Al-kisah maka tersebutlah kisah.......
Seorang pakcik dan Si Gadis Penjual di sebuah kedai jam tangan.
Pakcik : Adik, pakcik nak tukar bateri jam.
Si Gadis Penjual : Ohh, boleh je. Pakcik nak bateri harga lapan ringgit ke lima belas ringgit?
Pakcik : Hah, erm.....
Si Gadis Penjual : Saya tanya ni, pakcik nak bateri harga lapan ringgit ke lima belas ringgit?
Kemudian, pakcik tersebut mengeluarkan wangnya. Si Gadis Penjual hairan kerana jam belum dibaiki tapi pakcik tersebut dah nak bayar.
Si Gadis Penjual : Ehem, pakcik nak bateri mana satu ni. Lapan ringgit? Lima belas ringgit?
Namun, pakcik tersebut hanya mengangguk. Si Gadis Penjual melakukan kerja membaiki jam tersebut dengan menggunakan bateri berharga RM15 kerana pakcik tersebut mengangguk apabila dia menyebut tentang bateri berharga RM15.
Si Gadis Penjual : Ini jamnya dah siap baiki, pakcik.
Pakcik tersebut menghulurkan wang kertas sebanyak RM50. Si Gadis Penjual mengembalikan bakinya sebanyak RM35.
Pakcik : Amboi, mahalnya bateri. Berharga RM15 sebiji. Pakcik ingatkan RM10 jer.
Si Gadis Penjual : #@$%^@*!
Moral : Salah siapa ni? Pakcik tu atau Si Gadis Penjual?. Jeng-jeng-jeng
-Fikir-fikirkanlah. Kita perlu bertindak bijak dalam sesuatu keadaan. XD
7 comments:
hmmmm salah siapa yek? pakcik tu la kot kan? betul taak? hehe
haa agak la..dia x dgr btol3..haha..
haha kelakar2..nie sume slh pnjual tu la nie..tp pakcik tu pn 1 gk xgeti bhs..
tp sy rse mgkn pnjual tu kecek klntn tu yg kureng phm pakcik tu kot.ade benarnye nie..haha :)
dua2 x bpe jelas..haha..
eh3 dia ckp bhsa melayu standard la..klu x pakcik tu xkn tau lgsg ape yg penjual tu ckp..ahaha
haha xtau lngsg pe pnjual ckp ye..hehe..bkn org klantan la pakcik tu mknenye ye..
aah yela tu kot...hehe..
Post a Comment