BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 14, 2011

Sambungan Tag Mengetag Orang



Korang nampak tak gambar orang kat atas ni??..Pasti nampak punya, klu tak, hoho fikir sendiri. Cerita ni adalah sambungan dari blog dia nih (klik). Better korang baca situ dulu kang ada jer yang makan panadol Active 5. Orang kat atas ni pulak namanya yang aku tahu la Si tukang Komen iaitu pembuat asal ceita ni. At first, aku agak pelik permainan ni, tapi macam best. So aku decide nak try la jugak, hehe. Well, meh kita try cuba sambung cerita nih. Ape yang jadi...*_*

Beg yang aku humbankan dalam sungai terapung-apung dibawa arus sungai. Aku hanya tengok sambil ketawa berdekah-dekah. Tiba-tiba ada seseorang menepuk-nepuk bahuku dibelakang. Aku berpaling ke belakang sambil tersenyum. Yamie?

Bukankah dia dah mati? Apakah makhluk dihadapan aku ni? Yamie mengajakku pulang kerana hari dah petang. Dalam hati aku nak lari marathon jauh-jauh tapi aku hanya menurut kehendak Yamie. Dalam perjalanan pulang terjadilah dialog antara aku dan Yamie:-

Aku: Weh, mana kau pergi tadi?
Yamie: Aku pergi dekat-dekat sini jer.
Aku: Pelik, aku tak nampak kau pun tadi.
Yamie: Yela, pasal kau dah humban aku dalam sungai tadi!!

Dada aku mula berdebar hebat. Sah, bukan Yamie yang sebenar di hadapan aku sekarang ni. Yamie tu memang dah mati. Aku mula buka langkah seribu. Tiba-tiba perutku terasa perit. Ada sesuatu yang tajam mencucuk perutku. Ku lihat banyak darah mengalir keluar bersama kuku yang hitam lagi panjang. Aku cuba melepaskan diri dari hantu Yamie tetapi gagal. Hantu Yamie mula mencakar-cakar badanku. Darah makin banyak keluar. Aku makin lemah dan tiba-tiba penglihatanku gelap.

Aku: Eh, kat mana aku ni?
Yamie: Kau dah satu alam dengan aku pun.
Aku: Ape?
Yamie: Kau kejam. Sadis gila kau hancurkan badan aku camtu jer. Dah tak hensem aku ni.
Aku: Hek eleh, kau cucuk perut aku dah terburai. Tak pasal-pasal lubang.

Sedang aku dan Yamie bergaduh mempertikaikan kehenseman kami tiba-tiba UFO datang dan....

p/s:spe2 rse nak sambung sila2 yer...n please tell me..nak tau jugakk

2 comments:

Menusuk Hati said...

Pergh!Lagi dahsyat!

Miss EZ said...

hoh0..xde la dahsyat mne..dh jd x real..UFO dh cmpur tgn....