BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 31, 2012

Ini cerita pasal Cik Rusa

Assalamualaikum n selamat berehat la..


Erm...ada orang cabar aku mintak tulis pasal dia. Haha. Takpe tapi kepada orang tu "Awak patut tau saya tak boleh menyebut beberapa perkataa yang sememangnya sangatlah susah nak sebut" Haha. Miss Echa memang saya rindukan masa kita kat PASUM dulu!!

Aku yang jadi ko punya tukang kejut, jam loceng ko pagi-pagi. Hehe, tu memang keje aku tiap-tiap pagi kan. Sampaikan waktu ko tak nak gi kelas pun, aku jugak yang jadi tukang bebel kat ko. Ko memang suka menyusahkan aku tapi aku tak kisah sebab aku suka jadi kawan ko. Bukan kawan namanya kalau tak saling menyusahkan. Haha, terbalik sudaa ayat aku. Memang marah la cikgu BM aku. 

Erm, pe lagi ek. Haa, satu gi, ko sanggup watpe je sampai temankan aku gi PPIUM semata-mata aku nak tengok persembahan Devotees. Haha, even tempat tu ko tak pernah nak gi kan. <(^^)V

Hakikatnya, aku rindukan kawan-kawan aku kat PASUM. Ingatkan Echa, Allia, Kuya, Faen, Syazz, Mun. Nak jumpa korang, sume sibuk and aku pun cuti lain-lain ngan korang. Hehe takpe lah. Ada jodoh kita jumpa lagi. <(^^)V


Tuesday, January 24, 2012

Nama Gelaran Kuih bagi Aku

Assalamualaikum...n morning!!


Betol la, kalau dah cuti ni nak wat assignment pun malas. Hee, ape punya olang maa. Haha. Assignment berlambak tapi keje aku? Takde keje kot. =,=''

Okeh la ni aku nak kongsikan sikit cerita yang agak tak lojik tapi memang jadi pun. Kalau korang tak tahu nama kuih tu,agaknya apa yang korang panggil kat kuih tu? Moh aku ceritakan ape yang jadi kat aku. Hehe


Korang mesti kenal giler kuih apekah ni kan? Selepas dilakukan siasatan penuh ke atas kuih ni, aku mendapati bahawa kuih ni namanya, Kuih Cara. Ohh, kuih cara ke? Baru aku tahu. Selama ni aku panggil kuih ni..

Kuih Kura-kura...

Ada lagi satu spesis kuih ni..


Aku agak lupa nama betul dia, then aku tanya Dato' Google, dan kata beliau kuih ni namanya Cucur. Cucur? Opss, jauh betul dengan nama yang aku panggil tu. Nama gelarannya ialah..

Kuih Piring Terbang @ Kuih Telur Mata Kerbau

Cikgu kemahiran hidupku, maafkan saya pasal saya tak tau nama kuih ni T_T

Sekian saje buat hari ni.. Wassalam..

Friday, January 20, 2012

Perkara Baik Jom Sama-Sama Amalkan

Assalamualaikum...ohh dah midnight (patut aku dah tido. Hehe)


Takpe lah, berjaga jap untuk merapu-rapu kat sini. Erm, sebenarnye kan..

Yeay!!! Esok balik rumah!!

Memang syok la bila ada cuti ni. Hehe. Tapi balik rumah berassignment jugak. Hmm, tapi aku rasa ada keje ke takde keje ke, keje aku kat rumah lepak jer. Haha. Maaf! Jangan jelez tu memang keje aku. (Merapu betul)

Erm ni aku nak tunjukkan satu video. RUGI . Memang padan betul dengan tajuk tu. Memang rugi la sape tak tengok. Hehe maksud aku isi kandungannya mantop gitu!


Mungkin jugak ada antara korang yang dah tengok video ni kot. Tapi intipatinya, erk betol ke ayat ni, erm pape lah, betul jer apa yang ingin disampaikan. 

MEMANG RUGI TIDAK MELAKUKAN PERKARA BAIK SEDANGKAN KITA MENGETAHUI CARA UNTUK MELAKUKANNYA


Ini jugak peringatan untuk diri aku dan jugak umat islam yang lain. InsyaAllah sama-sama kita melakukan perubahan yang baik <(^^)V

Okeh, buat mereka yang bercuti, selamat bercuti. And Happy Chinese New Year buat mereka yang menyambutnya.

Teehee, Wassalammm....

Saturday, January 14, 2012

Fakta bahawa Matematik dan Sains itu penting <(^^)V

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu korang semua <(^^)V


Ini aku ada satu cerita. Apsal ayat tunggang-pecah ni. (Maaf Cikgu BM jangan marah) T_T Cerita ni berlaku masa aku umur... Hmm bape tahun ek? 11 tahun? 12 tahun? Lebih kurang la.

Aku ni jenis suka buat benda baru walaupun aku sedar diri aku tak pernah berjaya pun. Haha. Tapi takpe at least mencuba kan. Okeh masa tu aku try la nak buat kek butter.

Aku pun buat la ikut resepi dalam buku Mingguan Wanita. Tapi kan disebabkan matematik dan sains aku agak tak berapa masa tu and IQ aku agak cetek, so esen vanila tu dia mention dalam istilah gram kalau tak silap aku, so aku yang agak 'cerdik-pandai' ni pun pergi lah timbang guna alat penimbang. Korang tau kan esen vanila tu sejenis cecair. Aku pun masukkan lah ia dalam adunan kek dengan esen vanila yang agak banyak tu.

Okeh, then aku adunkan segala benda yang dia nak and bako lah ia. Maka tercipta la sebuah kek hasil tangan aku. Siyes kek tu cantik, bulat-bulat comel. Memang happy la bila aku tengok bentuk fizikal kek tu kan.

Lepas tu tibalah masa untuk aku hias kek tu. Kononnya nak letak ising atas kek tu, maka aku buat la ising tu sendiri. Tu pun guna resepi internet jugak. Disebabkan pewarna hijau je yang ada, aku guna aje la. 

Masa kek tu tengah panas, maklum lah baru keluar dari ketuhar, aku pun taruk ising tu atas permukaan kek guna alat khas ising, entah apa namanya. Tapi kan tetiba aku rasa pelik, asal ising yang comel bagi aku tu jadi cair. Tapi biarlah asal ada ising sudaa.

Masa aku buat kek tu memang diluar pengawasan mak ayah aku. Haha. Nasib aje dapur tu tak terbakar. Bila aje mak ayah aku balik keje, adik-adik aku pun balik dari tadika, aku tunjukkan kek tu. Tadaa.

So, aku bagi mak ayah aku rasa first. Hehe, dalam family aku, mak ayah yang pertama. So, keputusannya...

Perhhh, kek tu pahit gila!!!

Hahahahaha, tapi masa tu adik aku paling kecik yang makan kek pahit tuh. Aku suapkan aje even pahit. Dia umur 3 4 tahun memang tak tau ape tapi dia tetap nak makan kek tu. Hahahaha (^^)V

Dah beso gini, aku dah paham nape kek aku tu jadi gitu. Kalau tak banyak belajar memang takkan tahu. So, kat sini ilmu tu penting walaupun sekadar satu resepi




Sunday, January 8, 2012

Kenapa orang Kelantan ada di semua negeri?

Assalamualaikum...


Lama dah tak update blog ni. Yelah aku busy dengan orientasi para-para junior ni. Akhirnya aku dah jadi SENIOR. Haha (Macam bahagia jer)

Esok aku pun dah start kelas. Masuk sem baru, subjek pun baru, lecturer pun ada yang sama dan tidak. Ok la itu adat la orang katakan.

Hmm, tadi aku dengan kengkawan buat satu mesyuarat (mesyuarat la sangat), kenapa orang Kelantan ni ramai sangat. Merata-rata tempat ada. 

Kata aku. Hehe. Orang Kelantan ni bijak-bijak sebab tu depa conquer semua negeri dan IPTA. Yelah depa ni suka cari ilmu banyak-banyak. Kankankan. Betul tak?

Takde lah semua orang suka cari ilmu. Ilmu kan perlu dicari hingga dan sampai ke liang lahad. Maybe kebetulan kot depa ni ada kat semua tempat. Kan?

So, pendapat korang?

Okeh, sekian sajer. Wassalam...


Sunday, January 1, 2012

Ia sudah muncul

Assalamualaikum...


Wah, dah tahun baru la.. Hehe..tapi...

Hurmm tak dapat nak countdown dengan family sebab dah datang kolej tapi aku countdown dengan layan movie kat bilik jer. Haha.

Kat facebook semua status pasal new year (termasuk jugak aku). Tapi takpe la, luahan hati. <(^^)V

Semoga tak berlaku apa-apa yang tidak baik sempena malam tahun baru ni walaupun korang menyambutnya di dataran bersama-sama pakwe makwe, family dan sahabat-sahabat. InsyaAllah..

Satu hal aku tak puas hati ni.. Aku tak dapat nak tengok bunga api. Sedih-sedih-sedih T_T.. Pokok depan blok aku tinggi sangat. Ayoo menghalang penglihatan betul..Hmm dengar aje lah. Hehe

Apa-apa pun.. Selamat tahun baru walaupun mengikut KALENDAR ISLAM memang dah masuk tahun baru pun..

So, sekian terima kasih and wassalam...