BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 4, 2012

Puding Triffle

Assalamualaikum and heppiii holiday uolss!! ^^


Cuti memanjang ni tak yah gatai-gatai nak buat tahi mata la. Haha. Baik kita buat benda-benda ada faedahnya kan. Contohnya, pi kemas rumah hang tu macam tongkang pecah dohh ehh!! Contoh tu bukan fakta. Pape aje la yang patut ek.

Sejak dua menjak ni ramai pulak yang mintak resepi PUDING TRIFFLE dengan aku. Aku pun pakai internet punya gak tapi takpe la pasal internet punya banyak sangat. So, aku kongsi sikit yang aku selalu guna ni.

Bahan-bahannya..

1. Tepung Kastard (3-4 sudu besar)


2. Serbuk Agar-agar


3. Susu Cair (1 tin)


4. Gula (ikut rasa lidah anda tapi 1-2 sudu dah cukup kot sbb air buah dah manis)


5. Buah-buah Koktail (Air dan buahnya diasingkan)

6. Kek Gulung


7. Semangkuk AIR PANAS & AIR SEJUK

Cara-caranya ialah :

  1. Susu cair dipanaskan bersama gula dengan api yang kecil.
  2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk kemudian bancuhan tersebut dimasukkan ke dalam susu cair yang mendidih. Masak hingga pekat.
  3. Sambil menunggu kastard pekat, susun kek gulang di dalam mangkuk. Hiasan mengikut cara tersendiri. Kemudian basahkan kek tadi dengan air koktail.
  4. Taburkan buah-buahan mengikut kehendak hati.
  5. Setelah kastard pekat, masukkan ke dalam mangkuk kek tadi.
  6. Tungguh hingga kastard sejuk.
  7. Setelah itu, bancuh jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga larut. *Tak larut nanti atas puding korang jadi air je takkan keras.
  8. Tuang jeli di atas kastard perlahan-lahan. Jika laju, lapisan kastard mungkin pecah. 
  9. Bila dah sejuk sila makan. Untuk hasil lagi best sejukkan dalam peti ais. 

**Hiasan puding ni macam-macam ada. Untuk hasil lebih kreatif sila rujuk MR. GOOGLE not me..Haha



Fuhh nampak best kan... So, Selamat Maju Jaya buat mereka yang mencuba..^.^.^















0 comments: