Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu korang semua <(^^)V
Ini aku ada satu cerita. Apsal ayat tunggang-pecah ni. (Maaf Cikgu BM jangan marah) T_T Cerita ni berlaku masa aku umur... Hmm bape tahun ek? 11 tahun? 12 tahun? Lebih kurang la.
Aku ni jenis suka buat benda baru walaupun aku sedar diri aku tak pernah berjaya pun. Haha. Tapi takpe at least mencuba kan. Okeh masa tu aku try la nak buat kek butter.
Aku pun buat la ikut resepi dalam buku Mingguan Wanita. Tapi kan disebabkan matematik dan sains aku agak tak berapa masa tu and IQ aku agak cetek, so esen vanila tu dia mention dalam istilah gram kalau tak silap aku, so aku yang agak 'cerdik-pandai' ni pun pergi lah timbang guna alat penimbang. Korang tau kan esen vanila tu sejenis cecair. Aku pun masukkan lah ia dalam adunan kek dengan esen vanila yang agak banyak tu.
Okeh, then aku adunkan segala benda yang dia nak and bako lah ia. Maka tercipta la sebuah kek hasil tangan aku. Siyes kek tu cantik, bulat-bulat comel. Memang happy la bila aku tengok bentuk fizikal kek tu kan.
Lepas tu tibalah masa untuk aku hias kek tu. Kononnya nak letak ising atas kek tu, maka aku buat la ising tu sendiri. Tu pun guna resepi internet jugak. Disebabkan pewarna hijau je yang ada, aku guna aje la.
Masa kek tu tengah panas, maklum lah baru keluar dari ketuhar, aku pun taruk ising tu atas permukaan kek guna alat khas ising, entah apa namanya. Tapi kan tetiba aku rasa pelik, asal ising yang comel bagi aku tu jadi cair. Tapi biarlah asal ada ising sudaa.
Masa aku buat kek tu memang diluar pengawasan mak ayah aku. Haha. Nasib aje dapur tu tak terbakar. Bila aje mak ayah aku balik keje, adik-adik aku pun balik dari tadika, aku tunjukkan kek tu. Tadaa.
So, aku bagi mak ayah aku rasa first. Hehe, dalam family aku, mak ayah yang pertama. So, keputusannya...
Perhhh, kek tu pahit gila!!!
Hahahahaha, tapi masa tu adik aku paling kecik yang makan kek pahit tuh. Aku suapkan aje even pahit. Dia umur 3 4 tahun memang tak tau ape tapi dia tetap nak makan kek tu. Hahahaha (^^)V
Dah beso gini, aku dah paham nape kek aku tu jadi gitu. Kalau tak banyak belajar memang takkan tahu. So, kat sini ilmu tu penting walaupun sekadar satu resepi.
0 comments:
Post a Comment