Assalamualaikum Pembuka Bicara..
Masa aku kat majlis cukur jambul dua pupu aku, aku terdengar la mereka-mereka ni bercakap pasal rumahtangga. Hehe. Maklumat ni dari sudut mata isteri la.
Bagi si isteri, suami adalah segala-galanya. Ada yang kata syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Aku pun tak tau sangat pasal ni sebab yang biasa aku dengar syurga di bawah tapak kaki ibu.
Cuma kalau fikir betul-betul, bila seseorang wanita telah bersuami, dia perlu patuh pada suami.
Jadi si isteri perlu menjaga maruah suami. Keluarga suaminya juga merupakan keluarganya, so si isteri ni tidak patut menjatuhkan maruah keluarga suaminya kerana itu merupakan maruah suaminya jugak.
Dorang jugak cakap, isteri ni hanya boleh menasihat tapi keputusan tetap di tangan suaminya.
By the way, korang tau tak kenapa lelaki diberi tugas jadi ketua keluarga? Kalau tau ke tak tau ke, aku nak cakap jugak >wink<
Sebab hati lelaki lebih tabah dari wanita. Wanita hatinya cepat beremosi, dan cuba bayangkan kalau kuasa talak berapa di tangan wanita. Sekali marah, jatuh talak. Hancur sudah masjid yang terbina.
So, wahai kaum Hawa, jadilah isteri yang taat pada suami selagi berlandaskan agama. Salah satu cara untuk masuk Syurga bagi kaum Hawa adalah dengan mentaati suaminya.
Actually, aku sebenarnya kehilangan idea nak post entry, so aku buat la entry tapi bila aku baca macam tunggang-langgang jer apa aku nak cakap ni.
Apa-apa korang nak tambah pada entry aku, silakan jangan segan-segan dan malu-malu yer.^^
0 comments:
Post a Comment