BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 31, 2011

2011 vs 2012

Assalamualaikum...


Tup-tap tup-tap..Jalan-jalan esok dah masuk tahun baru. Hmm cakap pasal tahun baru, korang semua pasti tengah fikirkan azam baru kan. And insyaAllah azam baru korang mesti baik punya. (Sebenarnya aku tak tau nak tulis ape..Hee)

Tahun 2011 banyak bagi kenangan kat aku. Dalam tahun tu jugak la aku bertukar bidang. Bertukar?? Cam Ultraman jer bunyinye. Takpe bertukar ke arah yang lebih bermanfaat.

Tahun 2012 belum tahu apa yang akan berlaku tapi aku nak buat yang terbaik. And satu lagi bercakap pasal AZAM BARU aku tak boleh nak cakap apa. Haha. Aku sendiri tak tau apa azam aku. Kihkihkih.

Aduyaii pebenda la nak taip ni. Takde idea la. Haha. Aku baca pun rasa bosan. Takpe la nanti lain kali aku update (bila ada mood) Hahaha (<___^)Y




Monday, December 26, 2011

Selamat Tinggal CUTI...Selamat Datang KELAS

Assalamualaikum n selamat pagi..


Ayuhaii, duduk kat rumah ni rasa best pulak. Takmo pergi kolej rasanya. Huhuhu. Tapi ape nak buat cuti dah nak habis. Time for study!! (Ceh boleh caye ke aku ni??!!)

Budak-budak U pulak baru nak balik rumah, aku ni haa baru nak pergi. Haha terbalik sudaa. Takpe la dah dorang tu (time aku tengah sodap lepak umah) tengah belajar.

Apee ni. Ayat lintang-pukang jer. Maaf pasal aku sendiri tak tau nak tulis ape sebenarnya.

So kata pujangga dari aku, erk, Selamat bercuti bagi yang baru nak cuti and selamat belajar bagi yang nak start belajar especially mereka yang masih bersekolah.

Haa, cakap pasal budak-budak sekolah ni. Ramai betul ibubapa bershopping membeli kelengkapan sekolah. Jem jalan dibuatnya. Tapi takpe untuk anak-anak mereka gak.

Tahun baru pun dah nak masuk. Apa azam baru korang??

Azam baru aku? Tak tau ape lagi. Hehe

Yang penting jadikan hari esok lebih baik dari hari ni dan semalam. 

Sekian n wassalammm...




Thursday, December 22, 2011

Nak jadi Spy boleh tak? Hehe

Assalamualaikum and a very good morning <(^^)V


Gara-gara tengok cite Sweet Spy by Dennis Oh yang hensem tu (sempat aje memuji) sampaikan aku pun teringin nak jadi SPY...Haha. Giler betul kepala otak aku ni. Tapi sejak kecik memang dah berangan nak jadi spy.

Takpe yang penting rakyat Malaysia boleh hidup aman damai. Kredit bagi mereka yang berjuang untuk mempertahankan negara. Erk, pepagi ni semangat patriotik la pulak. <(^^)V

Meh aku listkan cerita spy atau berkaitan perisikan yang pernah aku tengok.

  1. Sweet Spy
  2. Detective Conan
  3. Totally Spies
  4. CSI Miami
  5. Black and White
  6. Mr. and Mrs. Smith
  7. Spy Kids
  8. Miss EZ as unpredictable spy (coming soon) <(^^)V
Ape lagi ek. Alamak lupa la. Terlampau banyak sangat. Seronoknya jadi spy. Tapi dunia sekarang ni aku rasa ramai jer spy. Jadi stalker mengintai aktiviti harian orang. Mengintai untuk tujuan tak senonoh. So, yang penting nak jadi spy ke ape ke..Buatlah untuk sesuatu yang positif dan tidak melanggar hukum Allah :)

<(^^)V

<(^.^)>

<(0-0)>

Sekian..Wassalam

Sunday, December 18, 2011

Penampalan gigi boleh menyebabkan Kanser Payudara?!!

Assalamualaikum...dan Selamat Malam.


Bosan oh bosan memang membosankan dan sebab bosan aku cari something yang buat aku tak bosan. Haha. Naik bosan aku nengok!

Okeh, sesaje aku cari artikel and agak terkejut bila aku menjumpai satu penyakit tapi semua orang dah tau pasal penyakit ni... 

'' Kanser Payudara @ Breast Cancer ''

Biasa kita akan dengar sesuatu kanser tu disebabkan keturunan, pemakanan, radiasi ataupun kesan keadaan sekeliling. Tapi ni yang mengejutkan, ada juga seseorang mendapat kanser tanpa sebab di atas. Apa korang rasa? Sebab??

So, artikel ni Klik sini tau cerita lanjut mengatakan kanser boleh didapati dari mulut. Bila seseorang tu menjalani proses penampalan gigi, dia berisiko mendapat kanser. Tapi aku tak tau sejauh mana fakta ni betul. Kajian ini dibuat tapi disembunyikan dari pengetahuan umum.

Hee, agak menyeramkan. InsyaAllah anda jaga diri, kesihatan anda juga baik... Walau apa pun, jangan pula anda takut nak jumpa doktor gigi disebabkan fakta ni. Artikel tu cakap, if and only if penampalan gigi tu tidak dibuat dengan betul, kuman tu masih boleh hidup di celah rekahan gigi, and sebab tu ada risiko kena kanser Tapi bagi pendapat aku, benda ni dapat diubah, buatlah dengan cara yang betul..

"Kesihatan yang baik menceriakan hari kita"
"Gain Your Immune Body System"

p/s: Err..kalau aku ada tersalah cakap pasal info ni, sila tegur ek. Aku tak nak menakutkan orang ramai!

Sekian...Wassalam <(^^)V




Wednesday, December 14, 2011

Biji Rambutan atau Kulit Rambutan??

Pada  suatu hari, terdapat seekor monyet sedang berkebun di belakang rumah Pak Itam. Dia bercadang untuk menanam pokok rambutan. Lalu, dia mengambil kulit rambutan dan menanamnya di dalam tanah. Perbuatannya di lihat oleh seekor arnab. Kemudian berlakulah perbualan yang berikut.


Sang Arnab : Eh, Sang Monyet kamu sedang buat apa tu?

Sang Monyet : Oh, Sang Arnab. Saya hendak menanam pokok rambutan. Eii, geram betul tengok pokok rambutan rumah sebelah tu. Ranum betul.

Sang Arnab : Tapi saya nampak kamu tanam kulit rambutan sahaja,kan?

Sang Monyet : Aah, kulitnya pun boleh hasilkan pokok rambutan jugak kan?

Sang Arnab menepuk dahinya dan menggelengkan kepala.

Sang Arnab : Aduyaii, mana ada orang tanam kulit buah untuk hasilkan pokoknya. Orang tanam bijinya atau anak pokok.

Sang Monyet : Erk, begitu ke? Hehe. Malu saya. Terima kasih Sang Arnab. Kalau tak, saya dapat cucu pun belum tentu pokok rambutan saya akan tumbuh.

MORAL of THE STORY
  1. Malu bertanya sesat jalan...Kuang-kuang-kuang...
  2. Hargailah asal usul kita (Jangan Lupa Diri)
  3. Menegur biarlah dengan cara yang sopan
Sekian sajer . . . . . . . . 




 


Tuesday, December 13, 2011

Kerana Skip Masak, Entry Aku ada

Assalamualaikum dan Selamat....(Oh dah pukul 1.00 tengahari) Selamat Tengahari..


Cuti semester dah start tapi aku masih clueless nak buat apa. Ape yer aktiviti yang menarik boleh aku wat sepanjang cuti ni ek. Hmmm...Fikir-fikir...Layan movie aje la..Haha..Korang cuti buat ape ek?

Sekarang ni dah nak masuk pilihanraya ke. Tetiba dapat call nak interview pasal politik segala. Maaf! Aku belum berminat lagi nak berbaik-baik dengan bidang ni. Nanti-nanti la cukup umur nak masuk mengundi baru boleh fikir. Haha. (Macam tak fikir hal negara jer). Takpe itu cerita kemudian..

Actually aku takde cerita menarik nak cakap pun. Nak masukkan cerpen yang aku buat tu, haiyaa tah bila nak siap. Aku masih clueless nak buat watak hero dan heroin tu jatuh hati. aL-maklum la aku ni bukannya....tett tak yah cakap la..Hahaha

Well, hari ni aku buat benda yang tak pernah aku buat seumur hidup. Haha. Tapi kalau sesiapa yang kaki masak sah-sah la biasa jer buat "Nasi Ayam"

Tapi aku punya resepi ni banyak sumber. Ada ambik dari internet web tu la web ni la. So, dah jadi rojak la resepi Nasi Ayam aku nih. Aku pun tak tau apa rasa dia. Pasal aku belum siap masak sepenuhnya. Gatai tangan nak update blog <(^^)V

Ahahaha.. Berblog punya pasal ayam aku kat dalam kuali tu nasib baik tak hangit!! Heh

So, sekian saja buat masa ni. Ada cerita menarik aku kongsi kat sini. Selamat Bercuti!!!