BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 11, 2012

Usah bersedih jika belum mempunyai pasangan

Assalamualaikum...


Harap korang sihat selalu yer. :)
Aku nak kongsi satu gambar ni. Sweet jer kata-kata dia. Bagi korang yang ada pakwe/makwe mesti best rasa kan. Tapi buat mereka yang takde pakwe/makwe lagawa lagi nih.. Cuba baca kata-kata ni..


Allah telah menyediakan perancangan untuk kita. Dia lebih mengetahui segala-galanya. So, tidak usahlah kita bersedih jika belum mempunyai pasangan lagi. Kerana bercinta sebelum kahwin menyebabkan kemanisan bercinta itu pudar. Maybe sebab tu kot ada yang bercerai-berai tu. Tapi aku tak nafikan jugak ada yang kekal.

Kita dah dewasa, so kita tahu apa yang patut dan tidak patut dilakukan. Ye tak? <(^^)V

InsyaAllah ada rezeki, kita dapat jumpa jodoh awal..

Okeh, back to class and study. (=^__^=)


Sunday, June 24, 2012

Assalamualaikum..


Hai korang, apa khabar sume? Tetiba rasa nak update entry. Hahahaha. Mentang-mentang cuti da nak habis baru reti-reti nak update kot. Hmm...

Cuti oh Cuti..
Kenapa kau kejap sangat..
Mr. Pengarah bagi la cuti lagi!!

Haha, macam lah dia dengar kann. Ok la cukup-cukup la nak merapu pun. Sepanjang masa aku duk rumah ni banyak jugak aku buat mende yang aku tak biasa buat. So buat kaum-kaum Hawa sekalian yang mana sibuk dengan belajar tu, belajarlah masak time cuti-cuti gini tapi bagi yang dah pandai tu boleh upgrade lagi kan. Hehe.

Mostly benda baru aku buat memang bab masakan aje la tapi agaknya bagi mereka yang memang pandai masak agaknya memang simple jer kot bagi mereka ni..Haha resepi pulak banyak kut internet jer aku sapu. Pun boley jadi lah.

So lets try new things for a good life^^

Sekian, Wassalam......