BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 25, 2011

Apa perasaan korang bila tengok semua ni??

Indahnya hidup bila dikurniakan rezeki secantik ini dari Allah S.W.T. Tengok la muka baby-baby ni comel sangat penuh keceriaan. Dengar dorang gelak pun, kita juga rasa happy. Cute baby-baby ni.

Bayi ni comel..Senyum memanjang

Dia buat lawak pula..Cute

Alalala nak menangis ke? Jom pergi jalan-jalan.

Happy nyer dia, mak dia cium..

Waa, baby muslimah ni..

Dia makan..Nyum-nyum

Selamat malam si comel..

Burung berkicauan, angin mendayu-dayu. Pagi terasa tenang. Eh, sayang mama dah bangun pun. Meh-meh, mama mandikan sayang yer. Mama isikan air suam kejap, nanti sayang sejuk pula kalau mama guna air biasa. Ala, jangan la percikan air kat mama, basah nanti. Gelak-gelak dengan baby. Akhirnya, mama basah jugak. Takpe la demi sayang jugak. Waa, wanginye sayang mama lepas guna mandian Carrie Junior ni. Meh, mama pakaikan bedak kasi wangi lagi. Mama nak pakaikan baju mana yer kat sayang ni? Haa, mama pakaikan yang ni la, baju baru!!. Ok, lepas ni kita pergi dapur, mama suapkan sayang makan yer. Sebab sayang kecik lagi, mama suapkan sayang nasi bubur la. Special mama masak untuk sayang ni tau. Buka mulut luas-luas. Aaaaa. Nyum-nyum. Blurrpp. Kuatnya sayang mama ni sendawa. Hehe. Lepas ni kita tengok TV sama-sama la. Mama letak sayang atas permaidani yer. Eh, sayang dah boleh meniarap. Waa, sayang mama dah besar rupanya. Sedar tak sedar dah tengahari rupanya, sayang mama kena makan lagi. Eh, lapar lagi ke? Kan baru jer mama suapkan sayang. Ohh, sayang nak susu rupanya. Nanti mama buatkan kejap susu Bebelac sayang tu yer. Eh, sayang menangis kenapa pula ni? Laa, sayang mengantuk rupanya. Mari mama letak sayang dalam buai yer. Mama dodoikan sayang yer. Akhirnye sayang lelap. Boleh la mama rehat juga. Mama pun penat dah ni. Tik-tok, jam berdetik. Mama dengar sayang nangis. Sayang nak bangun. Eii, sayang busuk la. Hehe, jom mama mandikan sayang. Ok, petang ni tak hujan jom kita jalan-jalan. Jalan-jalan sekitar rumah je la yer. Sayang kan kecik lagi. Malam menjelma, sayang pun dah mengantuk. Jom mama dodoikan sambil bercerita walau mama tahu sayang tak faham lagi. Mama nak bercerita tentang Rasulullah kerana baginda banyak menyebarkan dakwah tentang agama islam. Mama nak sayang membesar dengan didikan agama dan mempunyai akhlak mulia. Lama-kelamaan, mata sayang makin kuyu. Eh, sayang mama dah tidur yer. Mama cium pipi montel sayang kerana mama sangat sayangkan permata hati mama ni. Tengah malam sayang terjaga dan menangis. Ohh, kena tukar Drypers lagi la ni. Tapi takpe, mama tukarkan kasi sayang selesa. Pastu sayang sambung tidur lagi sampai pagi....Tidurlah anakku.


Tapi, andai si comel ini dibiarkan dan dibuang tanpa belas kasihan, masih adakan peluang untuk korang yang mengandung dan melahirkan bayi-bayi ini merasai kebahagiaan ini? Kejamnya manusia sekarang sanggup membuang bayi yang tidak berdosa dan masih suci seperti kain putih. Berzina tu dah menjadi satu dosa dan ditambah pula dengan dosa membunuh bayi sendiri. Tidakkah korang yang buang bayi-bayi ni takut dengan azab Allah di akhirat nanti? 


Korang yang buang anak ni takde belas kasihan ke tengok anak korang macam ni? Korang tak rasa nak menangis ke tengok anak korang kena gigit semut? Jadi tempat anjing buang air? Insaflah korang. Aku bukan nak kutuk siapa-siapa, tapi aku geram giler bila ada berita pasal orang buang bayi ni. Kalau tak nak besarkan anak tu, korang elakkan dari berzina tu awal-awal.

" JANGAN HAMPIRI ZINA WAHAI UMAT ISLAM "









2 comments:

Anonymous said...

hai..saje nak tinggal jejak..dah follow u..:)

Miss EZ said...

time kasih..=D