BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 19, 2013

Andai itu takdirNya

Assalamualaikum...


Haa siapa tengah cuti sekarang sila senyum lebar-lebar. Maklumlah haruslah mesti wajib happy kat rumah bersama family tersayang kan. And kalau siapa-siapa yang ada kerja tu, tunaikan la tanggungjawab anda sepenuhnya. Hehe..jangan sedih-sedih yer. (mentang-mentang la aku tengah cuti sekarang ni


Ehh, tiba-tiba pulak ada gambar ni kan. Hahaha. Sedang aku berdating dengan Dato Google Image anak Tan Sri Dato Dr Google, aku terjumpa gambar ni. So macam nice jer ayat-ayat dia kan. Hakhakhak

Haa, intipatinya...kita berkenalan, berkawan, berkapel dan ber-ber warga mak nenek semua tu dengan orang yang kita suka dan akhirnya hubungan tu direstui sehingga ke jinjang pelamin menandakan rezeki kita betul-betul bersama dengan orang yang kita sukai sejak dari awal lagi. Ya, satu kebahagiaan buat kita sebab kita mempunyai pilihan hidup yang tersendiri. Rupanya memang dia itu jodoh kita. 

Tapi sebaliknya, jika jodoh kita merupakan seseorang yang sangat asing dalam hidup kita, redhalah dengan ketentuanNya kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Disebalik sesuatu yang berlaku ada pelangi indah yang terselindung.

Andai tiba masanya, pasti jodoh kita akan sampai. InsyaALLAH

*Gara-gara topik teman tapi mesra saudara aku tu, tiba-tiba rasa nak tulis entry ni. Hahaha*

Monday, March 18, 2013

Sedikit Cerita

Assalamualaikum...


Nak PRU ni macam-macam tawaran ada. Haha takpe yang mana baik tu kita amik yer. Peace no Wo. Tapi bab PRU tu tolak tepi la dulu. Aku lagi kesiankan orang-orang kat Lahad Datu.

Mereka ni terpaksa tinggalkan kampung kesayangan mereka. Aku doakan mudah-mudahan mereka ni selamat dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T.

Dan juga mereka yang sanggup berkorban nyawa nak pertahankan dan menewaskan pengganas di Lahad Datu tu, moga mereka dicucuri rahmat olehNya.

Semangat patriotik la pulak kali ni..

Berbalik pada pengalaman aku sekarang, bersama-sama budak-budak sekolah rendah. Mak oiii nakalnya mereka ni. Yang jadi guru ni sebenarnya aku tabik spring la boleh layan budak-budak ni. Haha

Tapi yang tak boleh tahan budak-budak ni baru darjah 4 or 5 gitu tapi dah pandai buat flying kiss. Ish3 aku harap nanti dah besar panjang elok aje lah perangainyal.

Even ada yang nakal, ada jugak yang baiknya. Dan paling best jugak umur 7 tahun tapi dah pakai serban. Alhamdulillah baguslah tu, harapnya perangai pun macam fizikal luarannya lah.

Jeng jeng jeng. Ok lah dah malas nak taip..Idea takdak lerr..

Babai... :)