BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 4, 2012

Puding Triffle

Assalamualaikum and heppiii holiday uolss!! ^^


Cuti memanjang ni tak yah gatai-gatai nak buat tahi mata la. Haha. Baik kita buat benda-benda ada faedahnya kan. Contohnya, pi kemas rumah hang tu macam tongkang pecah dohh ehh!! Contoh tu bukan fakta. Pape aje la yang patut ek.

Sejak dua menjak ni ramai pulak yang mintak resepi PUDING TRIFFLE dengan aku. Aku pun pakai internet punya gak tapi takpe la pasal internet punya banyak sangat. So, aku kongsi sikit yang aku selalu guna ni.

Bahan-bahannya..

1. Tepung Kastard (3-4 sudu besar)


2. Serbuk Agar-agar


3. Susu Cair (1 tin)


4. Gula (ikut rasa lidah anda tapi 1-2 sudu dah cukup kot sbb air buah dah manis)


5. Buah-buah Koktail (Air dan buahnya diasingkan)

6. Kek Gulung


7. Semangkuk AIR PANAS & AIR SEJUK

Cara-caranya ialah :

  1. Susu cair dipanaskan bersama gula dengan api yang kecil.
  2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk kemudian bancuhan tersebut dimasukkan ke dalam susu cair yang mendidih. Masak hingga pekat.
  3. Sambil menunggu kastard pekat, susun kek gulang di dalam mangkuk. Hiasan mengikut cara tersendiri. Kemudian basahkan kek tadi dengan air koktail.
  4. Taburkan buah-buahan mengikut kehendak hati.
  5. Setelah kastard pekat, masukkan ke dalam mangkuk kek tadi.
  6. Tungguh hingga kastard sejuk.
  7. Setelah itu, bancuh jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga larut. *Tak larut nanti atas puding korang jadi air je takkan keras.
  8. Tuang jeli di atas kastard perlahan-lahan. Jika laju, lapisan kastard mungkin pecah. 
  9. Bila dah sejuk sila makan. Untuk hasil lagi best sejukkan dalam peti ais. 

**Hiasan puding ni macam-macam ada. Untuk hasil lebih kreatif sila rujuk MR. GOOGLE not me..Haha



Fuhh nampak best kan... So, Selamat Maju Jaya buat mereka yang mencuba..^.^.^















Friday, November 23, 2012

Fikir-fikir Jom

Assalamualaikum...


Hai-hai hoi...Apa khabar korang semua?

Agak-agak korang apa benda spesis batu permata yang paling berharga?





Haaa..korang fikirlah sendiri...aku rasa berlian kot..hihi

Actually, hati kita tu berharga. If kita pandai jaga hati kita kaya lah kita. Jaga hati kita dengan jauhkan diri dari perkara yang dimurkai Allah dan dekatkan diri kita dengan perkara yang diredhaiNya..

Jommmm...vrooooooooooooooommmmmmmmmmmmmmmmmmm...

Tata...Salammm

Wednesday, November 14, 2012

Sempurnakah kita??

Assalamualaikum...


Lama tak update blog ni. Sebabnya?

Kemalasan?
Kesibukan?
Idea dah kering?
Agaknya....campur-campur adun semua jadi la tak update..Haha

Cuti-cuti ni ramai pulak yang kahwin..Hehe..Tapi aku ohhh alamak tak nak pikiaq lagi. Nak kahwin ni kena siapkan diri dengan macam-macam ilmu supaya rumahtangga tu bahagia dunia akhirat. Jangan la kahwin sebulan pastu cerai-berai macam kebanyakkan yang jadi hari ni. Tapi tu semua ketentuan Allah kan. Mungkin kita jumpa dengan orang yang salah sebelum dipertemukan dengan orang yang betul. Ye tak...

Ramai orang-orang yang aku jumpa cakap dorang nak kahwin tapi sebenarnya kahwin tu besar tanggungjawabnya. Cuba korang letakkan diri korang sebagai anak. Tanggungjawab korang sebagai anak agaknya dah cukup sempurna ke? If sempurna alhamdulillah korang boleh jalankan tanggungjawab dalam rumahtangga dengan sempurna. Tapi tanggungjawab sebagai anak tetap tak sama dengan tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Tanggungjawab anak lelaki dan anak perempuan juga tak sama. 

Seorang anak lelaki perlu fikirkan keluarga dia berbanding anak perempuan. Actually nak cerita pasal tanggungjawab ni tak habis setakat ni. Apa yang terbaik perlu dilakukan dengan sebaiknya..

So buat mereka yang umur muda-kepala-berasap-dengan-study fokus ajelah kat study tu haa. Tapi kalau jodoh korang dah sampai kahwin ajelah.. Hehe..Jangan tunggu lama-lama..^^

*Kenapa aku cerita pasal kahwin ni @___@

Happy Holiday buat budak-budak sekolah....!!!!

Sekian saje untuk kali ini..............


Monday, October 15, 2012

Anda ada? Hehe

Assalamualaikum....


Hai-hai apa khabar geng sume? Haha

Korang nak tengok aksi cun tak? Jap ek....

3...
   2....
       1...

Dalam kandungan ibu pun dah minum Starbucks^^


Sekian saje..hahaha

Friday, August 31, 2012

Apa Khabar Anda Hari Ini?

Assalamualaikum anddd ohh dah 12.15 pagi...morning alll!! Hehe


Amacam raya korang? Dengan rumah terbuka, jemputan kenduri haihhh memang sejuk jer dapur gas kat rumah kan. Hakhakhak. Okeh la cite raya dah lapuk pun. Syawal tak lama lagi dah nak habis. Puasa 6 ada peluang amalkan lah. InsyaAllah boleh..

ADA KE YANG JADI MACAM NI PENANGAN RAYA?

Haha time raya makan banyak, berat pun naik. Biasa la tuh tapi berpada-pada la kan. Pandai-pandai la korang bersenam nanti. Oppsss puasa pun boleh. Hehe

Hmmm..and satu lagi...

MERDEKA! ALLAHUAKBAR! MERDEKA! ALLAHUAKBAR! MERDEKA! ALLAHUAKBAR!

Selamat menyambut hari merdeka.  Kenang jasa pejuang tanah air kita. Erk patriotik la pulak^^ 

Tuesday, August 14, 2012

Relaks Kejap!!

Assalamualaikum and morning,


Waaa, sedar tak sedar Ramadhan dah nak habis. Mudah-mudahan, segala amalan kita diterima oleh Allah S.W.T.

Okeh, pagi-pagi ni jom relaks kan minda kita. Haha. Jom kita tengok gosip kucing edisi raya. Edisi raya la sangat kan. Hahaha. Pun boleh la. Khas aku buat untuk korang^^











Beli untuk raya tu jangan berlebihan sangat. Ingat mereka yang lebih susah daripada kita :)
Sekian sahaja untuk kali ini. 
Assalamualaikum....

Wednesday, August 1, 2012

Jodoh Adalah Ketentuan Allah S.W.T.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan al-Mubarak.


Malas pulak nak sambung tidur lepas sahur, walhal memang tak patut tidur pun lepas subuh pasai masa tu lah Allah menaburkan permata-permatanya di dunia, pendek kata pintu rezeki dibuka. Hehe, tapi kalau dah mengantuk tahap cipan tu tertidur jugak. Kuang-kuang-kuang. Insaflah oiii T_T

So, nak prevent tidur aku sesaje gatal-gatal tangan nak cari koleksi doa-doa. And last-last jumpa la pasal jodoh ni. Hmm menarik. Hehehehe. 

Ni sekadar perkongsian yang aku kopipes dari website ni

PERTANYAAN:

 Assalamualaikum,

 Boleh bantu untuk saya memahami cara bagaimana untuk mengetahui yang jodoh kita sudah sampai?

Saya kini sudah 30 tahun. Baru-baru ini ada teman internet yang telah menyatakan hasrat untuk menjadikan saya temannya dan kami telah sama-sama berjumpa keluarga masing-masing walaupun perkenalan hanya baru 2-3 minggu. Saya nampak kesungguhannya untuk berumah tangga. Cuma apa yang musykil, adakah ini akan berjaya? Benarkan dia jodoh saya?

 Lagi satu, apakah tindakan saya perlu buat? Saya telah mula jatuh hati dengan dia yang bersikap selamba dan daripada perkenalan yang singkat dia nampak seorang yang bertanggungjawab. Hati saya kadang-kadang ragu-ragu kadang-kadang yakin.

 Saya sedar jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan ALLAH tapi hati ini sering berbisik... apakah benar telah tiba jodoh ku?

 Bantu saya sebab saya runsing juga bila fikirkan tentang perkara ini.

 
BALASAN:

 Waalaikumsalam,

 Ada dua kaedah yang boleh diusahakan untuk mengetahui sama ada jodoh kita sudah sampai ataupun belum.

PERTAMA, memohon gerak dan petunjuk terus daripada Allah SWT. Caranya ialah dengan melakukan solat ISTIKHARAH. Anda sendiri mungkin sedia maklum tentang pelaksanaan istiharah ini.

Sebagai ulangkaji, di sini dikongsikan salah satu antara praktik solat istikharah yang MUDAH LAGI RINGKAS yang dilakukan oleh alim ulama. Solat sunat dua rakaat pada malam hari. Selepas solat doakan apa yang dihajati, contohnya memohon petunjuk. Kemudian tidur dengan wudhuk dan banyakkan zikir sehingga terlena. Insyaallah dalam tidur itu akan diberi sesuatu alamat oleh Allah SWT. Melalui alamat itu nanti, tahulah kita sampai ataupun belum jodoh kita itu.

Jika masih tiada apa-apa alamat, usahakan sehingga tiga malam. Jika tiada juga, bolehlah diambil mana-mana langkah mengikut pertimbangan sendiri, sama ada mahu berkahwin ataupun menangguhkannya.

 Begitulah antara cara yang mudah lagi ringkas, tetapi memang berkesan. Ada pelbagai lagi kaedah istikharah yang boleh kita mnta panduan daripada orang-orang alim.

 Kaedah KEDUA, menggunakan akal fikiran yang Allah bekalkan kepada kita. Caranya:

 1.    Buat pertimbangan sendiri.  Fikirkan pro dan kontranya dari banyak sudut. Kita sendiri lebih tahu situasi kita berbanding orang lain.

 2.    Minta pandangan orang tua-tua, orang-orang soleh, sahabat handai dan lain-lain.

 3.    Berbincang dengan teman kita itu jika berpeluang dan mestilah aman daripada fitnah. Sambil mencari jalan, sambil membaca peribadinya.

 Gabungan ketiga-tiga cara ini insyaallah akan menghasilkan satu kesimpulan dalam diri kita, sama ada jodoh kita sudah sampai ataupun belum.

 Berjaya ataupun tidak sesuatu urusan itu, tidak ada siapa pun yang tahu. Tidak ada yang mampu memberi jawapan. Kita manusia yang serba lemah hanya mampu merancang dan menjalankan. Hasilnya tetap berada di tangan Allah. Yang penting, kita jangan mengabaikan IKHTIAR. Kedua-dua kaedah yang dijelaskan di atas tadi termasuk ke dalam ikhtiar. Allah suka orang yang berikhtiar. Apabila kita berikhtiar bersungguh-sungguh, pasti Allah memberikan yang terbaik buat kita. Apa yang saudari sedang usahakan kini sebenarnya termasuk dalam ikhtiar.

 Begitu juga dengan TIGA CARA dalam kaedah kedua. Insyaallah kita boleh membuat kesimpulan sendiri selepas melalui ketiga-tiga cara, sama ada perjodohan ini akan berjaya ataupun tidak untuk jangka masa pendek dan panjang. Jadi tindakan anda sekarang ialah dengan mengusahakan kedua-dua kaedah yang disarankan.

 Kita faham, perjodohan ini bukan perkara yang mudah. Ia akan mempengaruhi susah senang bahagia derita kita pada masa akan datang. Sebab itulah saudari sekejap yakin sekajap ragu. Itu memang kebiasaan, memang fitrah. Orang lain pun umumnya begitu juga. Saya pun begitu juga dulu.

Satu petua (yang saudari pun sedia maklum), jadikan diri kita orang yang solehah, Allah akan hadirkan jodoh yang soleh kepada kita.

 Begitulah saudari. Semoga penjelasan ringkas ini ada membantu/ bermanfaat buat anda.

 Wallahulam.



So, itulah benda yang aku nak kongsinya. Mudah-mudahan dapat membantu mereka yang memerlukannya. Segala masalah yang kita hadapi, mohonlah petunjuk Allah S.W.T untuk menyelesaikannya. InsyaAllah.




"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
kita menangis dan tertanya-tanya,
ke mana hilangnya sinar,
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi."

Selamat Beramal^^

Sunday, July 29, 2012

Jom Puasa :)

Assalamualaikum dan salam Ramadhan..


Ramadhan sudah beberapa hari berlalu. Amacam korang puasa? Ala, letih tu perkara biasa jer. Antara hikmah puasa pun nak memupuk diri kita jadi penyabar. InsyaALLAH. So, istiqamah la berpuasa tapi bagi mereka yang keuzuran untuk meneruskan puasa tu nak buat macam manakan. Ada masa jangan lupa ganti balik yer. Hehehe..

And, time Ramadhan ni jugak nak uji kita punya tahap keimanan. Bila pergi ke bazaar, fulamak meleleh air liuq kan. Tengok makanan ni nak beli, tengok minuman tu nak beli. Adusss, terbang melayang duit. Bak kata pakcik-makcik yang jual kat bazaar tu, "Banyak masyuk poket, alhamdulillah rezeki". Hehehehe. Itu lah kita, jangan la nak membazir sangat. Aku pun kadang-kadang ada gak macam tu. Hahaha. Last-last kirim kat member jer senang jimat jugak ^^

Sahur korang bangun tak? Haa, bangun la kalau sahur tu. Bangun jer dapat pahala. Even korang tak makan nasi/ maggi/ roti/ atau apa-apa sewaktu dengannya pun, minum seteguk air pun cukuplah. Bangun naaa...

Lepas puasa Raya pulak, time raya makan pun sodap haa. Adehhh dugaan la. Tapi duit raya pun dapat gak. Itu yang best. Hahahahaha.

Ok lah, apa-apa pun Selamat Berpuasa kepada UMAT ISLAM SEKALIAN....Solat terawih jangan lupa pergi. Kalau tak sempat atau tak larat pergi masjid pun, sekurang-kurangnya solat lah kat rumah. Islam itu agama yang mudah. ^^ Selamat beramal......



Wednesday, July 11, 2012

Usah bersedih jika belum mempunyai pasangan

Assalamualaikum...


Harap korang sihat selalu yer. :)
Aku nak kongsi satu gambar ni. Sweet jer kata-kata dia. Bagi korang yang ada pakwe/makwe mesti best rasa kan. Tapi buat mereka yang takde pakwe/makwe lagawa lagi nih.. Cuba baca kata-kata ni..


Allah telah menyediakan perancangan untuk kita. Dia lebih mengetahui segala-galanya. So, tidak usahlah kita bersedih jika belum mempunyai pasangan lagi. Kerana bercinta sebelum kahwin menyebabkan kemanisan bercinta itu pudar. Maybe sebab tu kot ada yang bercerai-berai tu. Tapi aku tak nafikan jugak ada yang kekal.

Kita dah dewasa, so kita tahu apa yang patut dan tidak patut dilakukan. Ye tak? <(^^)V

InsyaAllah ada rezeki, kita dapat jumpa jodoh awal..

Okeh, back to class and study. (=^__^=)


Sunday, June 24, 2012

Assalamualaikum..


Hai korang, apa khabar sume? Tetiba rasa nak update entry. Hahahaha. Mentang-mentang cuti da nak habis baru reti-reti nak update kot. Hmm...

Cuti oh Cuti..
Kenapa kau kejap sangat..
Mr. Pengarah bagi la cuti lagi!!

Haha, macam lah dia dengar kann. Ok la cukup-cukup la nak merapu pun. Sepanjang masa aku duk rumah ni banyak jugak aku buat mende yang aku tak biasa buat. So buat kaum-kaum Hawa sekalian yang mana sibuk dengan belajar tu, belajarlah masak time cuti-cuti gini tapi bagi yang dah pandai tu boleh upgrade lagi kan. Hehe.

Mostly benda baru aku buat memang bab masakan aje la tapi agaknya bagi mereka yang memang pandai masak agaknya memang simple jer kot bagi mereka ni..Haha resepi pulak banyak kut internet jer aku sapu. Pun boley jadi lah.

So lets try new things for a good life^^

Sekian, Wassalam......


Monday, June 4, 2012

Cuit-cuit Cuti

Assalamualaikum...


Hepp, korang ape khabar? Aku?? Haha semenjak cuti ni of course la teramat bahagia dapat jumpa family. Ngeh3. Tapi bosan tu ada gak pasal tak tau nak wat ape. Hehe, ada cadangan tak selain makan? tido? layan tv? fesbuk?

Emm, sebelum cuti aq ada follow peserta tilawah al-quran. Dorang punya tarannum tu, mak aih best giler dengar. Aku pun belum mampu nak wat macam tu. Agaknya sebab tu la dorang dapat jadi peserta untuk tilawah al-quran ni. Aku tengok kat TV tadi pun ada gak pertandingan tilawah al-quran tu. Tapi tak tau la peringkat ape.

Credit to member aku ''Kuih Donut'' tuh, dapat jugak aku perbetulkan aku punya bacaan al-quran. Even, belum sepenuhnya tapi boleh lah.



Sebenarnya kan...Pebenda aku nak merapu dari tadi ni? Hohoho.

Kekangan masa, aku belum mampu nak siapkan novel aku. Oh, sampai bila lah aku nak ternak karya aku tu. Orang lain dah siap hantar dan dah berpinak-pinak sambungan dia. Tapi aku? apekah? Takde ape la.

So, sekian saja. Jom sambung tengok movie. Kuang3




Wednesday, May 16, 2012

Which One Is You??

Assalamualaikum...Hmm lamanya tak jumpa blog aku nih. Hehe exam final dah habis so bercuti lah aku!!

Okeh, pagi-pagi gini if kita stress pun tak best so jom layan muka-muka gini. So mana satu korang?

..Jeling-jeling ada maksud tu..

Hahaha. Gelak tak ingat dunia

Err, gelak ke nak marah ni?

Dah memang buang tebiat

Hi..hi..hi..hikhikhik

So,  itu aje post aku. n HAA SELAMAT HARI GURU SE-MALAYSIA!!



Sunday, April 8, 2012

Mampukah korang??

Assalamualaikum pembuka bicara..


Jom bercerita mengenai gambar-gambar ini...

Sedap kek ni!! Sanggupkah korang makan??

Bila jari mempunyai lengan dan tangan...

Katak maju wooo!!

Korang mampu ada basikal macam ni?

Kelakar? Seram? Pelik?

Hikhikhik

Aucakkkk..Aaaaa.Malunya

Peace!!!!! Senyum sentiasa!!

Saturday, March 31, 2012

Kuang kuang kuang, kena lagi!!

Assalamulaikum...


Hi Hi Hi, ape khabar korang?
Aku? Hehe alhamdulillah sihat jer.
Pagi-pagi lagi dah terkantoi tapi takde la istilah kantoi sangat kerana aku masih HK!!

Ni post aku yang tah pape. Okeh Miss EZ!! Study lagi, kau punya exam belum habis.

SEKIAN..