BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 5, 2011

Antara nasihat Lukman Al-Hakim

Assaamualaikum..


Ini adalah antara nasihat Lukman Al-Hakim yang aku dapat masa haluansiswa di UM. Sedih pulak bila teringat kt UM. Takpe hidup perlu diteruskan. Ceh emo la plak.. :)

  1. Orang yang sentiasa terbuka untuk menerima nasihat, maka dia akan mendapat penjagaan daripada Allah Taala.
  2. Jauhi sifat dusta kerana sifat tersebut mudah dijangkiti.
  3. Janganlah engkau condong kerana urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja.
  4. Bila mana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dengan kemarahan itu, dia masih berusaha menginsafi kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan.
  5. Bergaulah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikan kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya.


Perempuan yang baik untuk Lelaki yang baik dan sebaliknya.

Assalamualaikum dan selamat pagi :)


Lepas subuh, kononnya nak study tapi dah terlayan FB plak. Adoyaii macam mana nak study. Hehe. 






Bestnye hidup bila dapat jadi wanita solehah. Dengan keadaan dunia sekarang, bermacam-macam dugaan yg kita perlu hadapi. InsyaAllah dengan keteguhan keimanan dihati dapat jugak diharungi cabaran-cabaran tersebut. (apa terbelit2 ayt aku ni)

-Wanita solehah buat suami yang soleh- :) 

Betul ke statement di atas? Hanya anda sendiri mengetahuinya. 

Actually, ramai orang cakap dan berpandangan bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. So, bagi yang kurang baik tak dapat la perempuan/ lelaki yang baik? Sebenarnya tanggapan tu salah sama sekali.

Dalam Al-Quran ada menceritakan mengenai kisah Saidatina Aisyah r.a. yang berkaitan dengan statement ni. Aku tak berapa ingat full story tapi apa yang penting..kerjasama..eh tetiba masuk part wonderpet. Sewaktu dalam perjalanan, kalung Aisyah tercicir lepas tu Aisyah mencarinya. Tentera-tentera yang membawa Aisyah tidak menyedari bahawa Aisyah takde, tertinggallah beliau. Terdapat pula seseorang yg pulang ke tempat perhentiaan Aisyah tu dan mengenali diri Aisyah.

Dan, tak lama lepas tu tentera-tentera tu baru perasan yang Aisyah takde lalu mencarinya. Malangnya, mereka ni ternampak Aisyah dan ar-rajulun berduaan tanpa mengetahui keadaan sebenar. Lalu, ianya menimbulkan fitnah bagi mereka berdua.

Disebabkan tu jugak la, Rasulullah tak bercakap dengan Aisyah walaupun tahu Aisyah tidak bersalah. Lalu turunlah ayat yang mengatakan bahawa Aisyah tidak bersalah.

Cerita sebenar korang boleh baca di sini yer. Fitnah terhadap Aisyah r.a.

Sebenarnya aku nak cakap, Rasulullah adalah lelaki yang baik so isterinya, Aisyah r.a. mestilah wanita yang baik. So jika anda mendapat suami yang baik, nyatalah anda sebenarnya juga baik. And jika anda mahu lelaki yang baik apa salahnya anda berubah ke arah kebaikan dan begitu juga bagi lelaki.

Sekian..

p/s : Aku mintak maaf. Ayat aku agak terbelit-belit. And jika cerita aku di atas tak berapa betol tolong tegur aku yer. Sesungguhnya aku ni hanya insan biasa yang sering membuat kesalahan. And sorry jugak kalau ada yang terguris hati. :)