BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 17, 2014

Jom Bercerita

Assalamualaikum...


Lama sudah meninggalkan blog bucuk ni. Haha. Kemalasan dan kesibukan yang tak berapa sibuk sebenarnya nak menghupdate entry.

Erm, apa aku nak tulis ni? Berita gempak sekarang apa dia ek? Ohh aku tak tahu. Terasa duk bawah tempurung tapi aku bukan katak. Haha, Yang aku tahu sekarang ni musim hujan kat negeri aku tinggal sekarang. Di pantai timur and aku tak tahu la tempat lain macam mana. Aci pergi kerja gelap je langit. Tengah-tengah jalan tiba-tiba kena serbu hujan. Redha je la.

Bab kerja pulak, memang dah rotate 360 darjah dari apa yang aku belajar mula-mula lepas SPM. Jadilah aku Cik Dressar sampai bila-bila atau sampai terasa nak sambung belajar lagi. Kalau dulu syok jer belajar Alam Bina, berdating-dating dengan simen, besi bagai tapi sekarang berfokus pada skop lain pulak.

Tapi hobi jauh di sudut hati ni, masih tak tercapai lagi. Aku teringin la jugak nak jadi penulis novel. Haha tapi bila idea datang, kemalasan nak menulisan tu pun datang sekali. Bila kerajinan tu datang, idea pulak merajuk jauh-jauh. Ohh frust betul bila jadi gini. (Bila nak berubah ni??)

Siapa-siapa yang ada tips untuk orang macam aku ni, share la sikit. Aku mampu tulis cerpen je dengan jayanya. Tu pun amik masa dekat setahun baru siap.

Haha oke lah...tu saje setakat ni.