BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 21, 2011

Hati Aku Tergamam

Assalamualaikum..Apa khabar?..Harap sihat la yer semua..^^

Hari ni aku baru balik dari rumah makcik aku, kerjanya nak habiskan cuti hujung minggu even tutorial and assignment agak melambak.Hehe. Tapi takpe la sekali-sekali kena juga rehatkan minda. ^^

Masa aku kat rumah makcik aku tu, ada la satu peristiwa ni yang membuatkan aku rasa tergamam, berdebar, terkejut, dan macam-macam rasa yang membuatkan orang rasa nak lari dari situ. Di satu pondok kecil, aku rehat-rehat dengan sepupu aku sambil bercerita, datang la budak-budak mengelilingi aku pasal nak dengar cerita aku. Hoho. Dan ini menyebabkan aku careless kat sorang sepupu aku yang berumur 7 tahun ni. Dia ni pun satu hal tak msuk geng pula. So, aku biarkan dia, lagi pun dia bukan pergi main jauh, dalam pondok tu juga. Tiba-tiba, aku dengar ada la orang tengah gaduh. Alih-alih sepupu aku tu gaduh dengan sorang budak yang sama baya. Dan seraya itu juga, datang la mak dia dari pondok sebelah yang tengah lepak-lepak dengan geng makcik-makcik. Kalau korang fikir, makcik ni mungkin marahkan anak dia or nasihati anak dia nak bagi keadaan tu tenang kan??
Tapi yang buat aku tergamam, ni adalah dialog makcik tu..

Makcik: Kau (anak dia) senyap. Eh kau (sepupu aku) kenapa pukul anak aku hah??!!

Sepupu aku: Bukan saya buat, dia yang buat dulu.

Akak kat tangga: Ala, bukan anak kau yang mulakan dulu, budak(sepupu aku) tu haa yang start pukul dulu.

Makcik: Ooo..Beranai kau pukul anak aku hah, IBU SETAN!! Kau jangan lagi datang rumah aku (sambil menunjuk-nunjuk muka sepupu aku).  Dan kau (anak dia) jangan lagi kawan dengan dia.

Then, sepupu aku ni sambil menangis sambil jalan tup-tup terlanggar kawan dia dengan tak sengaja. Kemudian, berkata la sorang lagi makcik ni "Ohh, lepas pukul budak tu, kau nak pukul anak aku pulak yer?!!". Aku apa lagi, terus ajak sepupu-sepupuku balik, tak tahan dah dengar cemuhan-cemuhan yang takde insurans tu.

Kalau ikut cerita sebenar, aku sendiri tak tau salah siapa sebab waktu tu aku careless tengah bercerita kat budak-budak lain. Tapi kat sini, aku rasa tak patut makcik yang dah lama makan asam garam, dah berumar, dah matang memaki-hamun seorang budak yang berumur 7 TAHUN dan MASIH MENTAH dengan kata-kata yang agak kesat. MasyaAllah, aku sendiri tak tau ape nak jadi dengan zaman sekarang ni.

Kemudian, aku dengar rupa-rupanya makcik ni memang macam ni suka sumpah orang. Disebabkan itu jugalah, anak dia tak ramai kawan. Kesian pulak, disebabkan sikap ibu, anak yang merana. Jagalah bahasa, makcik ooii. Buat malu kaum aje.

Sepatutnya seseorang tu walau dalam keadaan marah sekali pun tak patut cakap macam tu terhadap seorang kanak-kanak yang tak tau apa-apa. Budak-budak biasa la tu kalau gaduh-gaduh pastu nangis. Kebiasaan ibu menasihati anaknya dengan baik. Walau tak nampak salah anaknya, tapi memang tak patut maki seorang budak macam tu, macamla budak tu jer yang salah.

Agak-agaknya kalau korang berhadapan dengan orang macam ni, apa korang buat??

8 comments:

menusuk hati said...

o...me "nyetan2" kan orng ni samalah dgn mengkafirkan org lain..awasi ucpn anda sebelum terkafir tanpa disedari.. ntri terbaru dekat sini

Miss EZ said...

eh yeke cmtu..bhya btol ucpan kita ek..

menusuk hati said...

n banyak lg..jd,ht2lh slu sb apa yg d ucpkn bo menggambarkan akhlak kita

(oh !@#$% mak kau besar)tiba2 melatah

Miss EZ said...

btul tu pakcik..hoh0..mmg tkejut gler ble duk dpn makcik tu..cm x tau nk buat ape..blurr smcm..lps tu mr rse nk p marah blk..tp muka dia cmne tah..dh x ingt..haha

Echa Rashid said...

aku igt org muda je kuang ajaq..ade jgak la camni...=,=''

Miss EZ said...

tau xper..mcm2 la org skang ni..haih..xtau ape nk jd..

mirzdenz said...

setiap org de kekhilafan masing2..
sbg sudara knela slg ingt-mengingati..
ckup syg kalu wajah yg cntik hati yg bersih trsbtdihumbn kdlm azab ilahi...
so cik blogger nsht2 la dgn hikmah makcik2 trsbt ye.. :)

Miss EZ said...

insyaAllah..nasihat utk saling mengingati..n kalau nasihat tu xjadi..berdoalah agar diri kita dijauhi dari melakukan perbuatan mcm tu walaupun cara berdoa adlh selemah-lemah iman :)