BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 12, 2011

Cegah Ia Sebelum Terlambat

Assalamualaikum...


Aku ada satu apa ek nak panggil..cerita kot..actually seseorang yang penting dalam hidup aku ada memberitahu mengenai cerita ni..

Cuba korang bayangkan apa akan jadi bila korang biarkan sudu besi yang bersinar tu ditimpa hujan dan berpanas selama 2 hari..(ayt keling jer bunyi xpe asal paham) Haha. Mesti berkarat punya tapi bila dikikis semula, confirm karat tu boleh hilang lagi tetapi tidak jika dibiarkan selama 2 bulan..pastinya sudu besi tu pulak yang rosak atau sewaktu dengannya..

Pastu jika kita sakit dan terus mendapatkan rawatan secepat mungkin..insyaAllah sakit kita akan hilang tapi jika kita membiarkan sakit itu untuk tempoh yang lama..mungkin harapan untuk penyakit kita tu sembuh agak tipis...

Bila aku fikir semula...perumpamaan ini samalah nak  dibandingkan dengan diri kita...

Jika kita mendekati maksiat...teruslah bertaubat kepada Allah secepat mungkin..InsyaAllah kita dapat kembali pada jalan yang betul..Janganlah membiarkan diri kita bergelumang dengan maksiat untuk tempoh yang lama kerana kelak akan memakan diri kita sendiri.

P/S: Sama-samalah kita memperingati diri sendiri dan yang lain. Semoga Allah menguatkan iman kita untuk menghadapi cabaran duniawi.



2 comments:

Aleen Aiden said...

yup2,sama2lah mengingati sesama kite.xrugi pon..insyaAllah 2 2 dapat manfaat.kan3?hee

Miss EZ said...

yup...btui tu :)