BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 21, 2011

Apa guna korang merokok?

Assalamualaikum...


Apa khabar korang? Khabar aku? Hehe..Sihat Alhamdulillah..

Hmm hari ni aku nak bongkarkan satu rahsia.. Ceh rahsia laa sangat. Maybe ada antara korang yang dah tau and maybe gak ada yang tak tau. So aku nak jugak inform kat korang. Eh, terlebih panjang plak pembuka kata, isi nyer kosong. Haha

Korang mesti tau akibat merokok jadi camne kan? Orang kata hati jadi hitam la buruk la..Last-last boleh bawak maut juga. Korang tau tak kat trakea korang tu ada tisu epitelium skuamus bersilia yang menghalang habuk-habuk dari masuk ke dalam paru-paru korang. Tapi once korang asyik duk sedut jer asap yang takde faedah tu..maka hilanglah silia-silia tu. Tapi korang tak perlu risau lagi pasal silia-silia ni tumbuh lagi.

Tapi yang perlu korang risau ialah bila dah lama sangat korang sedut menda alah tu sampaikan berkatalah tisu epitelium skuamus bersilia tu

"Aku tinggal kat trakea kau ni pasal xnak bagi habuk-habuk n segala bendasing-bendasing masuk tapi kau halau aku plak??!! Heh, sampainya hati kau yer.. Tapi takpe aku bersabar lagi buat muka tebal menempel kat trakea kau...Sampai lah..Kau memang sakit hati ngan aku kan..halau aku camtu..Takpe lah aku malas nak amik kisah pasal kau lagi. "

Maka ambil alihlah fibrin dengan menutupi lapisan dalam trakea tu. So tisu tu dah jadi licin. Apa-apa benda pun boleh masuk ke dalam paru-paru korang pasal dah takde penghalang lagi. Jadilah bermacam-macam penyakit kat korang.

So, aku nasihatkan..Jagalah diri korang tu, bagi kasih sayang kat diri sendiri tu. Tak payah la susah-susah nak merokok. Dah la buang duit, bagi penyakit pulak tu!! Sedarlah korang :)





Sunday, September 18, 2011

Kerusi atau Kerusi Meja?

Assalamualaikum...


Apa khabar korang? Hujung-hujung minggu mesti banyak yang lepak-lepak ngan family or member-member kan..sama la aku..Siap dapat pancing ikan lagi.. Hakhakhak

Tapi yang tak bestnya, bila pergi kat tempat camtu.. Aduhaii sakit mata nengok aksi-aksi terlebih mesra pasangan yang aku jumpa tu. Kalau boleh satu badan nak ukur. Hee geram rasa. Nasib baik jugak laa dorang ni bukan Orang Melayu..Kalau tak.... Heh Memang nak kena laa... Tapi takkan la menda sebegitu pun nak dipertontonkan.. Malu la sikit kat orang lalu-lalang..

Ok la tajuk asal aku nak cakap benda lain tapi dah tersasul benda lain..

Baru aku tau ada perbezaan mengenai kenduri kat pantai timur dengan tempat lain. Rupanya masa kenduri negeri-negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Selangor n negeri-negeri yang bukan pantai timur makan menggunakan meja. Tak sama dengan negeri-negeri pantai timur seperti Terengganu, Kelantan yang makan dengan duduk atas kerusi jer..

Tapi apa bezanya aku tak tau. Mungkin adat. Kalau ada yang tau boleh kongsi cerita.

Sekian sahaja entry aku yang entah pape ni.. And korang..Doakan aku berjaya dalam exam yang akan datang ni yer... InsyaAllah :)


Thursday, September 15, 2011

Hasil Kerja Ngok Ngek Aku

Assalamualaikum...


Sekian lama beraya di rumah, tiba masanya untuk aku kembali belajar. Huhu. Hidup mesti diteruskan. Ceh. Emosi pulak :) Haha. Exam da nak dokat laa.. Buat para-para semua-semua calon-calon candidate yang bakal menduduki peperiksaan..Tak kira la PMR/SPM/IPTA/IPTS/KOLEJ atau peperiksaan kenaikan pangkat...

Aku ucapkan...... 
SELAMAT BERJAYA, BUAT YANG TERBAIK, INGAT USAHA KORANG SELAMA INI!!!

Kononnya semalam nak buat assignment laa tapi sambil mencari bahan aku n sahabatku yang sama kepala, sama organ tapi tak sama nama ni terjumpa, tertengok video-video pasal.. Haha future lagi!!! Hasilnya...


Sekian sahaja untuk hari ini... :)

Thursday, September 8, 2011

Tahap Kepercayaan Anda Sesama Manusia

Assalamualaikum...


Hari ni betul-betul mencabar tahap kesabaran aku. Tapi alhamdulillah ujian ni masih lagi dapat diharungi. :)

Kepercayaan mudah sekali diletak pada wajah yang polos dan nampak baik. Tapi wajah itu juga boleh menikam belakang kita. Adoiii. Sekali kepercayaan itu telah hilang, kita tidak akan mempercayainya lagi.

Aduhaii.. Susahnya rasa nak percaya kat orang walaupun orang tu nampak nice. Aku sendiri pun tak berapa yakin lagi-lagi terhadap kaum berbeza jantina. Hehe. Tambah-tambah selepas tengok apa yang berlaku di sekeliling aku..lagi la aku susah nak percaya pada orang..Eh tercerita pasal aku pulak. Haha. Well, ambil sebagai langkah berjaga-jaga yer.

Sama jer la bila tiba-tiba ada orang mempromosi something..Memang sure la rasa nak pergi dari situ, kan tak percaya pada dorang ni.. Sekali aku pernah kena. Huhu..masih tak dapat lupakan tapi semua yang berlaku ada hikmahnya. :)

So untuk memupuk kepercayaan tu amatlah susah tapi once orang tu dah percaya kat kita jangan cuba atau ada hati nak buat sesuatu yang boleh hilangkan kepercayaannya pada kita. :)


Tuesday, September 6, 2011

Istilah dahulu dan sekarang :)

Manusia diciptakan berpasangan bagi saling melengkapi kekurangan yang terdapat pada diri masing-masing. 


Jika dahulu, umur yang muda bukan penghalang untuk membina masjid malah pada umur itulah waktu yang sepatutnya. Jika dahulu, perkahwinan bertujuan untuk mengembangkan zuriat dan generasi. Jika dahulu, perkahwinan tidak memandang pada pelajaran dan harta benda tetapi pada kebaikan dan kesopanan diri.

Tapi dunia hari ini jauh berbeza. Umur yang muda perlu digunakan untuk belajar sehingga cemerlang dan mencapai taraf hidup yang baik. Hari ini juga terdapat perkahwinan untuk merapatkan hubungan perniagaan, persahabatan, nafsu, cinta dan mengelakkan dari berlakunya maksiat.

Walaubagaimanapun, kedua-dua zaman sebenarnya ada kebaikan dan keburukannnya. Fikir-fikirlah sendiri :)

Hati aku sedih mengenangkan sikap sesetengah manusia hari ini terutama anak-anak muda. Mereka menjalinkan hubungan cinta tapi aku bukan nak marah dorang pun and dorang pasti dah tau mana buruk. Cuma bila mereka ni bercinta, mereka bersikap lebih-lebih, berpegangan tangan segala n ada jugak yg berpeluk-peluk seolah-olah mereka ni memang dah confirm and pasti akan bersatu. Tapi sekali hubungan tu dah putus, segala-gala yang ada dah hilang, menangis air mata darah sekalipun dah tak berguna lagi.

Tambah menyakitkan hati bila depan mata aku sendiri, mereka-mereka ni berpegang-pegang n 'mesra-mesra' seolah-olah dunia ni mereka yang punya. Lagi mengecewakan bila benda tu berlaku dalam bulan yang penuh keberkatan seperti Ramadhan. Tolonglah hormat sikit bulan Ramadhan tu. (Emosi terlebih)

Kata-kata seseorang yang aku kenali...
"Aku takut untuk meyayangikan seseorang itu melainkan dia adalah jodohku. Bila hatiku telah menyayangi seseorang tu, tiba-tiba suatu hari perhubunganku dan dia terputus, aku takut dikecewakan. Aku juga khuatir jika dia berpura-pura meyayangiku kerana hanya ingin menguji dan mempermainkanku."

Bila difikirkan secara logik ada jugak betulnya tapi sebenarnya disebalik sebuah kekecewaan terdapat kenikmatannya dan disebalik suatu kejadiannya pasti ada hikmahnya. Tapi tanpa mengenali kaum jantina yang berbeza dengan kita, susah untuk berjumpa dengan jodoh kita. Apa yang berlaku adalah Qada' dan Qadar.

Ada baiknya bagi seawal usia ini kita cuba berkenalan dengan teman-teman kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi di kemudian hari. Malah, arus perjalanan akan membawa kita mengenali lebih ramai orang. So, korang..paham-paham la apa yang aku maksudkan kalau tak paham boleh aje tanya.< (^_^)Y

Alahai..banyak pulak entry aku berkaitan jodoh-jodoh ni. =P Haa lupa pulak, alang-alang bulan Syawal ni kan kebanyakkan orang buat kenduri kahwin. Selamat Pengantin Baru bagi yang baru mendirikan masjid tu yer :)

P/S: Jika entry aku ni ada yang menguris hati sesetengah pihak, I'm sorry. Yang baik dijadikan pengajaran dan yang buruk dijadikan teladan. :)

Mahar Cinta by Devotees

Monday, September 5, 2011

Antara nasihat Lukman Al-Hakim

Assaamualaikum..


Ini adalah antara nasihat Lukman Al-Hakim yang aku dapat masa haluansiswa di UM. Sedih pulak bila teringat kt UM. Takpe hidup perlu diteruskan. Ceh emo la plak.. :)

  1. Orang yang sentiasa terbuka untuk menerima nasihat, maka dia akan mendapat penjagaan daripada Allah Taala.
  2. Jauhi sifat dusta kerana sifat tersebut mudah dijangkiti.
  3. Janganlah engkau condong kerana urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja.
  4. Bila mana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dengan kemarahan itu, dia masih berusaha menginsafi kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan.
  5. Bergaulah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikan kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya.


Perempuan yang baik untuk Lelaki yang baik dan sebaliknya.

Assalamualaikum dan selamat pagi :)


Lepas subuh, kononnya nak study tapi dah terlayan FB plak. Adoyaii macam mana nak study. Hehe. 






Bestnye hidup bila dapat jadi wanita solehah. Dengan keadaan dunia sekarang, bermacam-macam dugaan yg kita perlu hadapi. InsyaAllah dengan keteguhan keimanan dihati dapat jugak diharungi cabaran-cabaran tersebut. (apa terbelit2 ayt aku ni)

-Wanita solehah buat suami yang soleh- :) 

Betul ke statement di atas? Hanya anda sendiri mengetahuinya. 

Actually, ramai orang cakap dan berpandangan bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. So, bagi yang kurang baik tak dapat la perempuan/ lelaki yang baik? Sebenarnya tanggapan tu salah sama sekali.

Dalam Al-Quran ada menceritakan mengenai kisah Saidatina Aisyah r.a. yang berkaitan dengan statement ni. Aku tak berapa ingat full story tapi apa yang penting..kerjasama..eh tetiba masuk part wonderpet. Sewaktu dalam perjalanan, kalung Aisyah tercicir lepas tu Aisyah mencarinya. Tentera-tentera yang membawa Aisyah tidak menyedari bahawa Aisyah takde, tertinggallah beliau. Terdapat pula seseorang yg pulang ke tempat perhentiaan Aisyah tu dan mengenali diri Aisyah.

Dan, tak lama lepas tu tentera-tentera tu baru perasan yang Aisyah takde lalu mencarinya. Malangnya, mereka ni ternampak Aisyah dan ar-rajulun berduaan tanpa mengetahui keadaan sebenar. Lalu, ianya menimbulkan fitnah bagi mereka berdua.

Disebabkan tu jugak la, Rasulullah tak bercakap dengan Aisyah walaupun tahu Aisyah tidak bersalah. Lalu turunlah ayat yang mengatakan bahawa Aisyah tidak bersalah.

Cerita sebenar korang boleh baca di sini yer. Fitnah terhadap Aisyah r.a.

Sebenarnya aku nak cakap, Rasulullah adalah lelaki yang baik so isterinya, Aisyah r.a. mestilah wanita yang baik. So jika anda mendapat suami yang baik, nyatalah anda sebenarnya juga baik. And jika anda mahu lelaki yang baik apa salahnya anda berubah ke arah kebaikan dan begitu juga bagi lelaki.

Sekian..

p/s : Aku mintak maaf. Ayat aku agak terbelit-belit. And jika cerita aku di atas tak berapa betol tolong tegur aku yer. Sesungguhnya aku ni hanya insan biasa yang sering membuat kesalahan. And sorry jugak kalau ada yang terguris hati. :)








Friday, September 2, 2011

Tetamu oh Tetamu

Assalamualaikum Pembuka Bicara...

Aku ada satu pengalaman nak kongsi pasal raya ni tapi takde la pasal pengalaman sangat. Hehe. Actually bila jer raya ramai kot yang datang rumah and tugas aku wajib harus sunat dan tidak haram pasti la kerjanya kat dapur.(perasan rajin) =P

Bila satu family datang tu tahan lagi tapi bila berpusu-pusu datang aku pun mula la rasa nak lari jauh-jauh. Haha teruk punya orang. Takde la, aku still buat semua yang patut tapi dalam hati tu isk3 rasa cam tak ikhlas plak. Sedih betoiii.

Satu hari aku dapat satu nasihat ni. Actually kita patut gembira dengan kehadiran tetamu ke rumah kerana dorang ni membawa kebaikan kepada kita seperti :-

1- Rezeki diluaskan oleh Allah S.W.T.
2- Diberikan kerberkatan umur


Sabda Rasulullah S.A.W. "Barang siapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung silaturahim. (muttafaqun alaih)

3- Dirinya akan dikasihi oleh Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah S.A.W. " Orang-orang yang suka berkasih sayang sesama mereka akan mendapat kasih sayang Allah. Berbalas kasihlah dengan penduduk bumi nescaya Allah yang berada di langit mengasihimu. Hadis riwayat Al-Tarmizi disahihkan oleh Al-Albani.


So, korang dan juga diri aku sendiri jangan la tak suka bila tetamu datang yer..Tetamu datang membawa keberkatan. Kita perlulah memuliakan tetamu :)




Raya Sekarang..

Assalamualaikum...


Pabila semua umat Islam menyambut raya dengan gembiranya ada jugak yang menyambutnya dalam duka. Aku dengar kat radio tadi, banyak pulak statistik kemalangan jalan raya. Ayuhaiii...

"Wahai penunggang dan pemandu sekalian..bawak kereta tu berhati-hatilah.. Ingat orang yang tersayang. Jangan suka-suki bawak kete camtu jer." -Nasihat yang selalu didengari oleh masyarakat hari ni.

(Apasal ayat skema sangat hari ni?) =P

Tiap kali raya ape yang korang tunggu-tunggu? Meh aku teka.

-Duit Raya (Even da beso =P)
-Kuih Raya
-Baju Raya
-Raya Rumah Orang
-Jangan korang jadi HANTU RAYA suda....

p/s: Actually aku tak tau nak post ape tapi hati terasa nak post something jugak. Hehe. So aku merapu di sini laa... Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin :)