BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 26, 2011

RM 8 atau RM15?

Al-kisah maka tersebutlah kisah.......


Seorang pakcik dan Si Gadis Penjual di sebuah kedai jam tangan.

Pakcik : Adik, pakcik nak tukar bateri jam.
Si Gadis Penjual : Ohh, boleh je. Pakcik nak bateri harga lapan ringgit ke lima belas ringgit?
Pakcik : Hah, erm.....
Si Gadis Penjual : Saya tanya ni, pakcik nak bateri harga lapan ringgit ke lima belas ringgit?

Kemudian, pakcik tersebut mengeluarkan wangnya. Si Gadis Penjual hairan kerana jam belum dibaiki tapi pakcik tersebut dah nak bayar.

Si Gadis Penjual : Ehem, pakcik nak bateri mana satu ni. Lapan ringgit? Lima belas ringgit?

Namun, pakcik tersebut hanya mengangguk. Si Gadis Penjual melakukan kerja membaiki jam tersebut dengan menggunakan bateri berharga RM15 kerana pakcik tersebut mengangguk apabila dia menyebut tentang bateri berharga RM15.

Si Gadis Penjual : Ini jamnya dah siap baiki, pakcik.

Pakcik tersebut menghulurkan wang kertas sebanyak RM50. Si Gadis Penjual mengembalikan bakinya sebanyak RM35.

Pakcik : Amboi, mahalnya bateri. Berharga RM15 sebiji. Pakcik ingatkan RM10 jer.
Si Gadis Penjual : #@$%^@*!

Moral : Salah siapa ni? Pakcik tu atau Si Gadis Penjual?. Jeng-jeng-jeng

-Fikir-fikirkanlah. Kita perlu bertindak bijak dalam sesuatu keadaan. XD


Tuesday, May 10, 2011

Apa itu Alam Bina -PABUM- /(PASUM)

Assalamualaikum..


Hari ni aku nak bercerita mengenai PASUM tapi takde la pasum sangat. Sebenarnya cerita aku lebih kepada ALAM BINA. PASUM ialah Pusat Pengajian Sains Universiti Malaya. Pasum terdiri dari 3 kos iaitu Sains Hayat, Fizikal dan Alam Bina.

Bagi korang yang amik sains Hayat dan Fizikal, kerja korang memang study gila-gila. Tu yang aku tengok batch aku la tapi korang nak enjoy pun boleh asalkan korang boleh catch up nanti. Aku tengok subjek budak-budak ni, naik pening. Apa yang dorang belajar ni?? Haha.. Tapi tabik la dengan dorang sanggup menghadap CALCULUS, ALGEBRA and dot dot dot..Dorang punya skop bukan setakat SPM tapi lebih kot. Bersabarlah korang yang amik sains Hayat and Fizikal ni yer. Hehe..

Now, back to our story about Alam Bina. Bila aku tahu aku dapat masuk ke Alam Bina (kejadah ni?) banyak kali duk pikiaq. Apekah pasal kos ni? Nak bina alam? bina pokok? Hisy..

Alam Bina sebenarnya pembelajaran ke arah construction. Alam Bina terbahagi kepada 5 cabang sahaja dan pelajar-pelajar yang amik kos Alam Bina di bawah PASUM, degreenya kat UM jer la. Sebab itu, Alam Bina dikatakan mempunyai tiket emas ke UM. ^^

5 kos di bawah Alam Bina iaitu, Architecture, Building Surveyor, Town Planning, Quantity Surveyor, dan Estate Management.

Mengikut pengalaman aku, Sem 1 korang akan belajar Algebra, Microeconomic, General Chemistry and Physic, Environmental Science (ES), Architecture Drafting (AD) dan Graphic Communication (GC). 

Bagi budak-budak Alam Bina ni, korang belajar math, fizik dan kimia meliputi skop SPM jer. Mungkin tambah-tambah sikit tu ada la. Bagi pelajar pure science masa SPM, korang mesti tak belajar mikroekonomi kan. Tapi tak payah risau, korang rajin baca senang jer. Hehe. Subjek ni senang nak paham la^^

Algebra tu korang boleh fikir yang korang belajar ADD MATH SPM. Ok, kalau subjek Enviromental Science boleh jadi benda baru yang korang belajar. Tapi nak kata baru sangat mungkin tak. Kalau korang amik Geografi ada jugak la sikit-sikit dalam subjek ni. ES ni lebih kurang macam Geografi tapi lebih detail.

Okay sekarang nak bagitau korang subjek yang kritikal. Haha. Subjek ni akan dikira dalam CGPA utk Sem 1 korang. Sebenarnya takde la kritikal. Macam yang korang tahu, kalau nak jadi Arkitek tak tido malam dan bagi Alam Bina ni la penyebabnya. 2 subjek ni la yang menyebabkan mata korang jadi cam beruang panda.

Architecture Drafting ni lukis-lukis pelan macam pandangan atas, tepi and dot dot. Bagi korang yang amik technical drawing mesti tau ni cuma beza dengan korang guna lukisan A3 kalau tak silap. Tapi bagi Alam Bina korang gunakan A2. Bunyi cam senang tapi nak buat benda ni memang amik masa dan kena teliti. Kalau tak, redo la kerja korang. Tapi lukis benda ni memang enjoy. Haha. Dapat jadi burung hantu. Kadang-kadang tak tido terus.

Graphic Communication ni pulak memang subjek yang pelik bila aku mula-mula masuk dulu. First-first aku kena melukis kasut yang dikumpul-kumpul tanpa lihat kertas. Means, mata aku sepanjang masa tengok kasut tu jer. Cuba la korang bayangkan apa yang jadi pada lukisan korang. GC ni lebih kepada Art juga la. Kadang-kadang subjek ni suruh kita menari dan menyanyi mengikut sesuatu pergerakan. Haha pelik tak? Apa kena mengena dengan Construction? Pastu kena melukis-lukis la. But, korang kena hati-hati walaupun nampak sempoi subjek ni tapi pemarkahan ketat. Waspadalah korang. Haha. Then, utk final projek agak banyak pemarkahan dia iaitu korang kena buat Animation. Cuma untuk korang, aku tak tahu animation berdasarkan apa. Kalau aku dulu berdasarkan cerita Chungking Express and kitaorang diwajibkan tengok masa kelas. Bagi aku cite tu 18SX. Terukk!! Tapi subjek ni jugak yang menolong korang untuk markah final Sem 1. GC dan AD ni paling banyak jam kredit.

Ok, untuk Sem 2 pula, korang akan dibahagikan kepada Design dan Non-Design. Bagi korang yang nak amik Architecture, Building Surveyor dan Town Planning, korang di masukkan dalam Design. Bagi korang yang nak amik Quantity Surveyor dan Estate Management masukklah dalam Non-Design. 

Budak-budak Design ni banyak projek and lagi banyak dari Sem 1 punya projek. Sebab korang dan diajarkan sikit sebanyak kepada kerja-kerja macam Arkitek ni. Nak masuk Design pointer pun kena tinggi gak, 3.5 lebih kurang dan mengambil kira GC dan AD.

Bagi budak-budak Non-Design pulak takde projek macam budak Design ni. Korang lebih kepada kerja-kerja mengira dan benda-benda fakta. 

Sem 2 ni jugak masih ada beberapa kuliah yang mengabungkan semua pelajar Alam Bina seperti Construction Technology, Macroeconomic, General Chemistry and Physic 2, dan Statistic and Probability (masih skop SPM). 

Bagi budak Design, korang akan belajar Basic Design dan Art Design. Bagi budak Non-Design pula, korang akan belajar Accounting and Finance, Malaysia Legal System, dan Management.

Satu hal lagi pasal budak Alam Bina ni, korang bukan belajar kat PASUM saje tapi kat Fakulti Alam Bina jugak. Hehe. Korang kan takde tempat lain dah nak pergi time Degree, FAB jugak kan. Jadi berjinak-jinaklah korang dengan FAB time PASUM lagi. Hehe

Batch aku 2010/2011 panggil kos Alam Bina bukan sebagai Pasum tetapi PABUM dan mempunyai sebab-sebab tertentu.^^

By the way, information yang aku bagi ni mengikut pengalaman aku. So, kalau ada sebarang pertukaran subjek atau maklumat dalam Alam Bina bagi batch korang nanti, Aku mintak maaf yer. Hehe..

Sekian, terima kasih......Selamat Maju Jaya^^

p/s : Kepada budak Hayat and Fizikal...jangan marah yer. Ini fakta mengenai Alam Bina. Hehe