Assalamualaikum dan selamat pagi (sekarang pagi lagi kan).
Hari ni tajuk aku pertukaran bahasa kejap, kenapa? Sebab aku nak tulis guna bahasa di tempat kelahiran aku. Jeng, jeng, jeng. Siapa tahu bahasa apa aku guna, bagi tabik spring kat dia. Hehe.
Gano cito sumo ore ari ni? Harapnyo sihat blako la. Hari ni aku nok bice sikit pasal sifat riak. Hati manusio ni tok soh kalu tak dop sifat ni kecuali la manusio hok betul-betul bulih jago hatinyo seperti Nabi Muhammad S.A.W. dan sapo-sapo hok lain lagi la.
Buke gapo ikut pengalame aku la, aku sendiri pun tak dop la perfect mano, kade-kade dale hati tu terlintas jugak bendo-bendo hak bulih wat diri kito sero agah dari ore lain. Bila aku nok berubah dale soal jaga hati dari sifat riak nih, banyok jugak la dugaan hok mari tu. Biaso la bilo kito nok berubah, mungkin Allah nok uji kito, samada kito ni istiqamah ko nok berubah.
Sifar riak ni kalu nok tahu ialah syirik kecik. Rasulullah S.A.W. risau bena kalu sifat ni keno kat umat bagindo, riak ni bulih jadi dale mace-mace keadaan. Kerisauan Rasulullah S.A.W. ni ado dale hadis Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Ni antaro punco-punco terjadinyo sifat riak hok aku jumpo:-
1. Sifat suka dipuji oleh orang lain.
Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.
2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.
Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.
3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.
Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.
Jadinyo ni jugok caro-caro hak aku jupo bagi mengelakkan sifat riak:-
1. Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.
2. Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.
3. Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.
4. Menanamkan di dalam diri bahawa melakukan sesuatu perkara kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu patut dijauhkan.
5. Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.
6. Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan. Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak.
Kesimpulannyo, jauhilah sifat riak sebabnyo ini adalah syirik kecik. Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi, jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka...
2 comments:
sifat riak bahaya kerana tnpa kita sedari pn blh berlaku..
waalaikumussalam...btol tu..riak ni blh jd dlm mcm2 keadaan.. bila jd sesuatu yg blh dkatakn riak tu wlaupn terlintas kat hati, riak jgk ker? wlupn kita tidak bermaksud pn..?
Post a Comment