Assalamualaikum pembuka bicara...
Hari ni terpaksa bersoal-jawab dengan MA kk12 semata-mata nak dapatkan MC. Hehe. Ni bukan sebab malas pergi kelas ke apa tapi kerana sakit yang mendatang terpaksa juga tebalkan muka ni nak mintak MC. Takde la ni sesaje je nak tulis. Bukan ni yang aku nak bincang hari ni tapi soal bahasa...^^
Hari ni, kalau kita tengok sesetengah orang suka menggunakan perkataan yang tak elok digunakan seperti yang korang dengar pasti bernanah telinga. Bahasa ni sebenarnya menunjukkan diri kita yang sebenar. Lebih-lebih lagi kalau perkataan tersebut (bad words) dikeluarkan dari mulut seorang muslim, pasti tidak enak didengar.
Ni satu lagi dalam penulisan pun ada jugak la perkataan yang sama maksud tapi susah nak sebut sampai terbelit lidah dibuatnya. Contohnya mnx (minta), kao(kau), sowam (sorang) and etc. Kalau nak cerita lagi banyak contoh pelik-pelik. Bila jer terjumpa perkataan macam ni mula la terkontang-kanting nak baca dah ambil beberapa minit untuk satu ayat. Tak ke seksa tu. Kesian kat pembaca.
Ni aku sertakan satu video..Tengok sendiri. Enjoy yer..
Ini fakta, aku tak berniat nak kutuk siapa-siapa tapi cuba la ubah. Bahasa melambangkan keindahan diri. Macam kata-kata tu "Budi Bahasa Budaya Kita". Eh, ada kaitan ke. Hehe takpe la bunyi hampir sama.
I'm not perfect too but if i've to change myself before advise others then it will take a time because i'm just a normal human. Ada orang kata "Eh, dia ni tau nak nasihat orang jer. Diri sendiri bukan baik sangat pun". Kalau macam ni la sampai bila-bila pun kita tak dapat nak menasihati orang kerana kita ni manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan.
Sekian buat masa ini....^^
0 comments:
Post a Comment