BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 6, 2011

Istilah dahulu dan sekarang :)

Manusia diciptakan berpasangan bagi saling melengkapi kekurangan yang terdapat pada diri masing-masing. 


Jika dahulu, umur yang muda bukan penghalang untuk membina masjid malah pada umur itulah waktu yang sepatutnya. Jika dahulu, perkahwinan bertujuan untuk mengembangkan zuriat dan generasi. Jika dahulu, perkahwinan tidak memandang pada pelajaran dan harta benda tetapi pada kebaikan dan kesopanan diri.

Tapi dunia hari ini jauh berbeza. Umur yang muda perlu digunakan untuk belajar sehingga cemerlang dan mencapai taraf hidup yang baik. Hari ini juga terdapat perkahwinan untuk merapatkan hubungan perniagaan, persahabatan, nafsu, cinta dan mengelakkan dari berlakunya maksiat.

Walaubagaimanapun, kedua-dua zaman sebenarnya ada kebaikan dan keburukannnya. Fikir-fikirlah sendiri :)

Hati aku sedih mengenangkan sikap sesetengah manusia hari ini terutama anak-anak muda. Mereka menjalinkan hubungan cinta tapi aku bukan nak marah dorang pun and dorang pasti dah tau mana buruk. Cuma bila mereka ni bercinta, mereka bersikap lebih-lebih, berpegangan tangan segala n ada jugak yg berpeluk-peluk seolah-olah mereka ni memang dah confirm and pasti akan bersatu. Tapi sekali hubungan tu dah putus, segala-gala yang ada dah hilang, menangis air mata darah sekalipun dah tak berguna lagi.

Tambah menyakitkan hati bila depan mata aku sendiri, mereka-mereka ni berpegang-pegang n 'mesra-mesra' seolah-olah dunia ni mereka yang punya. Lagi mengecewakan bila benda tu berlaku dalam bulan yang penuh keberkatan seperti Ramadhan. Tolonglah hormat sikit bulan Ramadhan tu. (Emosi terlebih)

Kata-kata seseorang yang aku kenali...
"Aku takut untuk meyayangikan seseorang itu melainkan dia adalah jodohku. Bila hatiku telah menyayangi seseorang tu, tiba-tiba suatu hari perhubunganku dan dia terputus, aku takut dikecewakan. Aku juga khuatir jika dia berpura-pura meyayangiku kerana hanya ingin menguji dan mempermainkanku."

Bila difikirkan secara logik ada jugak betulnya tapi sebenarnya disebalik sebuah kekecewaan terdapat kenikmatannya dan disebalik suatu kejadiannya pasti ada hikmahnya. Tapi tanpa mengenali kaum jantina yang berbeza dengan kita, susah untuk berjumpa dengan jodoh kita. Apa yang berlaku adalah Qada' dan Qadar.

Ada baiknya bagi seawal usia ini kita cuba berkenalan dengan teman-teman kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi di kemudian hari. Malah, arus perjalanan akan membawa kita mengenali lebih ramai orang. So, korang..paham-paham la apa yang aku maksudkan kalau tak paham boleh aje tanya.< (^_^)Y

Alahai..banyak pulak entry aku berkaitan jodoh-jodoh ni. =P Haa lupa pulak, alang-alang bulan Syawal ni kan kebanyakkan orang buat kenduri kahwin. Selamat Pengantin Baru bagi yang baru mendirikan masjid tu yer :)

P/S: Jika entry aku ni ada yang menguris hati sesetengah pihak, I'm sorry. Yang baik dijadikan pengajaran dan yang buruk dijadikan teladan. :)

Mahar Cinta by Devotees

9 comments:

Menusuk Hati said...

minta jodoh dari hati semata2 memang akan membuatkan kita menyesal.minta pada Allah sebab Dia selalu bagi yang terbaik buat kita.Salam ketemu jodoh

Menusuk Hati said...
This comment has been removed by the author.
mirzdenz said...

cinta boleh lahir dari 3 asal usul :
1.allah : adalah sebaiknya.
2.syaitan : seburuknya.
3. jin : sehina2 jalan.

Miss EZ said...

menusuk hati:ohh phm2 pakcik :)

mirzdenz: betul tu.. :)

mirz said...

lagu mmg kene la ngn post tu..hehe
mahar cinta yg utama bg seorg sering dilupakan..eh pe tu mahar cinta ye? cik blogger leh tolng oden :(

Miss EZ said...

sesuai ke??..haha xtau la plak..erm mahar cinta? ape ek..sy pn xtau..hantaran cinta kot...hehe xtau3

mirz said...

1st time dgr hntrn cinta...leh k sy bg hantaran cinta tu pd dia ek..erm cnfius2..huhu..tkot xdtrimanya bhkan mndtgkn malu sje..:)

Miss EZ said...

sy xde la arif sgt psl ni..kalau hati dh yakin dengan hal yg tu..blh la kot..waa dh ade yer..hehe..smga berbahagia yer :)

mirz said...

smoga... tp blaja kne kasi abis dlu bru leh kot..hehe :)