BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 9, 2011

Cinta Si Rama-rama^^

Pada suatu ketika dahulu, ada seekor rama-rama berpindah ke tempat yang lebih banyak makanannya. Seminggu di sana, rama-rama itu meminati seekor pepatung. Namun, rama-rama itu tidak dapat mendekati pepatung tersebut kerana berlainan jenis. Kerana diselubungi perasaan malu, rama-rama itu tidak cuba meluahkan perasaannya. Hari-hari yang dilaluinya hanya digunakan untuk mencari makanan sebanyak-banyaknya.


Tidak lama kemudian, rama-rama itu mendapat peluang untuk mendekati pepatung itu, tetapi tidak juga digunakan untuk merapatkan lagi hubungannya dengan pepatung itu. Mereka hanya berkenalan sekadar teman biasa iaitu teman berlainan jenis.


Rama-rama itu sentiasa mengambil tahu tentang keadaan pepatung itu. Pepatung itu pula tidak sedar bahawa dirinya mempunyai peminat rahsia. Setiap kali rama-rama itu bertembung dengan pepatung yang diminatinya, dirinya cuma berlagak biasa. Jika rama-rama itu tahu di mana pepatung tersebut berada, dia cuba untuk mengelakkan diri dari berjumpa dengan pepatung itu.


Lama-kelamaan rama-rama itu sedar bahawa tidak sepatutnya dirinya meminati kaum yang berlainan jenis. Walaupun begitu, perasaannya untuk meminati pepatung itu tidak dapat dibendung jua.


Akhirnya, rama-rama tersebut mengambil keputusan untuk hidup dengan apa yang ada. Perasaannya pada pepatung itu hanya diletakkan jauh di sudut hatinya tapi masih berharap pepatung itu akan mengetahui perasaannya.

Wednesday, January 5, 2011

Hayatilah..^^



Suatu hari, Imam Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

Ia bertanya : “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Mereka menjawab:”Orang tua, guru, kawan, dan sahabat.”
Ia menjawab: “Benar, tapi yang paling dekat dengan kita adalah mati. Sebab setiap yang bernyawa pasti akan mati.”

Lalu ia meneruskan:”Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Mereka menjawab:”Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang.”
Ia menjawab: “Benar, tapi yang paling jauh adalah masa lalu. Dengan cara apapun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.”

Kembali Imam Ghazali bertanya:”Apa yang paling besar di dunia ini?”
Mereka menjawab:”Gunung, bumi dan matahari.”
Ia menjawab: “Semua benar, tapi yang paling besar adalah nafsu. Kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.”

Selanjutnya: ”Apa yang paling berat di dunia ini?
Ada yang menjawab:”Besi dan gajah.”
Ia menjawab: “Semua jawaban benar, tapi yang paling berat adalah memegang amanah.”

Pertanyaan kelima: ”Apa yang paling ringan di dunia ini?
Ada yang menjawab: kapas, angin, debu dan daun-daunan.”
Ia menjawab: “Semua benar, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita meninggalkan solat.”

Dan terakhir: ”Apakah yang paling tajam di dunia ini?
Mereka menjawab serentak: “Pedang.”
Ia menjawab: “Benar, tapi yang paling tajam adalah lidah manusia. Kerana lidah, manusia selalu tajam menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.”