BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 28, 2011

Tiba-tiba Membunuh Secara Tak Sengaja

Assalamualaikum...


Ni masuk minggu kedua aku nak praktikal tapi bukan menda tu aku nak cakap pon. Itu biarlah berlalu nanti aku ceritakan lagi. :)

Hah, sebelum tu rasanya belum terlambat lagi aku nak ucapkan "Salam Maal Hijrah" buat umat Islam sekalian.

Ini kisah hobi aku. Erk, hobi ke? Erm, well boleh dikatakan sesuatu yang aku suka lakukan la. Aku suka bela ikan pelaga sejak aku kat UM lagi tapi tu la ikan yang aku bela kat UM tu umurnya tak panjang. :''(

Kirara

Ni ikan pertama yang aku bela. Masa tu aku tengah gilakan cerita anime Inuyasha, sampaikan ikan tu pun aku bagi nama Kirara. Haha. Waktu cuti semester aku bawak balik rumah tapi masa nak balik UM semula tup-tup tertinggal kat rumah. Ok, so kat rumah aku ingat mampu dijaga dengan baik la. Tapi malang tak berbau, ikan tu tak boleh hidup lama. Sebabnya, aku dengar cerita...Adik-adik aku tu pergi masukkan tangan dalam bekas ikan tu. Aduyaii macam mana tak mati, ekosistem dah terganggu. Sob sob sob....

Mizu

So, sebab aku memang suka bela ikan pelaga nih, aku beli lagi kat Mid Valley tuh. Kali ni aku namakan Mizu pasal warnanya biru. Ia ingatkan aku pada Mizuiro maksudnya biru dalam bahasa Jepun (kalau x salah). Mizu ni pun aku jaga dengan baik tapi nasibnya kurang baik kot, akhirnya mati jugak. Last-last aku kebumikan dia dengan flush ke dalam mangkuk tandas. Err, agak kejam la tapi siyes aku tak tau nak taruk mana. Nak tanam...entah ceruk mana boleh letak (byk lak alasan) =P

Aira

Hah, ikan ni special sangat bagi aku. Ramai giler kot sayangkan ikan ni sampai aku pun terpinggir. Haha. Warna ikan ni merah so aku namakan dia Aira. Bila kita cakap 'Hai Merah' maka aku pendekkan jadi Aira. Aira ni memang special sampaikan housemate aku hari-hari duk cakap dengan Aira. Aku fikir 'Aira ni tak tensen ke asyik dengar masalah orang jer?' Haha. Well, aku pun boleh kata memang selalu cakap dengan Aira walaupun aku tau dia bukan paham pun. Then, lately aku nampak Aira ni asyik landing kat atas batu dalam kolam jer. Pelik jugak and sebab tu la aku pun buat research. Ohh, sakit kot. So, aku pergi kedai beli garam biru seperti yang dicadangkan untuk ikan pelaga yang sakit. Pakcik kedai tu cakap taruk 2 sudu besar garam. Walaupun aku rasa macam tak logik, aku masukkan jugak garam tu. Wah, hepi aku tengok Aira aktif naik turun dalam bekas tu (walhal dia tengah kesakitan) :( And then aku ketiduran sampai petang. Bila bangun aku tengok Aira. Hah??!! Aira dah tak bergerak?? Dah mati?? Pembunuhnya?? Memang akulah yang menyebabkan Aira mati. Sob sob sob.. Sedih kot.. Err, bab ni pun aku rasa agak kejam. Pasal aku kebumikan dengan flush dalam tandas jer. Gulp, "Aira maafkan saya yer!!"


Ni lah Aira aku..

Lu'Lu'

Okey hari ni memang tidak diduga. Kebetulan aku ikut kawan aku beli makanan and jalan jauh sikit. Tup-tup jumpa kedai ikan. Tak pernah aku tau ada kedai ikan kat situ. Aku masuk and terus...hehe mencari spesis ikan pelaga. And aku nampak la sekor ikan ni. Cantik jer ekor dia. Kembang dan berkilat. Warna dia pun biru jugak. Mula-mula aku namakan Tutu. Tapi macam tak sedap jer, bunyi macam tikus pun ada. So, aku tukar namakan dia Michi. Tapi, kawan aku cakap nama tu macam pelik. Aku pun fikir memang betul jugak tu, asyik jepun jer. So, sebab warna dia biru macam blue aku tukar lagi letak nama Lulu. Dah fikir nama tu aku pun pergi solat. Hehe lepas solat jer aku terfikirkan perkataan Lu'Lu' (mutiara), Hah, cantiklah nama tu. Ada maksud and dari bahasa Arab. Ikan tu pun berkilat bersinar. Ada la kot macam mutiara. Haha bab ni memang rumit nak letak nama. Sampaikan lepas solat pun terbayangkan lagi. Haa, satu benda lagi. Masa aku pergi beli Lu'Lu' tu, aku tanya pakcik kat situ pasal garam biru. Pakcik tu cakap untuk bekas ikan macam aku ni cukup lah taruk teaspoon jer. Memang patut la Aira mati. TERLAMPAU BERASID!!! 

-----Okeh, konklusinya aku harap dapat jadi penjaga ikan yang baik----

Thursday, November 24, 2011

PENAT tapi dapat PENGALAMAN

Assalamualaikum...


Sejak mula praktikal ni, kehidupan aku pun dah berubah. Haha gaya macam baru kahwin ajer. Meh aku nak kongsi sikit pengalaman aku. >__<

MALAM SEBELUM PRAKTIKAL

Hati aku rasa excited sangat nak gi klinikal keesokan hari tu. Boleh aje aku rasa berdebar-debar and berfikir-fikir macam mana la aku esok. Malam tu memang tidur awal.

HARI PERTAMA PRAKTIKAL

Bila kaki aku mula melangkah kat tempat praktikal tuh (dalam hati 'bestnya!!'). Tapi aku and the geng memang blur pasal tak tau apa nak buat. So, kiteorang ikut ajelah apa yang senior-senior kehormat yang ada tu buat and tolong apa yang patut. Tapi bila dah berjam-jam, haih kaki aku dah rasa nak patah. Iyelah duduk pun tidak tapi kerja apa pun takde untuk dibuat. Dalam hati dah kira detik nak balik (bilalah jarum jam ni nak gi pukul 2). Bila dah balik, Haha katil jugak yang dicari. Last-last sume yang praktikal dengan aku jadi student-beauty buat seketika.

PRAKTIKAL SEKARANG

Bila dah masuk hari ke-4, penat tu dah biasa and takde apa sangat nak dibandingkan dengan apa yang aku dapat masa praktikal tu. Best jugak sebenarnya bila praktikal ni, macam-macam pengalaman aku dapat. And aku pun boleh paham macam-macam kerenah orang ada dalam dunia nih..

Itu sahaja pengalaman aku buat masa ni..

''Pengalaman lebih berharga dari kepenatan untuk mencari pengalaman tu"