Pada suatu ketika dahulu, ada seekor rama-rama berpindah ke tempat yang lebih banyak makanannya. Seminggu di sana, rama-rama itu meminati seekor pepatung. Namun, rama-rama itu tidak dapat mendekati pepatung tersebut kerana berlainan jenis. Kerana diselubungi perasaan malu, rama-rama itu tidak cuba meluahkan perasaannya. Hari-hari yang dilaluinya hanya digunakan untuk mencari makanan sebanyak-banyaknya.
Tidak lama kemudian, rama-rama itu mendapat peluang untuk mendekati pepatung itu, tetapi tidak juga digunakan untuk merapatkan lagi hubungannya dengan pepatung itu. Mereka hanya berkenalan sekadar teman biasa iaitu teman berlainan jenis.
Rama-rama itu sentiasa mengambil tahu tentang keadaan pepatung itu. Pepatung itu pula tidak sedar bahawa dirinya mempunyai peminat rahsia. Setiap kali rama-rama itu bertembung dengan pepatung yang diminatinya, dirinya cuma berlagak biasa. Jika rama-rama itu tahu di mana pepatung tersebut berada, dia cuba untuk mengelakkan diri dari berjumpa dengan pepatung itu.
Lama-kelamaan rama-rama itu sedar bahawa tidak sepatutnya dirinya meminati kaum yang berlainan jenis. Walaupun begitu, perasaannya untuk meminati pepatung itu tidak dapat dibendung jua.
Akhirnya, rama-rama tersebut mengambil keputusan untuk hidup dengan apa yang ada. Perasaannya pada pepatung itu hanya diletakkan jauh di sudut hatinya tapi masih berharap pepatung itu akan mengetahui perasaannya.
Sunday, January 9, 2011
Cinta Si Rama-rama^^
Posted by Miss EZ at 00:37
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment