BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 14, 2011

Biji Rambutan atau Kulit Rambutan??

Pada  suatu hari, terdapat seekor monyet sedang berkebun di belakang rumah Pak Itam. Dia bercadang untuk menanam pokok rambutan. Lalu, dia mengambil kulit rambutan dan menanamnya di dalam tanah. Perbuatannya di lihat oleh seekor arnab. Kemudian berlakulah perbualan yang berikut.


Sang Arnab : Eh, Sang Monyet kamu sedang buat apa tu?

Sang Monyet : Oh, Sang Arnab. Saya hendak menanam pokok rambutan. Eii, geram betul tengok pokok rambutan rumah sebelah tu. Ranum betul.

Sang Arnab : Tapi saya nampak kamu tanam kulit rambutan sahaja,kan?

Sang Monyet : Aah, kulitnya pun boleh hasilkan pokok rambutan jugak kan?

Sang Arnab menepuk dahinya dan menggelengkan kepala.

Sang Arnab : Aduyaii, mana ada orang tanam kulit buah untuk hasilkan pokoknya. Orang tanam bijinya atau anak pokok.

Sang Monyet : Erk, begitu ke? Hehe. Malu saya. Terima kasih Sang Arnab. Kalau tak, saya dapat cucu pun belum tentu pokok rambutan saya akan tumbuh.

MORAL of THE STORY
  1. Malu bertanya sesat jalan...Kuang-kuang-kuang...
  2. Hargailah asal usul kita (Jangan Lupa Diri)
  3. Menegur biarlah dengan cara yang sopan
Sekian sajer . . . . . . . . 




 


Tuesday, December 13, 2011

Kerana Skip Masak, Entry Aku ada

Assalamualaikum dan Selamat....(Oh dah pukul 1.00 tengahari) Selamat Tengahari..


Cuti semester dah start tapi aku masih clueless nak buat apa. Ape yer aktiviti yang menarik boleh aku wat sepanjang cuti ni ek. Hmmm...Fikir-fikir...Layan movie aje la..Haha..Korang cuti buat ape ek?

Sekarang ni dah nak masuk pilihanraya ke. Tetiba dapat call nak interview pasal politik segala. Maaf! Aku belum berminat lagi nak berbaik-baik dengan bidang ni. Nanti-nanti la cukup umur nak masuk mengundi baru boleh fikir. Haha. (Macam tak fikir hal negara jer). Takpe itu cerita kemudian..

Actually aku takde cerita menarik nak cakap pun. Nak masukkan cerpen yang aku buat tu, haiyaa tah bila nak siap. Aku masih clueless nak buat watak hero dan heroin tu jatuh hati. aL-maklum la aku ni bukannya....tett tak yah cakap la..Hahaha

Well, hari ni aku buat benda yang tak pernah aku buat seumur hidup. Haha. Tapi kalau sesiapa yang kaki masak sah-sah la biasa jer buat "Nasi Ayam"

Tapi aku punya resepi ni banyak sumber. Ada ambik dari internet web tu la web ni la. So, dah jadi rojak la resepi Nasi Ayam aku nih. Aku pun tak tau apa rasa dia. Pasal aku belum siap masak sepenuhnya. Gatai tangan nak update blog <(^^)V

Ahahaha.. Berblog punya pasal ayam aku kat dalam kuali tu nasib baik tak hangit!! Heh

So, sekian saja buat masa ni. Ada cerita menarik aku kongsi kat sini. Selamat Bercuti!!!