BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 29, 2011

Makanan

Pada suatu hari, di bawah pokok rambutan si Ibu dan anaknya sedang bersantai sambil makan rambutan. Kemudian berlaku dialog di antara mereka:


Ibu: Kalau kita lapar, kita makan apa?
Anak: Makan nasi la, bu.
Ibu: Ok, kalau Rohani yang lapar?
Anak: Makan nasi juga la.
Ibu: Salah la. Makanan untuk rohani kita ialah beribadat kepada Allah S.W.T seperti solat, mengaji, berpuasa dan berzikir.
Anak: Mana boleh macam tu. Kalau Rohani makan macam tu, Rohani takkan kenyang.
Ibu: Kenapa pula?
Anak: Rohani kan manusia. Manusia perlu makan nasi.
Ibu: @#%$^#!!

-Untuk meneruskan kehidupan, kita memerlukan makanan seperti nasi. Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam kehendak rohani juga perlu dipenuhi dengan beribadat kepada Allah S.W.T. Amalan yang dicari di dunia akan digunakan di akhirat kelak. Marilah sama-sama kita mengimbangkan kehendak rohani dan jasmani.


Thursday, April 28, 2011

Kahkahkah..Kesian tapi tak patut


Kesiannya, nak baca surat khabar pun kena kacau. Korang jangan la buat macam ni. Membaca tu amalan mulia. Hehe.

Ni animation aku buat sesaje. Takde la cantik sangat tapi enjoy jela..^^

Wednesday, April 27, 2011

Adui Makkkk..Sakit!!

Assalamualaikum...


Setelah lama mendiamkan diri baru hari ni aku ada idea nak buat entry baru (idea merapu). Start cuti ni rasa bosan pulak. Kalau dulu waktu cuti pun nak kena fikir pasal subjek-subjek yang belum study (kononnya) =,=''. Haha

Sekarang ni kepala aku rasa ringan sangat sampai aku jadi satu masalah buat aku. Dah-dah, merepek je lebih.


Pada suatu hari, di petang yang hening "MAK!!, sakit tengkuk saya ni."

Rupa-rupanya mak dia ni excited sangat amik gambar sampai tali kamera tu tersangkut kat tengkuk anaknya pun tak perasan. So, korang jangan la buat macam ni kat adik, anak or siapa-siapa jela yang berkaitan. Kesian pulak, situasi gembira bertukar sedih. Nauzubillah..

Thursday, April 21, 2011

Bantal Busuk

Assalamualaikum Semua...


Bila aku tenung sepupu aku yang tengah khusyuk memeluk bantal busuk dia, tiba-tiba aku terlintas nak tulis pasal bantal busuk

Bantal tu menjadi busuk bila bantal tu dah dipenuhi dengan peta yang korang lakarkan guna mulut tu. Haha. 
Tapi bantal tu jugak yang korang takleh lepaskan sampai besar.

Agak-agak waktu bila korang sanggup melepaskan bantal busuk korang tu? Aku percaya setiap orang ada bantal busuk punya. Even takde pun perangai dari kecik sampai besar tetap ada kan macam pusing-pusing rambut atau usap telinga sendiri masa nak tido.^^

Cecite cecite cecite...

Euwww banyaknya air liuq basi!!


Monday, April 18, 2011

Pesanan Mak Nenek

Assalamualaikum Pembuka Bicara..


Masa aku kat majlis cukur jambul dua pupu aku, aku terdengar la mereka-mereka ni bercakap pasal rumahtangga. Hehe. Maklumat ni dari sudut mata isteri la.

Bagi si isteri, suami adalah segala-galanya. Ada yang kata syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Aku pun tak tau sangat pasal ni sebab yang biasa aku dengar syurga di bawah tapak kaki ibu. 

Cuma kalau fikir betul-betul, bila seseorang wanita telah bersuami, dia perlu patuh pada suami. 

Jadi si isteri perlu menjaga maruah suami. Keluarga suaminya juga merupakan keluarganya, so si isteri ni tidak patut menjatuhkan maruah keluarga suaminya kerana itu merupakan maruah suaminya jugak. 

Dorang jugak cakap, isteri ni hanya boleh menasihat tapi keputusan tetap di tangan suaminya. 

By the way, korang tau tak kenapa lelaki diberi tugas jadi ketua keluarga? Kalau tau ke tak tau ke, aku nak cakap jugak >wink<

Sebab hati lelaki lebih tabah dari wanita. Wanita hatinya cepat beremosi, dan cuba bayangkan kalau kuasa talak berapa di tangan wanita. Sekali marah, jatuh talak. Hancur sudah masjid yang terbina.

So, wahai kaum Hawa, jadilah isteri yang taat pada suami selagi berlandaskan agama. Salah satu cara untuk masuk Syurga bagi kaum Hawa adalah dengan mentaati suaminya.

Actually, aku sebenarnya kehilangan idea nak post entry, so aku buat la entry tapi bila aku baca macam tunggang-langgang jer apa aku nak cakap ni.

Apa-apa korang nak tambah pada entry aku, silakan jangan segan-segan dan malu-malu yer.^^




Wednesday, April 13, 2011

Katak si Katak Lompat

Assalamualaikum...


Di sini aku ingin mengumumkan bahawa aku akan bertunang..eh jap apa ni belum sampai seru lagi la. Haha. Aku akan bercuti. Yahooo. Exam aku dah habis so era untuk aku bercuti akan bermula tak lama lagi. Hehe.

Bagi rakan-rakan yang sebaya dengan aku ni, jangan buat kerja gila time cuti ni yer. So sekian saja..Aku nak enjoy cuti aku dulu. Haha. Lalalalala..


Thursday, April 7, 2011

Hangat-hangat Kepala Cek ni!!

Assalamualaikum..


Hangat? Haha. Agak hangat la waktu aku jawab exam, bagai nak pecah kepala jawab soalan-soalan exam start Selasa lepas. Pagi tadi hurai-hurai pun panjang lebar, nasib baik tak patah jer tangan aku nih. Pengawas yang jaga tu pun duk gelak kat aku bila aku baling-baling pen kat meja. Penat weh tulis tak berhenti-henti. Lama sangat tak amik exam. Hehe.

By the way, aku tak tau nak wat apa so aku terfikir-fikir. Mari kita update blog jap. Huhu. 

Pada pendapat korang, apa pertalian yang perlu ada pada SENIOR and JUNIOR. Maksud aku perlu ke seseorang junior ni untuk jumpa seniornya sebagai kawan atau sebagai seorang yang memerlukan bantuan dari senior (Cari senior bila ada masalah). Perlu ke senior ni berlagak chill dengan junior cam kawan or just treat junior tu, "Ala, kau tu junior aku, tak layak kawan dengan aku". 

Aku tengok benda-benda camni banyak berlaku kat sekolah atau universiti. So korang cuba fikir, yang mana patut?