Apik
6) ZF

Aku tak tau nak tag sape lagi. But feel free to join this contest okay. Siapa-siapa pun boleh..^^


Thursday, March 10, 2011

Alamak...Hidup Aku!!

Assalamualaikum...


Hari demi hari aku sibuk gila-gila. Al-maklumlah tak lama lagi final exam datang menjelma. Ish, cam hantu jer bunyi. Haha. Pape la tapi aku mintak maaf sesangat tak sempat nak melawat blog-blog korang. Doakan aku berjaya. ^^ Bye-bye buat sementara waktu kat blogger aku ni. Tapi ada masa aku boleh membalas komen korang....


Tag Lagi!! Soalannye.......

1) Adakah anda rasa anda hot?

Hot?? Eh takde la..Klu tak dah lama aku kena masuk spital!! tak normal pnye psl..

2) Upload gambar wallpaper/pic anda guna sekarang
Curious nak tau?? Tadaaaaaaaaaaa..^^

3) Cerita pasal gambar
Gambar ni?? ohh ahli zoo negara ni..Hehe..Monyet sengihh

4) Bila kali terakhir makan ayam
Makan ayam? tah lupa pulak. Aku makan jer asal halal

5) Lagu terakhir yang saya dengar
Lagu apa yer. Jap nak fikir banyak. Aha dengar lagu yang dinyanyikan oleh aku.snd.bhd =P

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Hajatnya nak study tapi tah apa yang aku buat. Haha

7) Selain nama sendiri, anda dipanggil apa?
Tah. Tak tahu. Bla..bla.bla..Apa dorang panggil aku jawab jer asalkan tak buruk sudah

8) Tag 8 orang

9) Siapakah no 1 anda?
Ohh, she's my best fren^^

10) Katakan sesuatu tentang no 5
Dia ni kakkoii. Apa dia aku pun tak tau =P

11) Orang no 3 berhubungan dengan siapa?
Takde skandal2 ni. Dosa fitnah orang. Tak nak jaga kain orang^^

12) Bagaimana no 4
No 4? Aku tau dia ni tetttttt..alamak not available pulak

13) Pesanan buat no 6
Jom belajar sesama

14) Kata-kata cinta buat no 2
Jom cintakan Qelate. Hehe

15) Adakan no 7 dan no 8 mempunyai persamaan
Yer. Mereka sama.....tanya mereka =P

16) Berikan 5 perkara yang anda tau tentang no 1
-Suka sangat lagu English
-Berstyle jugak
-Baik tp suka cubit aku
-Suka menjelajah......
-Boleh masuk AF tapi not available untuk AF

17) Persamaan antara kambing dan lembu
Mereka makan rumput

18) Perasaan ketika menjawab tag ini
Terfikir..apa perkaitan soalan-soalan ni semua

19) Adakah anda tau Rizman itu sengal?
Rizman?? Sapa ni? Famous sangat ke? Atau penakluk planet Pluto?

20) Gay or Les?
Ohh my..Aku straight forward la. Takde belok-belok =,=''

Pesan AKU: Aku busy gila dah lama draft menda alah ni tapi hari ni baru sempat nak post. Maaf bebanyak bagi yang tag aku tu.

Saturday, March 5, 2011

Tengok ni, ORANG PELIK!!!!







Jom makan sayur. Sayur menyihatkan badan kerana mengandungi vitamin. Lalalala





Sesiapa yang ingin mencari JODOH??

Sambil duk melayan bosan tadi, tiba-tiba terlintas la nak tulis doa ni. Ni sebenarnya Doa Istikharah. Macam yang korang selalu dengar, solat istikharah biasanya orang buat masa nak pilih jodoh kan. Tapi sebenarnya takde la spesifik untuk pilih jodoh jer tapi sebenarnya untuk memohon petunjuk dari Allah S.W.T. apabila kita berasa ragu-ragu untuk memutuskan sesuatu. Untuk solat istikharah ni kita boleh juga amalkan doa ni. Doa ni kalau tak silap aku diajar oleh Rasulullah S.A.W. sebagai doa untuk meminta petunjuk dalam sesuatu perkara penting. 


"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kekuatanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. 

Ya Allah, jikalau dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkat kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan ini buruk untukku dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku serta takdirkanlah untukku yang baik-baik sahaja di mana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu"

Dan juga untuk korang yang masih dalam dalam pencarian jodoh, bak kata ustazah aku, KORANG BOLEH AMALKAN DOA INI DARI SEKARANG....^^



Kenapa Wanita Menangis??

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."



Apa itu Rimba Ilmu

Assalamualaikum...


Lama tak update blog rasanya, nak berhujah panjang pun aku rasa kepenatan. Ni semua gara-gara malam emas yang menyebabkan aku bermurah hati untuk derma duit aku kat ekonomi ni. Ni la hidup. Takpe la malas nak panjang-panjang. Ni aku nak bercerita sikit pasal Rimba Ilmu. Rimba Ilmu ni agak cantik la tapi tak ramai pulak yang pergi menjenguk. Actually, Rimba Ilmu ni ada kat Universit Malaya jer kot. 

Rimba Ilmu

Kolam yang ada spesis-spesis daun terapung^^

Ni pemandangan tengah-tengag rimba tu

Tasik ni nampak jer camni tapi hari-hari kena cuci

Eh, haa ni member aku punya keje

Rimba Ilmu ni bukan la sebuah fakulti mungkin sebuah perpustakaan mengenai rimba tapi aku pun tak sure pasal aku bukannya kaji selidik pasal ni. Heh, tak cukup information betul la. Takpe la point aku nak tunjuk tempat ni cantik jer. Indanya kurniaan Allah sehingga manusia mampu berfikir kreatif mereka tempat sebegini.



Tuesday, March 1, 2011

Animation Bisu

Ni hasil kerja aku masa sem 1 dulu. Lukisannya agak teruk tapi aku show je la pasal aku dah tak tahu nak post apa lagi buat masa ni. Ni hasil dari kekreatifan yang tak seberapa kreatif. At least, aku tahu buat menda alah ni. (^_^)Y



Tapi animation ni aku tak sempat nak letak apa-apa music..so aku panggil "Animation Bisu"