BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 16, 2013

Say Alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar korang? Kesibukan dan kemalasan aku tak sempat nak update blog. Muahahaha...Sabau aje la..

Emm, korang pernah tak...

ding ding dong...hehe..>main-main tulis pulak haih<

...Pernah tak mensyukuri nikmat kehidupan yang korang ada sekarang ni? 

Jika tidak mulalah belajar bersyukur walaupun korang terlalu taksub dengan kehidupan dan pekerjaan yang korang buat, belajarlah bersyukur dengan nikmat yang ada. Sebab kita sebagai hamba Allah di muka bumi ni tak akan tahu apa yang akan berlaku pada kita di masa depan nanti.

Sebab apa??? Tiba-tiba pulak aku buka cerita bab ni kan..Sebenarnya...

Di suatu tempat aku sedang berada sekarang, sekadar memerhati mereka-mereka yang kurang bernasib baik dengan kehidupan mereka. Mereka tidak mampu menguruskan diri mereka sebaiknya bukan kerana cacat anggota tapi tidak mampu berfikir dengan sempurna seperti seorang manusia normal. 

Mereka-mereka yang aku jumpa ni usianya dah boleh kahwin, pangkat datuk nenek, dan kanak-kanak pun ada.

Dengan keadaan mereka yang tidak boleh diterima oleh masyarakat, lagi buatkan mereka ni rasa terasing. Tapi alhamdulillah dengan bantuan yang diterima, mereka dapat meneruskan kehidupan.

So, setinggi mana korang berada, sehebat mana kehidupan korang sekarang, jangan terlalu angkuh kerana Allah boleh tarik semua tu bila-bila masa sahaja.

Bak kata seorang hamba Allah ni, hari ni kita dapat makan dengan sempurna, dapat berpakaian kemas dan belajar dengan baik tapi hari esok siapa tahu kita ni bagaimana. Keadaan macam tu la yang jadi kat hamba Allah tu. -Tersentuh masa dengar dia cakap gitu :'( 

Tiba-tiba ayat aku jadi skema. Haha. Tu jela pengalaman yang aku nak cerita. Tapi kalau korang pening dengan point aku ni hehe mintak maaf la yer. Aku takleh nak cerita direct sekadar kias-kias boleh la kot. Muhasabah diri buat seketika yer kawan-kawan.

*Buat mereka-mereka ini jangan bersedih dengan keadaan kamu kerana disebalik 'hujan ribut petir' yang menimpa kamu Allah telah menyediakan 'pelangi' untuk kamu.



3 comments:

Nurul Ain said...

Pelangi tu kdg2 x dpt kat dunia.. dpt kat akhirat.. y baik tu dtg dr Allah.. y buruk 2 hasil pbuatan kite sndr..

Nurul Ain said...

Pelangi tu kdg2 x dpt kat dunia.. dpt kat akhirat.. y baik tu dtg dr Allah.. y buruk 2 hasil pbuatan kite sndr..

Miss EZ said...

yapp btol tu...