BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 5, 2011

Sesiapa yang ingin mencari JODOH??

Sambil duk melayan bosan tadi, tiba-tiba terlintas la nak tulis doa ni. Ni sebenarnya Doa Istikharah. Macam yang korang selalu dengar, solat istikharah biasanya orang buat masa nak pilih jodoh kan. Tapi sebenarnya takde la spesifik untuk pilih jodoh jer tapi sebenarnya untuk memohon petunjuk dari Allah S.W.T. apabila kita berasa ragu-ragu untuk memutuskan sesuatu. Untuk solat istikharah ni kita boleh juga amalkan doa ni. Doa ni kalau tak silap aku diajar oleh Rasulullah S.A.W. sebagai doa untuk meminta petunjuk dalam sesuatu perkara penting. 


"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kekuatanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. 

Ya Allah, jikalau dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkat kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan ini buruk untukku dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku serta takdirkanlah untukku yang baik-baik sahaja di mana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu"

Dan juga untuk korang yang masih dalam dalam pencarian jodoh, bak kata ustazah aku, KORANG BOLEH AMALKAN DOA INI DARI SEKARANG....^^



3 comments:

mirzdenz said...

sy nk cari jdoh..nie prgrm cari jdoh k? hu3

Miss EZ said...

alamak jgn tersalah sgka..ni bkn progrm cari jodoh <(^_^)Y nk cari jodoh...erm x tau la..hehe buat la ape yg patut..

mirzdenz said...

like post nie..mohon share :)