BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 21, 2011

Apa guna korang merokok?

Assalamualaikum...


Apa khabar korang? Khabar aku? Hehe..Sihat Alhamdulillah..

Hmm hari ni aku nak bongkarkan satu rahsia.. Ceh rahsia laa sangat. Maybe ada antara korang yang dah tau and maybe gak ada yang tak tau. So aku nak jugak inform kat korang. Eh, terlebih panjang plak pembuka kata, isi nyer kosong. Haha

Korang mesti tau akibat merokok jadi camne kan? Orang kata hati jadi hitam la buruk la..Last-last boleh bawak maut juga. Korang tau tak kat trakea korang tu ada tisu epitelium skuamus bersilia yang menghalang habuk-habuk dari masuk ke dalam paru-paru korang. Tapi once korang asyik duk sedut jer asap yang takde faedah tu..maka hilanglah silia-silia tu. Tapi korang tak perlu risau lagi pasal silia-silia ni tumbuh lagi.

Tapi yang perlu korang risau ialah bila dah lama sangat korang sedut menda alah tu sampaikan berkatalah tisu epitelium skuamus bersilia tu

"Aku tinggal kat trakea kau ni pasal xnak bagi habuk-habuk n segala bendasing-bendasing masuk tapi kau halau aku plak??!! Heh, sampainya hati kau yer.. Tapi takpe aku bersabar lagi buat muka tebal menempel kat trakea kau...Sampai lah..Kau memang sakit hati ngan aku kan..halau aku camtu..Takpe lah aku malas nak amik kisah pasal kau lagi. "

Maka ambil alihlah fibrin dengan menutupi lapisan dalam trakea tu. So tisu tu dah jadi licin. Apa-apa benda pun boleh masuk ke dalam paru-paru korang pasal dah takde penghalang lagi. Jadilah bermacam-macam penyakit kat korang.

So, aku nasihatkan..Jagalah diri korang tu, bagi kasih sayang kat diri sendiri tu. Tak payah la susah-susah nak merokok. Dah la buang duit, bagi penyakit pulak tu!! Sedarlah korang :)





Sunday, September 18, 2011

Kerusi atau Kerusi Meja?

Assalamualaikum...


Apa khabar korang? Hujung-hujung minggu mesti banyak yang lepak-lepak ngan family or member-member kan..sama la aku..Siap dapat pancing ikan lagi.. Hakhakhak

Tapi yang tak bestnya, bila pergi kat tempat camtu.. Aduhaii sakit mata nengok aksi-aksi terlebih mesra pasangan yang aku jumpa tu. Kalau boleh satu badan nak ukur. Hee geram rasa. Nasib baik jugak laa dorang ni bukan Orang Melayu..Kalau tak.... Heh Memang nak kena laa... Tapi takkan la menda sebegitu pun nak dipertontonkan.. Malu la sikit kat orang lalu-lalang..

Ok la tajuk asal aku nak cakap benda lain tapi dah tersasul benda lain..

Baru aku tau ada perbezaan mengenai kenduri kat pantai timur dengan tempat lain. Rupanya masa kenduri negeri-negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Selangor n negeri-negeri yang bukan pantai timur makan menggunakan meja. Tak sama dengan negeri-negeri pantai timur seperti Terengganu, Kelantan yang makan dengan duduk atas kerusi jer..

Tapi apa bezanya aku tak tau. Mungkin adat. Kalau ada yang tau boleh kongsi cerita.

Sekian sahaja entry aku yang entah pape ni.. And korang..Doakan aku berjaya dalam exam yang akan datang ni yer... InsyaAllah :)