BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 1, 2012

Jodoh Adalah Ketentuan Allah S.W.T.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan al-Mubarak.


Malas pulak nak sambung tidur lepas sahur, walhal memang tak patut tidur pun lepas subuh pasai masa tu lah Allah menaburkan permata-permatanya di dunia, pendek kata pintu rezeki dibuka. Hehe, tapi kalau dah mengantuk tahap cipan tu tertidur jugak. Kuang-kuang-kuang. Insaflah oiii T_T

So, nak prevent tidur aku sesaje gatal-gatal tangan nak cari koleksi doa-doa. And last-last jumpa la pasal jodoh ni. Hmm menarik. Hehehehe. 

Ni sekadar perkongsian yang aku kopipes dari website ni

PERTANYAAN:

 Assalamualaikum,

 Boleh bantu untuk saya memahami cara bagaimana untuk mengetahui yang jodoh kita sudah sampai?

Saya kini sudah 30 tahun. Baru-baru ini ada teman internet yang telah menyatakan hasrat untuk menjadikan saya temannya dan kami telah sama-sama berjumpa keluarga masing-masing walaupun perkenalan hanya baru 2-3 minggu. Saya nampak kesungguhannya untuk berumah tangga. Cuma apa yang musykil, adakah ini akan berjaya? Benarkan dia jodoh saya?

 Lagi satu, apakah tindakan saya perlu buat? Saya telah mula jatuh hati dengan dia yang bersikap selamba dan daripada perkenalan yang singkat dia nampak seorang yang bertanggungjawab. Hati saya kadang-kadang ragu-ragu kadang-kadang yakin.

 Saya sedar jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan ALLAH tapi hati ini sering berbisik... apakah benar telah tiba jodoh ku?

 Bantu saya sebab saya runsing juga bila fikirkan tentang perkara ini.

 
BALASAN:

 Waalaikumsalam,

 Ada dua kaedah yang boleh diusahakan untuk mengetahui sama ada jodoh kita sudah sampai ataupun belum.

PERTAMA, memohon gerak dan petunjuk terus daripada Allah SWT. Caranya ialah dengan melakukan solat ISTIKHARAH. Anda sendiri mungkin sedia maklum tentang pelaksanaan istiharah ini.

Sebagai ulangkaji, di sini dikongsikan salah satu antara praktik solat istikharah yang MUDAH LAGI RINGKAS yang dilakukan oleh alim ulama. Solat sunat dua rakaat pada malam hari. Selepas solat doakan apa yang dihajati, contohnya memohon petunjuk. Kemudian tidur dengan wudhuk dan banyakkan zikir sehingga terlena. Insyaallah dalam tidur itu akan diberi sesuatu alamat oleh Allah SWT. Melalui alamat itu nanti, tahulah kita sampai ataupun belum jodoh kita itu.

Jika masih tiada apa-apa alamat, usahakan sehingga tiga malam. Jika tiada juga, bolehlah diambil mana-mana langkah mengikut pertimbangan sendiri, sama ada mahu berkahwin ataupun menangguhkannya.

 Begitulah antara cara yang mudah lagi ringkas, tetapi memang berkesan. Ada pelbagai lagi kaedah istikharah yang boleh kita mnta panduan daripada orang-orang alim.

 Kaedah KEDUA, menggunakan akal fikiran yang Allah bekalkan kepada kita. Caranya:

 1.    Buat pertimbangan sendiri.  Fikirkan pro dan kontranya dari banyak sudut. Kita sendiri lebih tahu situasi kita berbanding orang lain.

 2.    Minta pandangan orang tua-tua, orang-orang soleh, sahabat handai dan lain-lain.

 3.    Berbincang dengan teman kita itu jika berpeluang dan mestilah aman daripada fitnah. Sambil mencari jalan, sambil membaca peribadinya.

 Gabungan ketiga-tiga cara ini insyaallah akan menghasilkan satu kesimpulan dalam diri kita, sama ada jodoh kita sudah sampai ataupun belum.

 Berjaya ataupun tidak sesuatu urusan itu, tidak ada siapa pun yang tahu. Tidak ada yang mampu memberi jawapan. Kita manusia yang serba lemah hanya mampu merancang dan menjalankan. Hasilnya tetap berada di tangan Allah. Yang penting, kita jangan mengabaikan IKHTIAR. Kedua-dua kaedah yang dijelaskan di atas tadi termasuk ke dalam ikhtiar. Allah suka orang yang berikhtiar. Apabila kita berikhtiar bersungguh-sungguh, pasti Allah memberikan yang terbaik buat kita. Apa yang saudari sedang usahakan kini sebenarnya termasuk dalam ikhtiar.

 Begitu juga dengan TIGA CARA dalam kaedah kedua. Insyaallah kita boleh membuat kesimpulan sendiri selepas melalui ketiga-tiga cara, sama ada perjodohan ini akan berjaya ataupun tidak untuk jangka masa pendek dan panjang. Jadi tindakan anda sekarang ialah dengan mengusahakan kedua-dua kaedah yang disarankan.

 Kita faham, perjodohan ini bukan perkara yang mudah. Ia akan mempengaruhi susah senang bahagia derita kita pada masa akan datang. Sebab itulah saudari sekejap yakin sekajap ragu. Itu memang kebiasaan, memang fitrah. Orang lain pun umumnya begitu juga. Saya pun begitu juga dulu.

Satu petua (yang saudari pun sedia maklum), jadikan diri kita orang yang solehah, Allah akan hadirkan jodoh yang soleh kepada kita.

 Begitulah saudari. Semoga penjelasan ringkas ini ada membantu/ bermanfaat buat anda.

 Wallahulam.



So, itulah benda yang aku nak kongsinya. Mudah-mudahan dapat membantu mereka yang memerlukannya. Segala masalah yang kita hadapi, mohonlah petunjuk Allah S.W.T untuk menyelesaikannya. InsyaAllah.




"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
kita menangis dan tertanya-tanya,
ke mana hilangnya sinar,
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi."

Selamat Beramal^^

2 comments:

Anonymous said...

LIKE 100% perkongsian yg brmakna skali,,

Miss EZ said...

Like n selamat beramal yer...hehe