BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 12, 2011

Al-Kisah Bermula~~~

Assalamualaikum...


Aku nak exam tapi aku sendiri jadi blurr nak study apa waktu ni. So, hati aku berkata ''Jom masuk contest Kakkoii - Kaku Lator''. Haha. Meh kita tengok apa yang jadi kat kisah ni. Al-Kisah bermula....

Tapi eh aku patut letak gambar contest tu dulu. INI PERMARKAHAN. Macam exam pulak...^^


Maka tersebutlah kisah...Kerana PISANG KAKKOII.

Di sebuah negeri bernama KAKKOII wujudnya sebuah daerah bernama KAKU LATOR. Penduduknya bermuka HIJAU dan berbadan PUTIH. Walaupun rupa mereka aneh tapi hidup mereka penuh kasih dan SAYANG

Pada suatu malam yang dingin, seorang lelaki bernama PISANG berjalan pulang ke rumah. Namun begitu, PISANG terpaksa melalui sebuah perkuburan LAMA

Kemudian..

Kring-kring..

PISANG memandang kanan dan kiri. Tercari-cari sesuatu.

PISANG: Ish, kus semangat. Ingatkan handset hantu kat kubur ni yang bunyi. Handset aku rupanya. Hello..
Mak: PISANG ooii, bila kamu nak balik ni?
PISANG: Ala mak, PISANG nak balik la ni.
Mak: Kamu kat mana sekarang?
PISANG: PISANG ada kat kubur KAKU LATOR ni.
Mak: Hah? Sape mati?
PISANG: Ish, mak ni. PISANG lalu jalan ni la.
Mak: Oh,yeke. Ok cepat balik.
PISANG: Yer, PISANG balik sekarang.

Kemudian ada seseorang mencuit bahu PISANG dari belakang. PISANG berpaling.

Seseorang: Saudara...
PISANG: Aaaaaa, tengkorak HITAM !!!!

Tanpa menunggu lama, PISANG memecut laju mengalahkan pelari marathon. Tengkorak HITAM tadi mengejar PISANG.

PISANG masuk ke rumah lalu mengunci pintu.

Mak: Eh, PISANG kenapa kamu mengah ni macam BARU nampak hantu jer.
PISANG: PISANG memang nampak hantu mak.
Mak: Mengarut la kamu ni.
PISANG: Betul mak. Ada...(PISANG tak sempat habiskan kata-kata)

Tok-tok...

Mak: Hah, ayah kamu pulang tu. Bukak pintu. Mak nak buat air kejap.

PISANG membuka pintu. Kelihatan tengkorak HITAM tadi tersengih di depannya. PISANG menutup pintu tapi tengkorak tadi membuka pintu itu. PISANG tutup, tengkorak bukak. Kemudian, tengkorak tutup, PISANG pula yang membukanya. Kemudian, mereka bermain tutup pintu selama 5 minit.

PISANG: Weh, asal kau tutup pintu?
Tengkorak: Sebab kau bukak.
PISANG: ????
Tengkorak: Nak PISANG..
PISANG: Eh, kau ingat aku untuk di jual ke?
Tengkorak: Aku bukan nak kau, aku nak PISANG
PISANG: Sengal la kau ni, aku la PISANG.
Tengkorak: ????
PISANG: Kenapa kau kejar aku?
Tengkorak: Kau sebut PISANG tadi. Tu pasal aku kejar. Kau kata PISANG nak balik. Aku SUKA makan PISANG. PISANG KAKKOII sedap. Dah lama aku cari PISANG tu. Tapi tak pernah pulak PISANG tu ada kat kubur tu. Tiba-tiba PISANG nak balik. Mana PISANG tu?
PISANG: ????

PISANG terus pengsan setelah mendengar pernyataan tengkorak HITAM tadi.

-Sekian-
(^_^)

Ni aku tag korang untuk join contest ni. Nak join boleh tengok panduan dari blog KAKKOII...
3) Kr
4) Echa
5) Apik
6) ZF

Aku tak tau nak tag sape lagi. But feel free to join this contest okay. Siapa-siapa pun boleh..^^


4 comments:

Kakkoii said...

hahaha lawak...

Pisang kakkoii... kuang3

Miss EZ said...

hahaha..pisang terbaru hanya di daerah kaku lator..huwahaha

Qi Ya said...

aku xsuka makan pisang,kalo nak taw kenapa tanya lin,pastu hang diam2 ataw hang gelak sorg2 hahahahah

Miss EZ said...

haa?? alamak lin dh balik r..ko je la ckp kt aq..hehe