Pada suatu hari, terdapat seekor monyet sedang berkebun di belakang rumah Pak Itam. Dia bercadang untuk menanam pokok rambutan. Lalu, dia mengambil kulit rambutan dan menanamnya di dalam tanah. Perbuatannya di lihat oleh seekor arnab. Kemudian berlakulah perbualan yang berikut.
Sang Arnab : Eh, Sang Monyet kamu sedang buat apa tu?
Sang Monyet : Oh, Sang Arnab. Saya hendak menanam pokok rambutan. Eii, geram betul tengok pokok rambutan rumah sebelah tu. Ranum betul.
Sang Arnab : Tapi saya nampak kamu tanam kulit rambutan sahaja,kan?
Sang Monyet : Aah, kulitnya pun boleh hasilkan pokok rambutan jugak kan?
Sang Arnab menepuk dahinya dan menggelengkan kepala.
Sang Arnab : Aduyaii, mana ada orang tanam kulit buah untuk hasilkan pokoknya. Orang tanam bijinya atau anak pokok.
Sang Monyet : Erk, begitu ke? Hehe. Malu saya. Terima kasih Sang Arnab. Kalau tak, saya dapat cucu pun belum tentu pokok rambutan saya akan tumbuh.
MORAL of THE STORY
- Malu bertanya sesat jalan...Kuang-kuang-kuang...
- Hargailah asal usul kita (Jangan Lupa Diri)
- Menegur biarlah dengan cara yang sopan
Sekian sajer . . . . . . . .
0 comments:
Post a Comment