Assalamualaikum..
Hangat? Haha. Agak hangat la waktu aku jawab exam, bagai nak pecah kepala jawab soalan-soalan exam start Selasa lepas. Pagi tadi hurai-hurai pun panjang lebar, nasib baik tak patah jer tangan aku nih. Pengawas yang jaga tu pun duk gelak kat aku bila aku baling-baling pen kat meja. Penat weh tulis tak berhenti-henti. Lama sangat tak amik exam. Hehe.
By the way, aku tak tau nak wat apa so aku terfikir-fikir. Mari kita update blog jap. Huhu.
Pada pendapat korang, apa pertalian yang perlu ada pada SENIOR and JUNIOR. Maksud aku perlu ke seseorang junior ni untuk jumpa seniornya sebagai kawan atau sebagai seorang yang memerlukan bantuan dari senior (Cari senior bila ada masalah). Perlu ke senior ni berlagak chill dengan junior cam kawan or just treat junior tu, "Ala, kau tu junior aku, tak layak kawan dengan aku".
Aku tengok benda-benda camni banyak berlaku kat sekolah atau universiti. So korang cuba fikir, yang mana patut?