BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 27, 2011

Cuba teka!!

Assalamualaikum...


Actually kali ni aku tak tahu nak post apa. Idea macam dah terbang jauh jer. Main teka-teki la. Siapa-siapa rasa nak jawab, sila la tapi aku tak leh janji nak bagi hadiah pun. Hehe. So, teka-teki berbunyi begini:-

  1. Burung apakah yang menyorokkan kepalanya sahaja ketika bersembunyi?
  2. Bagaimanakah untuk menangkap sekumpulan burung yang sedang terbang di langit?
  3. Topi apakah apabila dibuka akan keluar hingus?
  4. Berapa jenis binatang yang dibawa dalam bahtera Nabi Nuh?
  5. Kamu memandu dari Mid Valley bersama Sally. Kemudian kamu pergi ke KLCC untuk mengambil adik kamu, Ella. Kemudian, kamu meninggalkan Ella di rumah kawannya, Nana. Kamu pergi pula ke rumah Sally untuk berjumpa dengan housematenya, Gita. Kemudian, kamu keluar bersama Gita dan Sally. Kamu menurunkan mereka di butik Al-Hambra. Dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba tayar meletup. Terpaksa la kamu ke bengkel Leung Fu. Siapakah nama pemandu itu?
  6. Jika angan-angan Mat Jenin sia-sia, angan-angan siapakah yang menjadi kenyataan?
  7. Antara lari perlahan dengan berjalan laju, yang manakah cepat sampai?
Cukup setakat ini dulu teka-teki aku.. Silalah korang jawab yer..


Friday, February 25, 2011

Apa perasaan korang bila tengok semua ni??

Indahnya hidup bila dikurniakan rezeki secantik ini dari Allah S.W.T. Tengok la muka baby-baby ni comel sangat penuh keceriaan. Dengar dorang gelak pun, kita juga rasa happy. Cute baby-baby ni.

Bayi ni comel..Senyum memanjang

Dia buat lawak pula..Cute

Alalala nak menangis ke? Jom pergi jalan-jalan.

Happy nyer dia, mak dia cium..

Waa, baby muslimah ni..

Dia makan..Nyum-nyum

Selamat malam si comel..

Burung berkicauan, angin mendayu-dayu. Pagi terasa tenang. Eh, sayang mama dah bangun pun. Meh-meh, mama mandikan sayang yer. Mama isikan air suam kejap, nanti sayang sejuk pula kalau mama guna air biasa. Ala, jangan la percikan air kat mama, basah nanti. Gelak-gelak dengan baby. Akhirnya, mama basah jugak. Takpe la demi sayang jugak. Waa, wanginye sayang mama lepas guna mandian Carrie Junior ni. Meh, mama pakaikan bedak kasi wangi lagi. Mama nak pakaikan baju mana yer kat sayang ni? Haa, mama pakaikan yang ni la, baju baru!!. Ok, lepas ni kita pergi dapur, mama suapkan sayang makan yer. Sebab sayang kecik lagi, mama suapkan sayang nasi bubur la. Special mama masak untuk sayang ni tau. Buka mulut luas-luas. Aaaaa. Nyum-nyum. Blurrpp. Kuatnya sayang mama ni sendawa. Hehe. Lepas ni kita tengok TV sama-sama la. Mama letak sayang atas permaidani yer. Eh, sayang dah boleh meniarap. Waa, sayang mama dah besar rupanya. Sedar tak sedar dah tengahari rupanya, sayang mama kena makan lagi. Eh, lapar lagi ke? Kan baru jer mama suapkan sayang. Ohh, sayang nak susu rupanya. Nanti mama buatkan kejap susu Bebelac sayang tu yer. Eh, sayang menangis kenapa pula ni? Laa, sayang mengantuk rupanya. Mari mama letak sayang dalam buai yer. Mama dodoikan sayang yer. Akhirnye sayang lelap. Boleh la mama rehat juga. Mama pun penat dah ni. Tik-tok, jam berdetik. Mama dengar sayang nangis. Sayang nak bangun. Eii, sayang busuk la. Hehe, jom mama mandikan sayang. Ok, petang ni tak hujan jom kita jalan-jalan. Jalan-jalan sekitar rumah je la yer. Sayang kan kecik lagi. Malam menjelma, sayang pun dah mengantuk. Jom mama dodoikan sambil bercerita walau mama tahu sayang tak faham lagi. Mama nak bercerita tentang Rasulullah kerana baginda banyak menyebarkan dakwah tentang agama islam. Mama nak sayang membesar dengan didikan agama dan mempunyai akhlak mulia. Lama-kelamaan, mata sayang makin kuyu. Eh, sayang mama dah tidur yer. Mama cium pipi montel sayang kerana mama sangat sayangkan permata hati mama ni. Tengah malam sayang terjaga dan menangis. Ohh, kena tukar Drypers lagi la ni. Tapi takpe, mama tukarkan kasi sayang selesa. Pastu sayang sambung tidur lagi sampai pagi....Tidurlah anakku.


Tapi, andai si comel ini dibiarkan dan dibuang tanpa belas kasihan, masih adakan peluang untuk korang yang mengandung dan melahirkan bayi-bayi ini merasai kebahagiaan ini? Kejamnya manusia sekarang sanggup membuang bayi yang tidak berdosa dan masih suci seperti kain putih. Berzina tu dah menjadi satu dosa dan ditambah pula dengan dosa membunuh bayi sendiri. Tidakkah korang yang buang bayi-bayi ni takut dengan azab Allah di akhirat nanti? 


Korang yang buang anak ni takde belas kasihan ke tengok anak korang macam ni? Korang tak rasa nak menangis ke tengok anak korang kena gigit semut? Jadi tempat anjing buang air? Insaflah korang. Aku bukan nak kutuk siapa-siapa, tapi aku geram giler bila ada berita pasal orang buang bayi ni. Kalau tak nak besarkan anak tu, korang elakkan dari berzina tu awal-awal.

" JANGAN HAMPIRI ZINA WAHAI UMAT ISLAM "









Thursday, February 24, 2011

Soalan ni suh korang jawab!!

Apa benda penting dalam hidup korang? 
Benda penting dalam hidup aku? Selipar aku la, kalau dah hilang kang mana-mana pun aku tak leh pergi. Haha. Dan jugak i/c aku. Kalau takde, memang kes naya.

Benda terakhir yang korang beli gune duit korang?
Ni dah sah lagi jelas dan terbukti, aku beli nasi goreng kampung jer, kampung-kampung sudah tak perlu bandar-bandar ni.

Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Tempat nak langsungkan perkahwinan? Gulp, tak pernah terfikir dek akal lagi ni. Hmm, kat suatu tempat yang ada bumbung la boleh lindung semua orang dari panas hujan. Hehe.

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Cinta? Cinta aku kepada Allah, Rasul dan ibu bapa aku. Cinta yang satu lagi tu belum sampai seru.

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Ikutkan hati sepanjang hayat aku la. Selagi cinta tu berlandaskan agama.

Novel/buku/majalah terakhir dibeli?Aku beli buku apa yer? Fikir-fikir....Buku accounting kot.

Apakah nama penuh korang?
 Nama aku...nama aku sama dengan nama seseorang pada zaman Nabi-nabi dahulu kala :)

Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra? 
Hehe. Dua-dua aku mesra. Aku sayang mak ayah aku sangat-sangat.

Namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?
Siapa aku nak jumpa? Erm, buat masa sekarang, tuxedo mask aku. Hihi


Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Dua-dua cara aku guna. Mesin buat kerja, sekali buat kerja tak betul habis bersabun baju-baju aku, so terpaksa la aku basuh dengan tangan aku. Btw, apa kena-mengena soalan ni?

Di manakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
Kalau boleh, aku nak pergi ke timur tengah. Untuk apa? Belum tau. Tetiba jer.

Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
  1. Aku tak kenal siapa dia, tapi benda ni aku kebas dari blog dia.
  2. Dia baik hati kut bagi aku kebas benda ni. Hehe
  3. Dia ni orang busy. Busy dengan apa, aku tak tau.
Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
 Benda ke? Erm..
  1. Al-Quran (tak senang hati klu aku tak baca), 
  2. Pakaian (aurat aku pun tertutup),
  3. Laptop (senang aku cari maklumat macam-macam. Nak contact orang pun jimat budget, facebook jer ^^),
  4. Handset (mak ayah aku nak call, penting nih), 
  5. Jam (pentingnya masa)

Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
Lagu paling suka agak banyak korea, jepun, nasyid, malay, english, cina, hindi tapi kalau selalu dengar. Hehe DEVOTEES laa..

Lima rakan Blogger yang korang nak tag:
sapa yang kena, jangan marah aku. Hoho

Wednesday, February 23, 2011

Tolong aku!!

Bila mengadap benda ni, aku  tertanya-tanya,

" Dia nak cakap apa ni?? "
Aku tak puas hati, aku tenung lagi, tapi..
" Serius, apa benda ni?? "

Aku baca lagi tapi aku masih blurr..
Aaaa..subjek ni memang nak bagi hidup aku susah rasanya..
Apa ni??
Concrete? Foundation? Riba Stage? Construction Technology? etc...

Siapa-siapa yang ambil jurusan bahan binaan, quantity surveyor, arkitek busy tapi tau jugak pasal subjek ni, dan yang berkaitan..Tolong aku..Serius aku tak paham subjek ni..



JODOH..Renungkan sedalam-dalamnya

Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah..

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang se! buah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


P/S: Dengar tu..^^



Tuesday, February 22, 2011

8 Petanda Dia Adalah Jodoh Anda

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? 

So, apakah ada petanda lain agar seseorang dapat merasakan bahawa sidia jodoh (soulmate) kita atau bukan? JOM KITA LIHAT!!!! 

Petanda 1 
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2 
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3 
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4 
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5 
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6 
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..

Petanda 7 
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan² petanda di atas telah kamu temukan padanya?


P/S: Walau apa pun, jodoh itu di tangan Allah. Hanya Allah S.W.T. yang tahu. Aku jumpa artikel ni pun kat dalam internet ni jugak, tak tau la betul ke tidak...Kalau dia tu memang jodoh korang, takde lari la sebab dah ditentukan dia diciptakan untuk berkongsi hidup dengan korang..^^



Monday, February 21, 2011

Hati Aku Tergamam

Assalamualaikum..Apa khabar?..Harap sihat la yer semua..^^

Hari ni aku baru balik dari rumah makcik aku, kerjanya nak habiskan cuti hujung minggu even tutorial and assignment agak melambak.Hehe. Tapi takpe la sekali-sekali kena juga rehatkan minda. ^^

Masa aku kat rumah makcik aku tu, ada la satu peristiwa ni yang membuatkan aku rasa tergamam, berdebar, terkejut, dan macam-macam rasa yang membuatkan orang rasa nak lari dari situ. Di satu pondok kecil, aku rehat-rehat dengan sepupu aku sambil bercerita, datang la budak-budak mengelilingi aku pasal nak dengar cerita aku. Hoho. Dan ini menyebabkan aku careless kat sorang sepupu aku yang berumur 7 tahun ni. Dia ni pun satu hal tak msuk geng pula. So, aku biarkan dia, lagi pun dia bukan pergi main jauh, dalam pondok tu juga. Tiba-tiba, aku dengar ada la orang tengah gaduh. Alih-alih sepupu aku tu gaduh dengan sorang budak yang sama baya. Dan seraya itu juga, datang la mak dia dari pondok sebelah yang tengah lepak-lepak dengan geng makcik-makcik. Kalau korang fikir, makcik ni mungkin marahkan anak dia or nasihati anak dia nak bagi keadaan tu tenang kan??
Tapi yang buat aku tergamam, ni adalah dialog makcik tu..

Makcik: Kau (anak dia) senyap. Eh kau (sepupu aku) kenapa pukul anak aku hah??!!

Sepupu aku: Bukan saya buat, dia yang buat dulu.

Akak kat tangga: Ala, bukan anak kau yang mulakan dulu, budak(sepupu aku) tu haa yang start pukul dulu.

Makcik: Ooo..Beranai kau pukul anak aku hah, IBU SETAN!! Kau jangan lagi datang rumah aku (sambil menunjuk-nunjuk muka sepupu aku).  Dan kau (anak dia) jangan lagi kawan dengan dia.

Then, sepupu aku ni sambil menangis sambil jalan tup-tup terlanggar kawan dia dengan tak sengaja. Kemudian, berkata la sorang lagi makcik ni "Ohh, lepas pukul budak tu, kau nak pukul anak aku pulak yer?!!". Aku apa lagi, terus ajak sepupu-sepupuku balik, tak tahan dah dengar cemuhan-cemuhan yang takde insurans tu.

Kalau ikut cerita sebenar, aku sendiri tak tau salah siapa sebab waktu tu aku careless tengah bercerita kat budak-budak lain. Tapi kat sini, aku rasa tak patut makcik yang dah lama makan asam garam, dah berumar, dah matang memaki-hamun seorang budak yang berumur 7 TAHUN dan MASIH MENTAH dengan kata-kata yang agak kesat. MasyaAllah, aku sendiri tak tau ape nak jadi dengan zaman sekarang ni.

Kemudian, aku dengar rupa-rupanya makcik ni memang macam ni suka sumpah orang. Disebabkan itu jugalah, anak dia tak ramai kawan. Kesian pulak, disebabkan sikap ibu, anak yang merana. Jagalah bahasa, makcik ooii. Buat malu kaum aje.

Sepatutnya seseorang tu walau dalam keadaan marah sekali pun tak patut cakap macam tu terhadap seorang kanak-kanak yang tak tau apa-apa. Budak-budak biasa la tu kalau gaduh-gaduh pastu nangis. Kebiasaan ibu menasihati anaknya dengan baik. Walau tak nampak salah anaknya, tapi memang tak patut maki seorang budak macam tu, macamla budak tu jer yang salah.

Agak-agaknya kalau korang berhadapan dengan orang macam ni, apa korang buat??

Wednesday, February 16, 2011

Bahasa Kita Hari Ini

Assalamualaikum pembuka bicara...

Hari ni terpaksa bersoal-jawab dengan MA kk12 semata-mata nak dapatkan MC. Hehe. Ni bukan sebab malas pergi kelas ke apa tapi kerana sakit yang mendatang terpaksa juga tebalkan muka ni nak mintak MC. Takde la ni sesaje je nak tulis. Bukan ni yang aku nak bincang hari ni tapi soal bahasa...^^

Hari ni, kalau kita tengok sesetengah orang suka menggunakan perkataan yang tak elok digunakan seperti yang korang dengar pasti bernanah telinga. Bahasa ni sebenarnya menunjukkan diri kita yang sebenar. Lebih-lebih lagi kalau perkataan tersebut (bad words) dikeluarkan dari mulut seorang muslim, pasti tidak enak didengar.

Ni satu lagi dalam penulisan pun ada jugak la perkataan yang sama maksud tapi susah nak sebut sampai terbelit lidah dibuatnya. Contohnya mnx (minta), kao(kau), sowam (sorang) and etc. Kalau nak cerita lagi banyak contoh pelik-pelik. Bila jer terjumpa perkataan macam ni mula la terkontang-kanting nak baca dah ambil beberapa minit untuk satu ayat. Tak ke seksa tu. Kesian kat pembaca.

Ni aku sertakan satu video..Tengok sendiri. Enjoy yer..



Ini fakta, aku tak berniat nak kutuk siapa-siapa tapi cuba la ubah. Bahasa melambangkan keindahan diri. Macam kata-kata tu "Budi Bahasa Budaya Kita". Eh, ada kaitan ke. Hehe takpe la bunyi hampir sama.

I'm not perfect too but if i've to change myself before advise others then it will take a time because i'm just a normal human. Ada orang kata "Eh, dia ni tau nak nasihat orang jer. Diri sendiri bukan baik sangat pun". Kalau macam ni la sampai bila-bila pun kita tak dapat nak menasihati orang kerana kita ni manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan.

Sekian buat masa ini....^^

Tuesday, February 15, 2011

Pertukaran Bahasa Kejap

Assalamualaikum dan selamat pagi (sekarang pagi lagi kan).

Hari ni tajuk aku pertukaran bahasa kejap, kenapa? Sebab aku nak tulis guna bahasa di tempat kelahiran aku. Jeng, jeng, jeng. Siapa tahu bahasa apa aku guna, bagi tabik spring kat dia. Hehe.

Gano cito sumo ore ari ni? Harapnyo sihat blako la. Hari ni aku nok bice sikit pasal sifat riak. Hati manusio ni tok soh kalu tak dop sifat ni kecuali la manusio hok betul-betul bulih jago hatinyo seperti Nabi Muhammad S.A.W. dan sapo-sapo hok lain lagi la.

Buke gapo ikut pengalame aku la, aku sendiri pun tak dop la perfect mano, kade-kade dale hati tu terlintas jugak bendo-bendo hak bulih wat diri kito sero agah dari ore lain. Bila aku nok berubah dale soal jaga hati dari sifat riak nih, banyok jugak la dugaan hok mari tu. Biaso la bilo kito nok berubah, mungkin Allah nok uji kito, samada kito ni istiqamah ko nok berubah.

Sifar riak ni kalu nok tahu ialah syirik kecik. Rasulullah S.A.W. risau bena kalu sifat ni keno kat umat bagindo, riak ni bulih jadi dale mace-mace keadaan. Kerisauan Rasulullah S.A.W. ni ado dale hadis Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Ni antaro punco-punco terjadinyo sifat riak hok aku jumpo:-
1. Sifat suka dipuji oleh orang lain. 

Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain. 

2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain. 

Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura. 

3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.

Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Jadinyo ni jugok caro-caro hak aku jupo bagi mengelakkan sifat riak:-

1. Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah. 


2. Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak. 


3. Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak. 


4. Menanamkan di dalam diri bahawa melakukan sesuatu perkara kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu patut dijauhkan. 


5. Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah. 


6. Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan. Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak.

Kesimpulannyo, jauhilah sifat riak sebabnyo ini adalah syirik kecik. Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi, jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka...

-Sumber: iluvislam.com

Monday, February 14, 2011

Sambungan Tag Mengetag Orang



Korang nampak tak gambar orang kat atas ni??..Pasti nampak punya, klu tak, hoho fikir sendiri. Cerita ni adalah sambungan dari blog dia nih (klik). Better korang baca situ dulu kang ada jer yang makan panadol Active 5. Orang kat atas ni pulak namanya yang aku tahu la Si tukang Komen iaitu pembuat asal ceita ni. At first, aku agak pelik permainan ni, tapi macam best. So aku decide nak try la jugak, hehe. Well, meh kita try cuba sambung cerita nih. Ape yang jadi...*_*

Beg yang aku humbankan dalam sungai terapung-apung dibawa arus sungai. Aku hanya tengok sambil ketawa berdekah-dekah. Tiba-tiba ada seseorang menepuk-nepuk bahuku dibelakang. Aku berpaling ke belakang sambil tersenyum. Yamie?

Bukankah dia dah mati? Apakah makhluk dihadapan aku ni? Yamie mengajakku pulang kerana hari dah petang. Dalam hati aku nak lari marathon jauh-jauh tapi aku hanya menurut kehendak Yamie. Dalam perjalanan pulang terjadilah dialog antara aku dan Yamie:-

Aku: Weh, mana kau pergi tadi?
Yamie: Aku pergi dekat-dekat sini jer.
Aku: Pelik, aku tak nampak kau pun tadi.
Yamie: Yela, pasal kau dah humban aku dalam sungai tadi!!

Dada aku mula berdebar hebat. Sah, bukan Yamie yang sebenar di hadapan aku sekarang ni. Yamie tu memang dah mati. Aku mula buka langkah seribu. Tiba-tiba perutku terasa perit. Ada sesuatu yang tajam mencucuk perutku. Ku lihat banyak darah mengalir keluar bersama kuku yang hitam lagi panjang. Aku cuba melepaskan diri dari hantu Yamie tetapi gagal. Hantu Yamie mula mencakar-cakar badanku. Darah makin banyak keluar. Aku makin lemah dan tiba-tiba penglihatanku gelap.

Aku: Eh, kat mana aku ni?
Yamie: Kau dah satu alam dengan aku pun.
Aku: Ape?
Yamie: Kau kejam. Sadis gila kau hancurkan badan aku camtu jer. Dah tak hensem aku ni.
Aku: Hek eleh, kau cucuk perut aku dah terburai. Tak pasal-pasal lubang.

Sedang aku dan Yamie bergaduh mempertikaikan kehenseman kami tiba-tiba UFO datang dan....

p/s:spe2 rse nak sambung sila2 yer...n please tell me..nak tau jugakk

Sunday, February 13, 2011

Bercerita lagi^^



Assalamualaikum semua..Hari ni hari Ahad. Semua tahu. Hehe. Ada negeri yang cuti and ada gak  yg dah mula beroperasi erm maksud aku kerja or sekolah la. Apa nak post pun tak tau ni tapi tulis jer apa yang tangan aku nak tekan kat keyboard ni.

Pada waktu mula-mula aku buat blog ni, aku cuba jadikan blog ni sebagai blog islamic. Tapi masalahnya aku tak pandai sangat nak create something2 yg islamic punya so kerja aku copy paste je la. Tapi dalam hati aku masih dambakan ilmu-ilmu dari Allah. Ilmu perlu dicari hingga ke liang lahad. 

Petang-petang gini nak wat apa aku tak tau. Nak study, alahai MALAS ni duk penyek-penyek aku. Hehe. Kantoi suda. Takpe la aku lepak-lepak jer ngan kawan-kawan aku...^^. Kongsi-kongsi ilmu. Tapi yang baik ambil yang buruk jadikan pengajaran. Korang pun tahu.^^


Saturday, February 12, 2011

Doa kepada ibu bapa sebagai pembawa rezeki^^






Apabila seseorang meninggalkan doa kepada kedua ibu bapanya, terputuslah darinya rezeki.

Rassulullah SAW pernah bersabda :
” Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)” Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa 
(baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ….tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita 
(berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari

Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah,
Berusaha dan bertawakal.. …insyallah ,

Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,STPM, IJAZAH dsb nya….
.tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita…..Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya :
(Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)
‘YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. …”

Untuk yang sudah meninggal : 
“YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah…….

Friday, February 11, 2011

Fi Qalbi

Makin nak masuk final makin sibuk rasanya. Tapi sekarang ni kepala aku agak serabut dengan benda-benda yang menimpa aku ni and aku rasa belum sesuai masanya untuk aku fikir. Tapi biarlah perkara itu jadi rahsia peribadi aku. Let it go first. Aku terfikir nak buat banyak benda walaupun benda tu sendiri aku tak mampu buat, kenapa ya? Manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan^^. Takpe la, lebih baik sambung kerja aku yang belum-belum siap lagi ni.=p