BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 14, 2013

Perjalanan si Rama-rama

Assalamualaikum...


Waaa, dah beberapa hari kita start puasa kan. Bestnya puasa. Boleh buat ibadah banyak-banyak tapi jangan la bulan puasa je buat ibadah banyak-banyak, bulan lain pun perlu jugak tau.

So, sempena bulan puasa ni aku buat satu video. Walaupun sebenarnya banyak lagi kerja lain yang lagi penting tapi hahaha nak relax buat la benda yang kita suka kan.

Emm, video ni maybe dikategorikan sebagai 'Stop Motian Animation' tapi aku rasa macam tak berapa nak menjadi. Kurang smooth jer. But emm layan aje la.


Sunday, July 7, 2013

Resepi Puding Marble Coklat

Assalamualaikum..


Haa Ramadhan dah nak dekat, best kan? Alang-alang tu aku nak kongsikan resepi Puding Marble Coklat. Bolehlah dijadikan pencuci mulut untuk hidangan berbuka nanti. Setakat ni resepi ni tidak pernah mengecewakan aku. Hehehe. Cuma pemilik asal resepi ini aku pun lupa tapi aku google dari internet jugak. 

Okeh bahan-bahannya ialah:

-1 bungkus agar-agar
-1400 ml air (korang agak jela biar agar-agar tu lembut)
-1 tin susu cair
-2 cawan gula (tak suka manis sangat boleh kurangkan)
-8 sudu besar tepung jagung
-2 sudu serbuk coklat/koko (yang ni kadang aku ubah guna serbuk lain cnth Vico>memang best)
-2 sudu besar butter
-1 sudu teh esen vanilla
-2 biji telur
-sedikit garam (bagi rasa lemak-lemak gitu)
-1 sudu tepung kastard

Okeh cara nak memasaknya ialah:

1) Basahkan agar-agar kemudian masaknya bersama 1400 ml air di dalam periuk. Kacau sehingga hancur. Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga larut.

2) Di dalam bekas lain masukkan telur satu per satu, susu, tepung jagung, tepung kastard dan juga garam.

3) Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam periuk di atas api. Kacau sehingga likat.

4) Apabila adunan tersebut likat, masukkan 2 sudu butter bersama esen vanilla. 

5) Bahagikan adunan tersebut kepada 2 bahagian. 

6) Masukkan serbuk koko ke dalam satu adunan.

7) Kemudian campurkan adunan tersebut mengikut kreativiti anda. (Hehe, bab seni2 nak cantik ni aku failed skit. Aku main buat jer)

Okeh hasilnya seperti ini..Semua ni gambar hiasan sahaja ek. Hehehe




Alamak tiba-tiba rasa lapar pulak bila tengok gambar puding ni. Hahaha. Untuk mencorakkan puding ni sila lah cari kat internet. Selamat Mencuba!